
Bersenam merupakan aktiviti penting untuk memastikan kesihatan tubuh kita. Sekurangnya perlu diperuntukkan sekurangnya 25 minit sehari untuk menjamin tubuh yang sihat. Tidak semestinya kita perlu peruntukkan masa dan wang kita untuk ke gym atau tempat yang khusus untuk bersenam. Kita boleh sahaja melakukan aktiviti senaman di rumah. Contohnya naik dan turun tangga. Bukan sahaja mudah dan tidak memerlukan apa-apa kos, ianya juga mudah.
Apakah faedah menggunakan tangga:
1.Menurunkan berat badan
Naik dan turun tangga dalam tempoh 5 minit sekurangnya setiap hari boleh membantu dalam menurunkan berat badan dan boleh memberikan tenaga kepada tubuh kita.
2. Baik untuk tekanan darah
Menaiki tangga memastikan kesihatan jantung dan tekanan darah. Kadar denyutan jantung boleh ditingkatkan dan memastikan sistem pengaliran darah yang baik.
3. Mengurangkan risiko kematian
Menaiki tangga merupakan senaman yang baik dalam memastikan kesihatan tubuh badan dalam keadaan baik. Mulakan secara perlahan-lahan dalam memastikan ia akan menjadi satu tabiat kelak ditambah senaman harian boleh mengurangkan kadar kematian.
4. Kesihatan Mental
Minda menjadi segar apabila badan mendapat aliran darah yang lancar kesan daripada penggunaan tangga. Risiko untuk mendapat masalah mental dapat dikurangkan. Kadar strees dan kemurungan juga dapat dikurangkan apabila seseorang itu telah mendapat bentuk tubuh yang di inginkan.

5. Membina kekuatan Stamina
Pada peringkat awal, kita mungkin akan mendapat kekejangan kaki dan lenguh pada sesetengah bahagian badan. Tapi dalam tempoh panjang, stamina badan kita akan bertambah dan kita akan mampu melakukan aktiviti yang mana kita tak mampu melakukannya sebelum ini akibat badan yang sentiasa lemah dan tidak bermaya.
6. Mengurangkan kadar dijangkiti Diabetis
Menggunakan tangga memulihkan tekanan darah dan membantu mengurangkan kadar seseorang itu mendapat penyakit diabetis.
7. Mengurangkan sakit kepala.
Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan tangga akan memberikan kesan yang bagus dalam mengurangkan kadar mendapat serangan sakit kepala yang teruk. Ini adalah kerana ia membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan terjadi sumbatan terjadi dalam saraf tender yang akan menyebabkan sakit kepala
8. Tidak memerlukan kos
Dengan memilih untuk memanjat tangga, kita akan mendapat kelebihan seperti yang akan didapati apabila kita ke gym, tanpa perlu membuat sebarang bayaran. Aktiviti naik dan turun tangga boleh dilakukan di rumah secara berfokus.
9. Tidak memerlukan sebarang kemahiran khusus
Ada orang merasakan bahawa mereka tidak mampu untuk bersenam kerana tidak pandai untuk membuat gerakan yang sepatutnya seumpama aerobic. Namun naik dan turun tangga adalah aktiviti harian sebahagian besar dari kita semua. Ianya mudah dan kita semua mampu untuk mendapat manfaat menggunakan tangga tanpa perlu merasa bimbang akan mendapat kecederaan akibat aktiviti tersebut.
10. Membantu memberi bentuk tubuh ideal
Dengan melakukan aktiviti naik dan turun tangga secara berfokus, boleh menyebabkan kita berpeluh dan membakar lemak dalam badan.

Sumber dari Firstery Parenting