Copy Of Health Insurance Company Ad – Made With PosterMyWall

Pengenalan Covid-19 telah menjejaskan banyak pihak sama ada sektor perubatan mahupun ekonomi. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) hingga PKP 2.0, pekerja dan peniaga yang paling terjejas apabila terdapat banyak syarikat yang tidak dapat menanggung kos pekerja, serta peniaga kecil yang terpaksa menggulung tikar disebabkan kerugian daripada ketiadaan pelanggan. Pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk menjaga kebajikan pekerja dan peniaga yang terjejas sepanjang pandemik ini.

Sumber Gambar : Google

Usaha dan bantuan dari kerajaan mendapat perhatian ramai seperti bantuan prihatin yang diberi bagi mengurangkan sedikit bebanan mereka yang terjejas serta memberi ransangan ekonomi tempatan. Namun, adakah usaha tersebut sudah mencukupi dalam membantu pekerja dan peniaga di Malaysia.

Golongan wanita antara paling terkesan apabila ada di antara mereka suami atau mereka sendiri diberhentikan kerja. Perkara ini menyebabkan mereka terpaksa mencari pekerjaan sampingan seperti berniaga dan sebagainya, membesarkan dan mendidik anak-anak. Bagaimanakah golongan wanita ini dapat mendepani cabaran ekonomi ketika Pandemic Covid-19 ini berlaku?

Surah al-Qasas ayat 26 Allah SWT telah berfirman bermaksud,

‘Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: ‘Wahai ayahku, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah’.

Dalam keadaan kita bekerja ini, ayatal-Quran banyak menjelaskan kita prinsip-pprinsip dan kaedah-kaedah. Ianya bukan kaedah-kaedah yang hanya terpakai pada suatu ketika. Tetapi kaedah yang terpakai secara general kepada semua orang. Dalam hal ini juga, apa yang kita alami sekarang, Pandemic Covid-19 merupakan satu (1) perkara yang berlaku bukan hanya pada tahun ini atau abad ini sahaja.

Perkara pertama yang ingin ditekankan di sini ialah kalau dahulu kaum lelaki sahaja yang akan bekerja, manakala kaum wanita akan menjadi suri rumah. Tetapi dalam konteks sekarang setelah berlaku beberapa revolusi dalam pekerjaan di negara kita dan seluruh dunia, wanita menjadi sebahagian besar atau hampir 50% daripada sektor awam ataupun sektor swasta yang bekerja.

Gambar Hiasan : Pinterest

Jadi bila mana berlaku pandemic Covid-19, ada beberapa perkara yang akan memberi impak secara langsung kepada keluarga, wanita dan pekerja itu sendiri. Dalam sudut undang-undang, bila kita bekerja, wanita ataupun lelaki mesti mengambil perkara pertama sekali pekerjaan yang diceburi adalah pekerjaan yang legal. Bila pekerjaan itu sah di sisi undnag-undang, kita mesti mempunyai akad atau kontrak yang sah dalam pekerjaan tidak kira secara online secara kontrak, tetap atau sambilan. Jadi, bila ada hubungan atau akad yang sah di antara kedua-dua mereka dan ada agreement yang jelas, mereka ini akan dilindungi di bawah akta pekerja.

Jadi bila ada akta pekerja, di sana akan ada akta-akta lain yang bekerja seperti Akta Perkeso, Akta KWSP dan akta-akta lain yang berkaitan. Akta-akta ini melindungi kebajikan pekerja. Kita lihat banyak pakej-pakej ransangan melalui Perkeso , KWSP yang sebenarnya boleh membantu pekerja sekiranya mereka menyedari keseluruhan hak-hak dan terma-terma yang mereka perolehi daripada akta-akta ini.

Jadi, dalam hal ini juga kita melihat banyak perkara berubah seperti rutin sosial bekerja, perubahan pengurusan masa dan sebagainya. Kalau dulu work from home satu perjuangan yang saya kira sangat lembam dan sangat lambat dia punya perkembangan. Tapi, zaman bila berlaku Covid-19, ini adalah blessing in disguise kepada wanita-wanita di luar sana di mana dengan secara automatik semua oranh bekerja dari rumah.

Di mana pihak kerajaan telah memberikan kepada kita prosedur kerja selamat demi mencegah pandemic Covid-19 di tempat kerja dan juga prosedur bagi work from home. Sebelum ini kita mungkin tidak tahu apakah sektor-sektor penting dalam negara yang akan diberikan keutamaan dalam negara serta memberi perubahan yang agak besar.

Ini juga suatu perkara yang perlu kita faham

  1.  Apakah hak majikan
  2. Apa hak pekerja dan tanggungjawab pekerja
  3. Apa hak atau senggang masa bila mereka bekerja dari rumah

So, dalam hal ini, kepentingan penjadualan, hak-hak dan juga kemudahan-kemudahan yang harus diterima oleh pekerja itu perlu difahami. Seabagai contoh, kalau sebelum ini, kita perlu ada bajet yang khas untuk devices dan juga untuk infrastructure bagi kemudahan untuk internet.

Tetapi, setelah bekerja daripada rumah, bukan hanya majikan, tetapi keluarga juga mesti mempunyai prasarana yang khusus supaya kita boleh menangani permasalahan sepanjang menjalankan kerja di rumah.

Wanita apabila bekerja dari rumah, dalam masa yang sama mereka menjadi ibu, isteri dan juga pekerja memerlukan satu komitmen yang luar biasa. Dalam hal ini, kita melihat contoh buat kita yang terbaik daripada Allah SWT iaitu Sayidatina Khadijah r.a.

Maksudnya, bagaimana Sayidatina Khadijah r.a ini boleh bekerja dari rumah dalam masa yang sama menjadi ibu, isteri dan juga pendakwah di abad itu dan control perniagaan daripada bukan hanya dalam negeri tetapi juga luar negara.

Berlaku juga banyak mental health cases kerana ramai keluarga ataupun pekerja yang mengalami stress ketika menghadapi Covid-19 bukan hanya kerana masalah kesihatan, tetapi telah berlaku masalah perubahan rutin dalam norma-norma baharu yang mereka terpaksa hadapi serentak bersama dengan pembelajaran anak bersama dengan keadaan ekonomi yang lain.

Dulu kita tidak pernah order online untuk makan. Tetapi sekarang ini, untuk makan pun order online jadi banyak benda yang kita terpaksa adapt dan adopt. Dalam kes ini juga kita melihat bagaimana kadar keaktifan kadar transaksi  online yang menjadi satu penghubung antara kita dengan kewangan yang telah pula dicabuli oleh pihak penjenayah dengan menjadikan satu aktiviti scammed yang memang perlu difahami oleh semua pihak. Ini juga menjadi satu cabaran juga kepada pekerja wanita untuk menjalankan kerja-kerja transaksi yang stabil berdasarkan kepada pendapatan, keperluan akibat daripada pendedahan di bawah akta peribadi ataupun consumerisme yang kadang-kadang menyebabkan mereka ini teruja membelikan barang-barang yang tidak perlu.

Apakah hak-hak wanita yang mampu menjamin perlindungan kepada pekerja wanita khususnya pada masa pandemic Covid-19?

Ia tidak ada banyak beza dengan pekerja-pekerja lelaki. Sebagai contohnya, kalau hak wanita bekerja di rumah mereka akan menjalani benda yang sama. Manakala, kalau hak faedah bersalin dan sebagainya, ia tidak ada apa-apa perubahan. Sama juga kalau dulu 3 bulan, sekarang pun tempoh 3 bulan juga tempoh cuti bersalin.

Jadi dari sudut perbezaan antara lelaki dan wanita khusus pada masa musim pandemic Covid-19 ini saya rasa tidak ada benda yang ketara. Jadi mungkin secara umumnya ketika kita berada di rumah ini, cabarannya lebih besar. Tetapi, benda-benda lain dari sudut hak, tidak ada apa-apa yang kritikal seperti cuti umum, tahunan, kahwin, kerja lebih masa, rehat dan seumpamanya sama juga.

Cuma, berlaku perubahan pada norma-norma kerja sahaja. Cuma di Kelantan ini kita ada satu lagi cuti tambahan kepada wanita yang kematian suami ketika dalam tempoh pekerjaan. Ini pun sama juga ketika Covid atau sebelum Covid kerana masih sama.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Terima kasih kepada YB. Dato’ Hjh Mumtaz Md. Nawawi

Artikel asal boleh ke link video PEDULI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *