Rumahtangga ini “bercahaya” disebabkan sinar dan amalan-amalan soleh ahli keluarga tersebut.
1.Rumah yang Bercirikan Masjid.
-Penghuni dan zuriat mereka mengikat hati dengan azan dan solat berjemaah, apa jua aktiviti yang ada di masjid, ada di rumah contohnya solat berjemaah
…………………………………
2. Rumah Al-Quran
-Penghuninya mencintai al-Quran, terus belajar al-Quran dan mengamalkannya
………………………………
3.Rumah Zikir
-Penghuninya membudayakan tasbih, tahmid dan istigfar pagi dan petang
…………………………….
4.Rumah Rahmat
-Kasih sayang suami isteri, ada komunikasi yang baik, amalan memberi salam dan meminta izin masuk/keluar sebagai budaya
……………………………
5.Rumah Berkebajikan
-Tidak menghampakan fakir miskin, mereka pulang dari rumah ini dengan hati yang gembira.
………………………………
6.Rumah yang Berperaturan
-Mementingkan disiplin/peraturan dlm kehidupan seharian, konsisten, bukan sekali sekala.
‘Cahaya’nya dapat dilihat oleh makhluk di langit dan bumi.
Petikan dari kertas kerja bertajuk:
Model Surah al-Nur : Solusi Konflik Dalam Rumahtangga.
Najah Nadiah Amran,
Fakulti Pengajian Islam UKM