Bismillah. Assalamualaikum w.b.t. Nama diberi Mohd Asmawardi bin Abdullah. Asal Pulau Melaka. Bertugas sebagai pakar Pergigian dan juga Ketua Jabatan di Hospital Kuala Lipis. Telah berkhidmat dalam pergigian selama 14 tahun.
Ramai dalam kalangan kanak-kanak ini sedikit gusar apabila perlu mendapatkan rawatan gigi. Agak-agaknya kenapa ya?
Mungkin sebab masa zaman sekolah dahulu, pergi dengan niat hendak cabut gigi. Takutnya kanak-kanak dengan orang dewasa adalah dalam bentuk yang berbeza. Kanak-kanak adalah fitrah. Maknanya kanak-kanak ini telah dapat satu pendedahan yang menyebabkan dia jadi takut. Contohnya, zaman dahulu, mak dan ayah kita larang keluar rumah waktu Maghrib, kita tidak dengar. Sebab masa itu kita kecil lagi dan sangat suka bermain. Mak ayah kita kata jangan keluar, sebab ada hantu. So, bend aini menyebabkan kanak-kanak takut hendak keluar kerana takutkan hantu. Padahal ia sesuatu benda yang kita tidak nampak, buat apa hendak takut.
Perkaitannya di sini, sama juga dengan doktor gigi. Sesetengah mak ayah ramai yang suka beritahu anak supaya duduk diam, jika tidak jururawat atau doktor akan cucuk. See. Hal ini menyebabkan perkara sebegini yang selalu dimomokkan menjadi lekat di fikiran anak-anak jadi takut kepada doktor gigi.
Manakala, orang dewasa pula, mungkin disebabkan pengalaman yang lepas. 20 tahun lepas ketika pernah mendapat rawatan. Teknologi dahulu dengan sekarang adalah totally different. Sama juga dari segi kepakaran kerana kepakaran doktor dahulu dan sekarang sangat berbeza.
Jadi, banyak sangat perbezaan dahulu dan selepas untuk setiap perkhidmatan di bahagian pergigian khususnya.
Rawatan gigi perlu dibuat ketika datang sakit atau bagaimana?
Kurang tetap kalau pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan di klinik pergigian, doktor tidak tahu hendak buat apa. Kecuali, doktor itu tidak tahu apa yang dia belajar selama ini. Insya Allah dia boleh membantu sama ada dari segi sokongan serta akan rancang apakah rawatan yang sepatutnya dibuat.
Bila sepatutnya pergi? Walaubagaimanapun, pencegaran adalah lebih baik daripada rawatan. Maknanya tidak perlu tunggu sakit baru datang, Kita disarankan membuat rawatan dua (2) kali setahun. 2 kali setahun ini atas dasar seluruh dunia sebab gigi ini proses menjadi sakit atau bermasalah, ia tidak menjadi sekelip mata. Ia ada prosesnya.
Bila kita bertindak untuk menyemak kesihatan gigi dalam tempoh 6 bulan awal, gigi yang akan rosak atau bermasalah itu akan dapat diatasi serta rawata dan pencegahan serta merta dapat dilaksanakan. Maknanya, pencegahan itu adalah lebih baik daripada merawat.
Kalau belajar bidang pergigian, gigi ini bukan sekadar struktur yang keras bahagian luar di dalam mulut itu sahaja. Tetapi merangkumi semua lapisan termasuk lapisan luar dan tengah. Apa yang menyebabkan kita sakit ini apabila bahagian tengah tempat ada salur darah dan saraf dimasuki kuman.
Jadinya, katakan masa pergi check gigi dan didapati ada gigi berlubang sedikit di bahagian luar, sudah pasti gigi yang berlubang ini akan dapat dirawat dalam kadar yang segera. Hal ini demikian kerana, adanya kemudahan peralatan gigi yang lengkap.
Selain dari rawatan cabut gigi dan simen, apakah lagi rawatan yang disediakan oleh klinik pergigian kerajaan?
Doktor gigi belajar banyak perkara. Bukan sekadar gigi sahaja, tetapi sekitarnya juga. Asasnya, pemeriksaan yang rapi akan dibuat secara keseluruhan (sepanjang batang gigi) termasuklah lidah, tepi pipi, sekitar muka, bawah Kawasan leher (jika ada pembengkakan). Kemudian tengok sepintas lalu bahagian tubuh sekiranya pesakit adalah pengidap Diabetes Mellitus (Kencing Manis) selain daripada bahagian mulut.
Sekiranya perlu rawatan tertentu contohnya berkaitan dengan gigi yang selalu kita dengar seperti:
Gigi berlubang. Sama ada berlubang kecil di luar atau pertengahan atau berlubang besar sangat. Jika tidak buat rawatan, ia akan merebak menyebabkan jangkitan kuman. Sebab itu kita dapat lihat ada kalangan pesakit bengkak sekitar muka sehingga satu peringkat bahagian muka kita boleh senang dijangkiti kerana tidak ada penapis lantas boleh merebak ke bahagian mata dan sesetengahnya bernanah di bahagian otak.
Rawatan bagi gigi berlubang ini adalah tampalan. So, stigma bagi rawatan gigi berlubang ini biasanya orang ingat sakit. Tapi sebenarnya, sakit ini kebiasaannya bagi tampalan gigi yang berlubang besar. Ada juga faktor gigi berlubang apabila keganasan dalam menggosok gigi. Ramai dalam kalangan kita menggunakan berus gigi yang jenis hard dan medium. Jenis ini bila diguna berterusan menyebabkan gigi kita menjadi haus. Kesannya, akan rasa sengal, pedih dan sedikit sakit apabila terkena air. So, rawatannya ada ubat untuk saraf.
Kemudian, jika kita lihat ada gigi yang melengkuk, ada sejenis amalan yang sesuai bila kita check. Kesihatan gigi juga berkaitan dengan amalan kebersihan dalam mulut. Kuman boleh merebak sehingga ke bahagian gusi. Tanda-tanda awalnya apabila gusi berdarah apabila memberus gigi. Gusi yang sihat mudah dilihat kerana warnanya kelihatan merah jambu. Kalau Nampak warna merah terang, ada bengkak di hujung gusi, ini menunjukkan gusi tidak sihat. Apabila kuman merebak, lama kelamaan gusi akan kecut menyebabkan bahagian gigi yang sepatutnya berada di dalam gusi akan terkeluar. Contoh mudah apabila kita tengok orang-orang tua, giginya kelihatan Panjang.
Sebenarnya makin meningkat usia sepatutnya gigi dan gusi kita makin sihat. Tetapi berlaku sebaliknya apabila kesihatan gusi dan gigi merosot. Kalau kita cakna dan detect lebih awal, pergilah ke klinik gigi untuk buat pemeriksaan. Doktor gigi akan sarankan sekiranya ada keperluan. Sebagai contoh ada lapisan kerak gigi dan tindakan yang perlu dibuat adalah sentiasa gosok gigi di bahagian menyeluruh.
Ulser pula kerap dialami oleh ramai orang, Sekiranya ulser dialami secara kerap, kemungkinan besar sediki sampel akan diambil untuk siasatan lanjut sebab kita tidak mahu ada masalah lain seperti barah mulut dan sebagainya.
Rawatan scaling gigi sesuai untuk dibuat berapa bulan sekali?
Scaling ini adalah rawatan mencuci atau memutihkan gigi. Macam rumah kita, lantai rumah kita mop berapa kali sehari? Ada yang mop sekali sehari. Ada yang mop seminggu sekali dan sebagainya. Bergantung kepada kebersihan.
Mencuci gigi ini tujuannya kita hendak membuang bahagian yang melekat pada gigi seperti karang gigi. Bahasa mudahnya tahi gigi. Kalau kita berus gigi dan tidak memastikan tahi gigi ini hilang. Ia selepas beberapa minggu, benda ini akan menyerap kalsium dan akan menjadi keras. Apabila menjadi keras, kita berus memang tidak akan hilang. Komposisinya banyak kalsium, 99.9 peratus adalah kuman. Jadi, kena buang dengan mesin.
Cara nak mengatasi masalah gigi berlapis dari awal usia
Gigi berlapis kita panggil taring terkeluar. Gigi berlapis ini berlaku kerana banyak faktor. Salah satunya, faktor keturunan (Genetik). Faktor yang kedua adalah bukan genetik. Gigi sebenarnya akan tumbuh mengikut aturannya. Situasi yang berlaku contohnya apabila tiada pantauan orang dewasa mengenai kondisi anak-anak menyebabkan kerosakan berlaku di awal usia. Hal ini menyebabkan, kita tidak boleh menyelamatkan gigi mereka.
Sekiranya gigi perlu dicabut awal akan ada pergerakan pada gigi susu yang lain menyebabkan ruang gigi kekal yang sepatutnya tumbuh tidak dapat tumbuh dengan normal menyebabkan berlakunya gigi berlapis.
Selain itu habit atau perlakuan yang selalu dibuat. Maksudnya, yang selalu kita tengok bagi yang suka hisap ibu jari daripada kecil menyebabkan rahang atas tidak dapat membesar mengikit aturan yang sepatutnya. Sepatutnya rahang kita berbentuk ‘U’. Bila hisap jari menyebabkan rahang menjadi bentuk ‘V’ menyebabkan masalah gigi jongang.
Sekarang ini musim pandemik, apa SOP rawatan dari KKM sendiri untuk bahagian pergigian?
Pandamic covid-19 ini semua orang satu dunia, satu planet bumi ini tidak menjangka ia datang. Lepas itu, kita tidak boleh menghalau ia pergi. Nak tak nak, kita kena hidup sekali dengannya ataupun adaptasi hari-hari kena ikut SOP.
WHO kata, paling kurang pandemic Covid-19 ini 2 tahun lagi atau pada tahun 2023, dan dijangka pada 2025 baru dapat dikurangkan dengan baik. Lambat lagi kita hendak balik asal pada zaman sebelum Covid-19 datang.
Salah satu tempat keberadaan virus kovid ini adalah di dalam saluran pernafasan. Batuk ke bersin ke kuman Kovid akan mudah merebak. Kebanyakan rawatan gigi, tidak boleh lari daripada kuman Kovid ini. Bila kita nganga mulut, automatik kuman senang berjangkit.
Beberapa tindakan keselamatan adalah menyediakan bilik khas untuk rawatan khusus. Sebenarnya doktor-doktor kita telah terlatih sebelum dari Kovid datang lagi terutama dari segi pemakaian khas langkah keselamatan PPE.
Kalau bagi pesakit yang rasa masih boleh tangguh atau tidak terdesak ke klinik pergigian atau hospital, sebaiknya tangguh sehingga keadaan kembali normal. Sebab kita tidak tahu sama ada kita ini pembawa atau tidak. Eloknya buat panggilan ke klinik kesihatan pergigian tersebut sebagai saringan awal dengan menceritakan kondisi kita sama ada perlukan rawatan segera ataupun tidak. Seeloknya jika tidak terdesak untuk ada peneman, datanglah seorang diri.
Semoga posting kali ini semua sama-sama mendapat manfaatnya.
Artikel disediakan oleh penulis wk.com
Artikel asal boleh tonton penuh di link