Coffee Beverages (1)

Ramadan tiba. Ramadan tiba. Marhaban Ya Ramadan. Marhaban Ya Ramadan.

Sering kali menjadi igauan apabila melihat di tepi jalan pelbagai jenis air balang dijual. Pada masa yang sama mahu buat sendiri sebab lebih jimat, terjamin kebersihannya, dan yang paling penting lebih memuaskan hati apabila melihat keluarga tersayang menikmatinya.

Di sini wanitakelantan.com ingin berkongsi beberapa resepi ringkas minuman sejuk yang senang dan mudah dibuat sendiri di rumah.

Resepi Pertama: Air Aroikah, Cha Bang Ang

Gambar: Google

Bahan-bahan:

  1. 300 g cincau manis (Potong kiub kasar)
  2. 200 g gula perang
  3. 250 g air tapis (Untuk dimasak dan dijadikan air gula perang)
  4. 10 g @ 1 sudu biji selasih
  5. 250 g air panas
  6. 400 ml susu segar full cream
  7. 400 ml @ 1 tin susu pekat cair
  8. 5 sudu susu pekat manis
  9. Secubit garam halus
  10. 1 sudu esen vanilla
  11. 500 g kiub ais

Cara-cara penyediaan:

Gambar : Google
  1. Satukan gula perang, air dan esen vanilla. Masak hingga larut seluruhnya. Matikan api. Ketepikan dan biarkan air gula sejuk.
  2. Sementara itu, rendam biji selasih di dalam air panas supaya kembang.
  3. Di dalam satu bekas atau jug, satukan semua bahan kecuali ais.
  4. Kacau rata semuanya dan sedia untuk dihidangkan.
  5. Jika suka ais, masukkan ais ke dalam gelas berasingan sewaktu mahu menikmatinya bagi mendapatkan rasa yang lazat, tulen dan tidak cair atau tawar.

Nota: 1 jag = 1 liter

Resepi Kedua: Air Dragon Mix Fruit

Gambar : Google

Bahan-bahan:

  1. Buah naga merah
  2. Buah manga masak
  3. Anggur manis
  4. Laici tin (Sekali air)
  5. Susu pekat manis
  6. Air masak
  7. Ais

Cara-cara penyediaan:

Gambar : Google
  1. Buah dipotong dadu sederhana.
  2. Letakkan dalam satu bekas. Masukkan ais, susu pekat manis dan laici tin sekali dengan air.
  3. Kacau rata dan siap. Sedia untuk dijadikan juadah berbuka puasa anda.

Resepi ketiga: Air Sunquick ala Vitagen

Bahan-bahan:

  1. Pati Sunquick
  2. Susu pekat
  3. Air suam
  4. Ais

Cara penyediaan:

Gambar : Google
  1. Sediakan air suam tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk untuk mengelakkan susu pecah.
  2. Kemudian letak ais, kemudian pati sunquick
  3. Gula dimasukkan bergantung kepada tahap kemanisan yang anda mahukan.

Resepi keempat: Sirap bandung soda float

Gambar : Google

Bahan-bahan:

  1. ¼ cawan ibu sirap
  2. Gula dilarutkan dalam air panas. Kadar gula mengikut citarasa masing-masing
  3. ¾ tin susu cair
  4. ¾ jag kiub ais
  5. ½ tin ice cream soda

Cara penyediaan:

  1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda. Kacau rata dan masukkan ais kiub.
  2. Biarkan kiub ais cair. Tidak perlu tambah air bagi mengekalkan rasa lemak sirap bandung.

Resepi di atas menghasilkan 1 jag air sirap bandung soda. Tips lain, kalau hendak masak gula sirap ros juga okay. Letak daun pandan dalam sirap ros pula agar menjadi wangi.

Resepi kelima: Air Mata kucing (Hidangan untuk 10 orang)

Bahan-bahan:

  1. 775 g longan kering
  2. 375 ml + 375 ml air panas
  3. 300 g gula melaka
  4. 10 sudu molases atau gula merah
  5. 2 ½ sudu besar gula putih
  6. 8 helai daun pandan, diikat
  7. 1.125-liter air
  8. Ais

Langkah penyediaan:

Gambar : Google
  1. Dalam mangkuk, rendam longan kering dengan 375ml air panas. Tutupkan mangkuk tersebut.
  2. Dalam kuali atau periuk, campur 375 ml air panas dengan gula melaka, molases, gula putih dan daun pandan. Letakkan suhu api pada sederhana rendah dan kacau sehingga gula larut.
  3. Keluarkan daun pandan.
  4. Apabila longan kering kembang, buang air yang berlebihan dan gabungkan dengan longan dengan larutan tadi ke dalam jag besar.
  5. Masukkan ais dan kacau sehingga sebati.
  6. Tambah ais.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Tips:

Minuman ini bagus dibuat lebih awal kerana campuran gula dan longan boleh disimpan di dalam peti sejuk di dalam bekas kedap udara selama satu atau dua minggu. Hanya tambahkan air bila mahu dihidangkan.

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana menyediakan juadah minuman sama ada berbuka puasa atau sahur.

Kredit : wanisukarno.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *