Tadi saya berjumpa dengan seorang wanita yang mempunyai anak “Down syndrome“.
Mereka ini ibu yang sangat luar biasa kerana Allah memilih mereka untuk menjadi penjaga kepada seorang anak syurga.
Beliau meminta beberapa nasihat agar dirinya sentiasa sabar sepanjang proses ini.
Bagi saya, ibu yang mempunyai anak istimewa perlu “support system” yang kuat. Mereka ini perlukan perhatian dari orang sekeliling.
Jika tidak kena gaya ada sesetengah ibu tidak boleh terima hakikat bahawa anaknya tidak sama dengan anak orang lain.
Jika seorang ibu tiada “support system” dari kumpulan yang sama dia tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan anak istimewa yang pelbagai ragam.
1) Anak down sydrom ini bukan anak yang serba kekurangan. Mereka anak yang sangat sempurna.
Pada pandangan Allah anak itu bukan OKU, mereka adalah sebaik-baik ciptaan tuhan.
Hatta kita yang normal pun tidak sempurna. Ada orang pendek, ada orang hitam. Tapi kita semua tetap sebaik-baik penciptaan yang Allah ciptakan di dunia ini🥰
2) Anak seperti ini dia bukanlah beban. Kita akan berasa seronok apabila perbaiki “mindset“. Tanamkan dalam fikiran dan hati, setiap proses menjaga mereka adalah sebuah perjalanan yang penuh keseronokan yang mencabar. Setiap kesusahan ada ganjaran pahala yang sangat besar menanti .
3) Dunia adalah tempat manusia diuji. Bukan kita seorang sahaja diuji. Semua orang diuji dengan ujian masing-masing. Ada orang diuji dengan dugaan yang besar bertimpa-timpa.
4) Kita mesti sentiasa berada dalam “vibe positive“. Jangan berasa sedih dan pertikai kenapa anak aku macam ini, anak orang lain membesar dengan jayanya dapat keputusan peperiksaan cemerlang.
Pandanglah mereka dengan keistimewaan yang ada pada mereka. Jangan sesekali kita bandingkan anak istimewa ini dengan anak yang lain❤️
5) Cuba cari kumpulan sokongan yang Islamik untuk sama-sama diskusi dan saling menyokong antara satu sama lain.
Hanya ibu terpilih mampu membawa anak syurga pilihan Allah. Kita doakan semoga ibu ini terus positif dan diberi kekuatan oleh Allah dan mendapat kebahagiaan abadi kerana menjadi ibu pilihan syurga🌹💚