Pregnant

Terdapat banyak kebaikan untuk ibu jika berjalan semasa hamil.
Berikut merupakan antara 9 kebaikan berjalan buat ibu mengandung
Semoga bermanfaat .

1. Meningkatkat Serotonin

Berjalan semasa hamil boleh membantu meningkatkan pengeluaran serotonin.
Serotonin dikaitkan dengan kesan psikologi dan fungsi badan yang lain termasuk emosi.
Ketidakseimbangan serotonin boleh menyebabkan emosi menjadi tidak stabil yang boleh membawa kepada depresi.

Serotonin yang tinggi yang dapat dihasilkan apabila ibu berjalan meningkatkan rasa gembira ibu mengandung.

Justeru, ibu hamil tidak mengalami kemurungan dan sedih semasa mengandung.

2. Membakar Kalori

Berjalan adalah senaman paling mudah mudah untuk membakar kalori dan glukos dalam badan. Ia amat membantu ibu terutama yang mempunyai diabetis semasa hamil.

Sekiranya ibu mengalami gestational diabetis atau diabetis semasa hamil, mengawal kadar gula dalam darah amat penting.

Namun, jangan risau memang ada yang berjaya mengawal diabetis semasa hamil.

3. Melancarkan Pengaliran Darah

Berjalan semasa hamil juga menggalakkan pengaliran darah.
Aliran darah yang baik boleh mengelakkan terjadinya varicose veins yang selalu terjadi di kaki dan peha semasa hamil.
varicose vein

4. Meningkatkan Stamina

Berjalan semasa mengandung adalah sebagai senaman untuk ibu.
Ia akan membantu menguatkan jantung dan paru-paru semasa mengandung.
Sekaligus meningkatkan stamina.

Stamina yang kuat diperlukan semasa proses kelahiran. Dan setiap proses kelahiran bayi adalah berbeza. Adakalanya memakan masa berjam-jam lamanya.

5. Mencegah Peningkatan Kadar Gula

Nafsu makan ibu akan meningkat semasa proses kehamilan.
Hal ini kerana ibu juga harus memberi makanan kepada bayi.

Jika ibu makan makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi, maka akan terjadi peningkatan kadar gula dalam darah pada usia kehamilan di atas 6 bulan.

Kesannya ibu boleh mengalami penyakit Diabetes sewaktu kehamilan.
Bayi boleh membesar pada saiz yang tidak sepatutnya.

6. Keadaan Tubuh Yang Fit

Dengan banyak berjalan, keadaan tubuh ibu tetap fit dan bertenaga.
Tubuh yang fit akan membuatkan ibu berasa tidak cepat lelah dan letih walau melakukan sebarang aktiviti di rumah mahupun di pejabat.

Tubuh badan yang fit juga memberikan tenaga yang lebih kepada ibu.
Terutamanya ketika mendekati waktu bersalin.
Pada ketika ini ibu mengandung mudah merasa penat dan letih.

7. Memberikan Kelegaan Tubuh Badan

Apabila banyak berjalan, semua urat dan pembuluh darah di sekitar kawasan kepala hingga leher akan mengendur.
Pengaliran darah lebih lancar dan mudah.
Juga ketegangan otot pada leher juga akan berkurang.

Ibu mengandung berasa lebih selesa dan tidak cepat kepenatan.

8. Mempermudah Proses Bersalin

Apabila banyak berjalan semua otot disekitar rahim dan pelvis akan terhindar dari ketegangan.
Ini sangat membantu dalam mempermudahkan proses kelahiran normal.
Kesannya rasa sakit yang berpanjangan berkurangan.

Otot pelvis yang kuat membantu bagi mendorong bayi untuk keluar sewaktu proses kelahiran.

9. Merapatkan Hubungan

Salah satu sokongan yang sering terlepas pandang adalah sokongan psikologi.
Ibu hamil memerlukan sokongan fizikal dan psikologi.
Para suami ambil peluang ini untuk bawa isteri berjalan-jalan.

Sambil berjalan-jalan, bolehlah saling berpegangan tangan.
Menimbulkan suasana romantis ini membantu meningkatkan psikologi ibu hamil.
Mereka rasa gembira dan dihargai.

Trik untuk banyak berjalan: Berjalan di shopping complex  =P

Kesimpulan

Apabila banyak berjalan, ibu mengandung akan rasa lenguh dan letih.
Suami munculkan diri. Bantu dan urutlah si isteri.

Begini mereka rasa mahu melahirkan anak lagi =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *