Wanita Belum Berkahwin

Ketika Syawal menjelang kita dikejutkan dengan kes seorang wanita dipukul oleh suaminya hingga meninggal dunia kerana salah faham. Ini bukan kes pertama tapi sudah banyak kali berlaku.

Dalam isu perkahwinan wanita sering terperangkap antara taat, sayang dan mudarat. Sebenarnya dalam islam ada limitasi dalam perkahwinan.

Dalam taat ada limitasinya.

Dalam berkasih sayang dan percaya ada limitasinya.

1) Wanita kena faham taat kita bukan pada manusia tapi pada Allah. Ketaatan kepada suami kerana ianya perintah daripada Allah untuk wanita patuh selagi tidak mendatangkan mudarat dan bercanggah dengan Islam.

Gambar Hiasan : Google

Jika pada perkara yang mendatangkan mudarat dan bercanggah dengan ajaran Islam, seorang isteri tidak perlu taat. Kadang-kadang kasih sayang mengatasi segalanya.

Saya pernah jumpa wanita di mana siang kena pukul malam berkasih sayang. Namun ianya berlarutan dalam tempoh yang sangat lama hingga sudah menjadi lali dalam rumahtangga yang menyakitkan. Bukan mudah untuk bimbing pasangan sebegini.

2) Keganasan rumahtangga semakin menjadi-jadi kerana ramai wanita tidak tahu dia boleh mendapatkan bantuan. Wanita juga ada hak dalam Islam dan perundangan untuk mempertahankan diri.

Gambar Hiasan : Google

Antara langkah yang boleh diambil:

a) Membuat laporan ke balai Polis, hospital atau pejabat agama yang berhampiran serta boleh buat dalam bentuk pengaduan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan yang berhampiran.

b) Menghubungi Talian Kasih 15999.

c) Dapatkan perintah perlindungan kecemasan EPO.

d) Maklumkan kepada keluarga terdekat seperti ibu bapa.

Dalam mendapatkan nasihat berkenaan masalah rumahtangga, jangan kita baca nasihat mereka yang tiada kepakaran. Sebaliknya rujuklah mereka yang mempunyai kepakaran dan autoriti dalam masalah rumah tangga.

3) Wanita kena bijak mengenal pasangan. Mengurus hubungan suami isteri ada banyak kaedah bukan satu jalan sahaja. Apabila saya bercakap dengan anak muda, ramai dalam kalangan mereka yang takut jika mendapat suami yang baran.

Baran juga diperlukan dalam beberapa tempat seperti mempertahankan hak dan agama. Namun baran mesti bertempat dan dikawal dengan baik.

Gambar Hiasan : Google

Sebagai pasangan, kita mesti bijak untuk mengetahui “soft sport” pasangan masing-masing. Jika kita tahu pasangan kita jenis pemarah, janganlah dilawan dengan marah kerana ianya umpama mencucuh api.

Tapi baran yang memudaratkan ditambah pula tiada kekuatan agama, perlu ambil langkah pemulihan atau pencegahan segera.

Gambar Hiasan : Google

4) Salah satu faktor mengapa konflik rumahtangga sukar dikawal dengan baik kerana pengaruh drama yang banyak memaparkan kisah rumahtangga toksik. Selesaikan konflik dengan jalan mudah. Perkataan cerai menjadi mainan di bibir. Drama rumah tangga yang negatif mempengaruhi pemikiran pasangan. Contohnya apabila berkonflik mereka banyak menggunakan emosi dan kekerasan dan kurang idea untuk menangani dengan baik.

Semenjak dua menjak ni, keganasan isteri terhadap suami juga mula meningkat.

Drama Nusyuz berkiblatkan cinta seperti memperlihatkan bagaimana contoh suami ganas dan isteri juga ada yang ganas. Saya hendak nasihatkan agar rumahtangga diuruskan dengan serius dan belajar berubah selaras dengan perkembangan rumahtangga kita.

Ustazah Asmak Husin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *