Copy Of TEBUS TALAK DALAM ISLAM – Made With PosterMyWall (1)

Wanita  dalam AL-Qur’an​

Dan orang beriman dari kalangan lelaki dan perempuan antara satu sama lain bantu-membantu, mengarahkan perbuatan baik dan meninggalkan larangan, mendirikan solat, menunaikan zakat, mentaati Allah dan RasulNya, mereka akan diberi rahmat oleh Allah, Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Bijaksana

(at-Taubah 71)​

Peranan yang spesifik, minat serta cita rasa yang berbeza telah menjadi fitrah antara lelaki dan wanita. Kedua-duanya mempunyai penglibatan serta peranan dan pahalanya yang tersendiri yang akan membantu mereka ke syurga. Hal in demikian kerana, jantina setiap individu bukan syarat untuk ke syurga melainkan amalan baik yang telah dilakukan akan dinilai kelak.

Sumber Gambar : Pinterest

Insan yang mulia adalah insan yang dikenali kukuh akidahnya, syariahnya dan juga akhlaknya. Jika kita melihat pendekatan wanita Kelantan yang menyandang pangkat sebagai ibu, isteri, anak muda, gadis cilik yang mempunyai peranan penting masing-masing.

Jika diteliti dengan jelas di segenap tempat di bumi Kelantan ini, adanya wanita di rumah yang berperanan sebagai seorang ibu dan juga seorang isteri. Walhal, wanita juga memainkan peranan berada di pasar tempat pertanian, dalam istana mahupun di luar Kelantan. Hal ini jelas membuktikan bahawa wanita Kelantan adalah tonggak utama yang memberikan sumbangan besar kepada kerajaan negeri Kelantan juga dalam sektor pembinaan tamadun Kelantan.

Sejarah telah membuktikan keberadaan Puteri Saadong di bumi Kelantan. Di samping itu adanya wanita-wanita hebat sebaris dengan pemerintahannya yang telah mendiami di sekitar kawasan Pasar Siti Khadijah serta memainkan peranan penyumbang khidmat besar sejak berpuluh-puluh tahun dahulu.

Dalam konteks ini, jelas menunjukkan bahawa Wanita Kelantan mempunyai identiti mereka tersendiri. Hal ini demikian kerana sistem pendidikan islam di negeri Kelantan, sistem adat dan kepercayaan serta pegangan agama yang menjadi satu dasar yang memaju terhadap negeri dan peneguh kepada tamadun islam.

Indahnya penggunaan bahasa Kelantan yang kaya dengan dialek yang tersendiri. Walaupun mereka mengunakan bahasa baku untuk berkomunikasi tetapi mereka masih boleh menggunakan dialek Kelantan dengan fasih. Ini jelas terbukti, penggunaan bahasa Kelantan menggambarkan perasaan bangga dengan frasa dan dialek tersendiri.

Walaupun dalam sebuah negeri yang sama, namun begitu daerah yang berbeza menjadikan dialek serta intonasi rakyat Kelantan berbeza-beza. Walhal, rakyat Kelantan sendiri tidak malu dalam menggunakan bahasa Kelantan malah lebih bangga dengan bahasa dan dialek yang tersendiri.

Di samping itu, hampir keseluruhan wanita di Kelantan ini boleh menjadi peneguh kepada  tamadun manusia. Hal ini kerana, sesebuah tamadun tidak akan berkembang tanpa generasi kelahiran manusia. Namun begitu, kelebihan wanita Kelantan ini mempercayai sebuah ikatan perkahwinan dan tidak segan silu dan berbangga untuk melahirkan generasi tamadun manusia.

Di Kelantan, hampir 200 wanita yang disenaraikan tercalon untuk diberi penganugerahan menjadi tokoh dan contoh dalam melahirkan generasi yang berjaya dan memberi manfaat dalam tamadun manusia. Hal ini kerana, menjaga anak-anak yang ramai bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan persediaan fizikal, mental serta emosi dan aura yang positif dalam menjalankan kehidupan seharian.

Dalam skop aurat dan pemakaian, dari zaman dahulu kala wanita Kelantan mula menggunakan kain batik untuk menutup kepala dan kini menggantikan pemakaian tudung untuk menutup aurat dengan lebih sempurna. Tidak mengira batasan umur semua wanita wajib mengenakan tudung sebagai kegunaan harian. Hal ini demikian, kesedaran dalam diri setiap wanita dalam aspek menutup aurat adalah satu tonggak dalam keharmonian sesebuah tamadun.

BILLBOARD MENAMPILKAN WANITA MENUTUP AURAT

Ciri seterusnya menekankan terhadap kecergasan wanita dalam kehidupan seharian. Walaupun pulang  dalam keadaan penat menguruskan urusan kerja namun mereka masih aktif dalam menyelasaikan urusan di rumah serta meluangkan masa yang bermanfaat terhadap keluarga dan pengurusan anak-anak.

Selain itu, wanita Kelantan juga lebih menekankan sentimen kesenian budaya melayu iaitu mereka lebih gemar dalam menggunakan pemakaian kain sarung batik mahupun baju bercorak batik. Jika kita lihat, hampir disetiap rumah akan ada kain sarung batik Kelantan dan kita sebagai rakyat berbangga kerana kerajaan Malaysia mengangkat kesenian batik sebagai satu pakaian rasmi dan elemen kemelayuan tradisional.

Dalam konteks lain, wanita Kelantan ini juga boleh disifatkan dengan tahan lasak serta peneguh ekonomi oleh kerana sifatnya yang gemar dalam pengumpulan emas. Dari generasi ke generasi, pengumpulan dan pemilikan emas ini menjadi satu tradisi identikal dan pencapaian yang baik dalam kalangan wanita Kelantan.

Sumber Gambar : Google

Pada tahun 1990an, sebuah syarikat Ar-rahnu telah ditubuhkan 18 buah cawangan sekitar kurang dari 20 tahun penubuhannya. Aktiviti ini berkembang pesat kerana menteliti wanita Kelantan yang progresif kedepan dan menganggap proses pajak dan tebus emas ini tidak salah dalam konteks agama.

Dalam pendekatan lain juga, ciri tipikal yang boleh dikatkan dengan wanita Kelantan adalah seorang yang gigih belajar sama ada dalam aspek ekonomi, pendidikan, agama dan politik. Kebanyakan program yang dilaksanakan di Kelantan bersama pakar motivasi jemputan seperti Dr. Zakir Naik ramai dihadiri oleh kaum wanita. Di sini telah membuktikan bahawa wanita lebih gemar menimba ilmu dan berfikiran terbuka dalam menerima sesuatu yang baharu.

Wanita Kelantan juga gemar dalam berniaga dan ramai dari mereka melakar nama di persada hadapan sebagai contoh usahawan yang berjaya. Sifat  berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri adalah satu sumbangan besar pada sektor ekonomi sesebuah tamadun itu sendiri.

Selain dari bijak mencari ruang rezeki, wanita Kelantan juga mempunyai sifat yang kuat cinta terhadap agamanya. Sesuatu yang dilakukannya akan dilaksanakan secara bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang standing dengan usaha yang diberikan.

Ada segelintir dari mereka yang dinobatkan juara dalam taranum peringkat kebangsaan dan sebagainya. Bagi mereka untuk menjadi wanita yang beriman tidak menjadi satu masalah selagi ada azam dan niat yang betul. Ciri-ciri yang dinyatakan ini mungkin sukar untuk dicari di tempat lain.

Alhamdulillah. sesungguhnya tiada daya upaya melainkan Allah. Terima kasih kerana kekal sudi membaca di ruangan wanita Kelantan. Jangan lupa kongsikan kepada mereka-mereka di luar sana.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Link asal boleh ke pautan FB Page UKeKWa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *