COVER SAUDARA ISLAM

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya, aktivis Misi Kembara Dakwah yang masih baru dalam arena program Kemasyarakatan Orang Asli di Kelantan. Lima tahun, walaupun bukan tempoh yang lama namun banyak perkara yang telah di perhatikan.

Pengalaman dari rakan-rakan NGO lain juga banyak membantu mengenali adat dan budaya Orang Asli. Sesungguhnya pengalaman banyak mengajar.

Tularan di medan media sosial yang menyalahkan Melayu menjadi punca Orang Asli tidak mengamalkan Islam dengan betul adalah tidak tepat.

Walaupun penyampaian dakwah, pengukuhan akidah dan amalan ajaran Islam kepada Orang Asli adalah menjadi fokus pelbagai NGO, namun kebajikan Orang Asli tidak pernah di lupakan. Malah banyak NGO yang mengutamakan kebajikan Orang Asli dahulu.

Lima tahun Misi Kembara Dakwah (MKD) juga mengutamakan kebajikan Orang Asli sebelum menyampaikan dakwah.

Sepanjang MKD terlibat secara langsung dengan masyarakat Orang Asli, dalam semua program, agenda kebajikan di utamakan.

Tidak benar sama sekali jika mengatakan orang Melayu tidak membawa apa-apa sumbangan kepada Orang Asli.

Misi Kembara Dakwah dalam setiap program yang diadakan di perkampungan orang asli menjadikan agenda kebajikan seperti berikut dilaksanakan:

  1. Khidmat Kesihatan Percuma. pemeriksaan kesihatan dan ubatan di beri secara percuma oleh doktor- doktor yang bertauliah.
  2. Demontrasi kebersihan seperti cuci tangan , cuci muka dan lain-lain. Sabun mandi, shampu, sabun cuci pakaian dan sabun cuci pinggan di berikan secara percuma. Ia termasuk kit dental dan cara-cara menggosok serta menjaga gigi yang ditunjukkan oleh para sukarelawan MKD kepada anak anak orang asli.
  3. Ziarah adalah rutin wajib Sukarelawan MKD, di mana barangan dapur seperti beras, minyak masak, gula, kopi, teh dan lain- lain di agihkan kepada semua keluarga Orang Asli termasuk yang bukan Islam.
  4. Program masak bersama-sama (Cakna Rakyat), makan bersama, buat pertandingan sukan rakyat dan bergotong royong, solat berjemaah, dan juga sama sama mendengar kuliah agama, selalu menjadi rutin program Misi Kembara Dakwah. Orang asli bagaikan adik beradik kepada orang Melayu.
  5. Bukan saja Cakna Rakyat yang kami buat bersama, kami juga memasak juadah berbuka puasa bersama-sama. Solat Terawih dan Sahur bersama-sama.
  6. Pakaian terpakai yang masih elok, pakaian baru sumbangan dari butik -butik, selipar dan lain – lain keperluan anak- anak seperti lampin pakai buang juga di bawa setiap kali MKD berprogram bersama masyarakat Orang Asli.
  7. Membaiki surau, bilik air, menukar langsir baru, memasang pembesar suara, penapis air, solar, kipas sejadah dan banyak lagi sumbangan juga pernah di sampaikan oleh MKD .
Sumber Gambar: https://www.facebook.com/pg/MISI-Kembara-Dakwah-MKD

Aktiviti- aktiviti ini bukan saja dilakukan oleh Misi Kembara Dakwah sahaja. Pertubuhan-pertubuhan lain pun melakukan aktiviti yang sama. Kami saling membantu demi untuk menyampaikan Islam yang sebenar.

Itu baru cerita NGO. Belum di lihat lagi pengorbanan Penggerak Masyarakat Orang Asli, Muallim dan Guru Agama Orang Asli dari JAKIM , JAHEIK dan MAIK. Peranan agensi- agensi kerajaan yang amat besar untuk masyarakat Orang Asli tanpa mengira agama. MAIK mengeluarkn sejumlah besar dari wang zakat bagi sumbangan ‘one -off’ dan zakat untuk para mualaf orang asli selain sumbangan-sumbangan lain untuk keluarga saudara- saudara baru.

Jika anda hanya melihat dan memerhati, sudah tiba masanya anda terjun bersama kami. Bersama-sama libat urus dalam kerja-kerja dakwah.

Sumber Gambar: https://www.facebook.com/pg/MISI-Kembara-Dakwah-MKD

Disediakan Oleh:

Dr Wan Martina Bt Wan Yusoff
Aktivist Kemasyarakatan Orang Asli Kelantan
Misi Kembara Dakwah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *