Kekal Produktif Musim Pkp – Made With PosterMyWall (4)

Fasa pertama total lockdown telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan telah  bermula pada 1- 14 Jun 2021. Pelaksanaan perintah total lockdown ini disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang semakin hari semakin memuncak naik kes kematiannya di Malaysia. Pelbagai sektor seluruh dunia telah terjejas dan rakyat harus akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gambar: Google

Jadi, banyak sektor syarikat yang terpaksa berhenti beroperasi secara fizikal dan beroperasi secara virtual dimana para pekerja harus bekerja daripada rumah atau work from home (wfh) sehinggalah wabak ini dapat dikawal dengan sepenuhnya.

Bekerja dari rumah memang kedengaran menyeronokkan kerana tidak perlu ke pejabat tetapi ia sebenarnya boleh menjadi perkara sukar jika kita tidak bijak menguruskan masa. Jika tidak diatur dengan sebaiknya ia boleh membuatkan kita tertekan dan boleh mengganggu semua tugas yang patut diselesaikan.

Secara umumnya, itulah antara pelbagai pro and cons apabila mula bekerja dari rumah, lantaran itu antara langkah yang perlu kita lakukan untuk sentiasa kekal aktif dan produktif sepanjang tempoh PKP ini adalah:

1. Jaga rutin pagi seperti biasa

Walaupun kita berada di rumah, biasakan diri kita untuk bangun seperti biasa dan lakukan rutin seperti biasa. Jangan jadikan ini untuk kita bangun lambat. Hal ini adalah untuk mewujudkan mood bekerja yang positif dan mengelakkan diri dari bermalas-malasan.

Harus diingat jika syarikat membayar gaji penuh sewaktu pkp, ini bermaksud setiap jam dalam tempoh bekerja adalah waktu untuk kita melakukan tanggungjawab kita dengan sepenuhnya dan menyeselesaikan segala task yang diberi.

2. Urus masa dan jadual

Salah satu kelebihan bekerja dari rumah adalah fleksibiliti dari segi masa. Jadi, sediakan satu jadual untuk membahagikan masa bekerja di rumah supaya dapat melatih kita untuk lebih berdisiplan dan patuh pada masa tersebut.

Untuk lebih membantu kita dalam pengurusan harian, kita perlu menetapkan jadual sendiri dengan membahagikan masa bekerja, rehat dan meluangkan masa dengan keluarga. Senaraikan aktiviti yang perlu dilakukan setiap hari dan apa yang ingin kita capai alam kerja harian. Ini dapat membantu kita untuk menguruskan masa dan lebih produktif dari hari ke hari.

3. Sediakan ruang khas untuk bekerja.

Salah satu faktor utama yang patut diambil kira semasa work from home adalah lokasi dan ruang kerja yang selesa dan kurang gangguan. Ini dapat mewujudkan suasana kerja yang tenang dan mudah untuk kita fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Jangan lupa juga untuk memberitahu ahli rumah yang lain supaya tidak mengganggu kerja kita.

Sumber : Pinterest

4. Sentiasa berhubung dengan rakan sekerja

Pastikan kekal berhubung dengan rakan-rakan sekerja yang lain. Harus ingat, kita masih perlu bekerja walaupun berada di rumah. Berkemungkinan juga kita akan mengalami masalah komunikasi yang menjadi asbab salah faham itu terjadi.

Sumber Gambar : Pinterest

Justeru itu, pentingnya kita dalam merancang dan menetapkan target harian kita dengan sebaiknya, kerana penentu kepada produktiviti kita bergantung kepada diri kita sendiri.

Cubalah untuk kita seimbangkan di antara dunia pekerjaan dan kehidupan peribadi agar kita bebas daripada mengalami tekanan hidup. Marilah sama-sama untuk kita sentiasa kekal positif dan kekal produktif. ANDA BOLEH!!

Artikel disediakan oleh Nur Adilah Binti Ab Aziz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *