Pada 31 Disember 2020, sebuah posting dibuat naik, Puan Hana, ibu kepada seorang kanak-kanak autisme hyper, 5 tahun dalam satu video yang telah tular di akaun Fb Autisme Malaysia bagi memberi penjelasan.
Detik cemas ini dilalui oleh sekumpulan pemuda yang berhenti apabila melihat kanak-kanak ini sedang mengayuh basikal tanpa ditemani oleh penjaga atau orang tuanya. Pada mulanya mereka takut untuk menegur kerana beranggapan agak mustahil untuk kanak-kanak bermain seorang diri pada waktu sebegini.
Alhamdulillah, Allah sebaik-baik penggerak. Akhirnya, penantian berakhir apabila mereka bertemu dengan ibu kepada kanak-kanak Autisme Hyper ini dan mendapat penjelasan yang sebenar.
Berikut merupakan beberapa penjelasan yang diberikan oleh Puan Nana di Fb Autisme Malaysia yang telah mendapat pelbagai respon netizen di luar sana.
Salam warga group… Saya share sedikit video anak saya yang semakin tukar videonya di share sana sini. Mino adalah anak yang sangt-sangat pintar. Berumur 5 tahun dan disahkan Autisme Hyper semasa umur 3 tahun. Saya nak cerita sedikit bila saya perasan jam 3 pagi pintu terbuka luas Mino tiada di rumah.. Hati ibu mana yang tidak risau.. Saya terus lari keluar rumah bawa kereta cari sekeliling kampung sampai pekan.. Adik cari dalam kampung rumah ke rumah orang.. Dalam saya mncari saya tidak berhenti berdoa agar anak saya selamat saya jumpai. Perasaan saya kuat ke balai polis. Semasa saya di balai polis kebetulan anak saya on the way dengan kereta peronda and ada 3 orang pemuda bawa basikal anak saya. Saya bersyukur sangat kepada adik-adik ini yang jumpa anak saya pada mulanya saya memang panic nampak lagi mereka ketawa-ketawa. Tapi saya explain dengan pihak polis and adik-adik itu yang anak saya Autism Hyper. Lepas ini sesi kawalan ketat untuk anak syurga saya. Keluarga yang ada anak autism saja yang tahu macam mana situasi membesarkan anak syurga ini. Ya Allah aku berterima kasih sangat semuanya baik-baik saja. Videonya sudah viral saya terkilan sedikit tapi apa pun tolong doakan yang terbaik ya.
Bagaimanapun di ruangan komen perkongsian itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya agar terus bersemangat dan tabah membesarkan anak syurga ini.
Berdasarkan kes ini, kita dapat lihat tidak semudah itu untuk menjaga kanak-kanak istimewa. Saya yakin, ibu bapa yang punyai anak-anak autisme seperti Puan Hana ini sudah pasti sudah cuba buat yang terbaik.
Nantikan perkongsian seterusnya mengenai Autisme.
Penulis telah disunting oleh penulis wk.com
Artikel asal boleh didapati di Page Fb Autisme Malaysia