Rawat Masalah Mental Keluarga – Made With PosterMyWall

Untuk pengetahuan semua, jika ada terdapat dalam kalangan ahli keluarga anda yang sedang menghidap dan sedang dirawat sakit mental, maka sebenarnya seluruh keluarga juga perlu dirawat.

Maksudnya, kefahaman mengenai sakit mental perlu diambil tahu oleh semua kerana keluarga merupakan satu unit sokongan yang kuat kepada pesakit mental.

Apakah yang dimaksudkan dengan sihat?

Sihat itu keadaan di mana seseorang berada pada satu tahap yang seimbang dari segi fizikal, mental dan sosial.

Apa itu kesihatan mental?

Kesihatan mental mempunyai empat (4) ciri.

  1. Keadaan di mana individu sedar akan potensi diri.
  2. Boleh menghadapi masalah kehidupan harian.
  3. Bekerja secara produktif .
  4. Mampu menyumbang kepada komuniti atau masyarakat.

Apa pula ‘Mental illness’ atau sakit mental?

  1. Penyakit mental dikenali sebagai kecelaruan mental serta boleh menjejaskan sesiapa sahaja.
  2. Kemudian, merupakan keadaan kesihatan yang melibatkan perubahan dalam pemikiran, emosi atau tingkah laku (atau mana-mana gabungan semua ini) yang sering menyebabkan kesukaran untuk menampung tekanan biasa.
  3. Menjejaskan rutin/fungsi kehidupan.

Dari segi keluarga, bagaimana hendak tahu ahli keluarga itu sihat mental?

Gambar Hiasan: Google

Dalam bidang psikiatri, keluarga yang sihat mental ini ada banyak teori. perlu dilihat. Antaranya dari semasa mereka kecil kepada upbringing dan seterusnya bagaimana pesakit ini menjadi tidak sihat dari sudut mental.

Sebagai contoh, tekanan yang sama diberikan kepada beberapa orang. Tetapi kenapa dia sahaja yang sakit? Jadi, bila tengok balik daripada kecil rupa-rupanya mak ayah terlalu garang.

Ada beberapa ciri-ciri parenting.

  1. Parenting yang ada check and balance. Berlaku di sini mak ayah yang selalu berbincang. Anak-anak turut diberi peluang untuk memberikan pandangan.
  2. Kemudian kedua, parenting yang sedikit diktaktor menyebabkan anak-anak mungkin rasa takut-takut untuk melakukan sesuatu, fikir kalau salah nanti akan dimarahi dan sebagainya.
  3. Ketiga, keluarga yang sering membiarkan anak-anak melakukan apa-apa sahaja dan menjadi terlalu bebas.
Sumber Gambar : Pinterest

Teori-teori ini menjadi antara pemerhatian terutama dalam bidang psikiatri apabila pesakit yang datang terkena anxiety yang teruk. Bila kita tanya apa types of parenting yang dipraktikkan oleh mak ayahnya semasa kecil. Unfortunately, sering kali jawapan yang diberikan adalah mak ayah terlalu garang. Upbringing itu sebenarnya memberikan percentage yang tinggi kepada mereka yang mempunyai sakit mental.

Jadi, ahli keluarga ini tidak lari daripada memberi sumbangan kepada terjadinya masalah mental dalam ahli keluarga. Sometimes, memberi lebih tekanan kepada pesakit mental.

Salah satu ciri selain daripada parenting style adalah ahli keluarga iaitu high express emotion. High express emotion ini bermaksud mak, ayah ataupun ahli keluarga yang suka mengkritik, agak hostile ataupun dipanggil selalu memberi kecaman kepada pesakit. Sebagai contoh, suka berleter.

Hakikatnya, peranan setiap orang terutama dari ahli keluarga memainkan peranan yang penting sama ada menjadikan pesakit mental menjadi lebih kronik atau semakin sihat.

Dalam konteks pandemik yang sedang melanda negara sekarang, bagaimana ia boleh menyumbang kepada peningkatan kadar masalah mental dalam kalangan masyarakat dan keluarga?

Ada sesetengah kes, apabila pesakit hadir dengan anxiety ataupun kemurungan, antara faktornya:

Gambar Hiasan: Pinterest
  1. Kehilangan kerja menyebabkan keluarga hilang mata pencarian. Situasi di sini, pesakit sudah mempunyai penyakit anxiety. Kemudian, ibu duduk berleter bila anak mahu mencari kerja dan sebagainya. Lalu si anak mengalami tekanan.
  2. Student PDPR. Kalau pelajar universiti aka nada kelas online. Jadi, antara cabaran pelajar universiti kadang-kadang bila ada kelas online, tiba-tiba mempunyai masalah capaian internet, data internet tidak cukup dan sebagainya. Lalu, menyebabkan mereka ini menghadapi tekanan.

Setiap keluarga, tidak semestinya berkemampuan terutama dalam memastikan anak-anak dan seisi keluarga mendapat kemudahan yang terbaik.

Apa kaitan penyakit mental dengan keluarga?

  1. Schizoprenia?

Pesakit yang mempunyai sejarah keluarga yang ada kesihatan mental seperti Schizophrenia, berisiko mempunyai penyakit yang sama. Manakala, andai kedua-dua ibu dan ayah adalah penghidap Schizophrenia, maka hampir 45 peratus anak-anak bakal mendapat penyakit yang sama.

Selain itu, jika bayi yang lahir adalah kembar, salah seorangnya menghidap penyakit Schizoprenia, manakala pasangan kembarnya juga 50 peratus kebarangkalian untuk menghidap penyakit yang sama.

Schizoprenia tidak semestinya disebabkan oleh penyakit genetik. Kadangkala, mungkin pesakit sudah ada genetik ini dalam keluarga. Namun ada mengambil dadah dalam kadar yang banyak menyebabkan kadar halusinasi tinggi dialami dan seterusnya terjebak kepada sakit ini.

Schizoprenia secara kasarnya merupakan satu penyakit mental yang kronik mengakibatkan pesakit mengalami halusinasi. Antaranya, seperti seakan terdengar suara dan sebagainya. Suara itu berbincang sesama sendiri tentang dia. Kadang-kadang pesakit akan stress bila terjadi seperti ini.

Kedua, adalah ilusi. Ilusi ini umpama strong believe tentang sesuatu perkara. Pesakit merasa perkara itu adalah benar. Sebagai contoh, yakin bahawa dia sedang diekori oleh seseorang. Sebenarnya tidak ada sesiapa pun yang mengekorinya.

Dari segi fungsi kerja, pesakit ini akan merosot.

Memahami kecelaruan mental yang umum seperti kemurungan.

  1. Rasa sedih yang teramat sangat.
  2. Kehilangan minat dalam aktiviti seharian.
  3. Perubahan selera makan atau berat badan berkurang atau bertambah.
  4. Perubahan tidur atau imsonia.
  5. Kehilangan tenaga.
  6. Perasaan tidak berharga atau rasa bersalah yang kuat.
  7. Sukar untuk fokus.
  8. Pemikiran berulang berkenaan kematian atau untuk mencederakan diri atau membunuh diri.

2. Keresahan (Anxiety)

Gangguan keresahan dan kebimbangan yang berterusan. Antara faktornya:

  1. Tindak balas kimia dalam otak.
  2. Genetik.
  3. Persekitaran. Sebelum ini mungkin sudah kena trauma yang menyebabkan keresahan.

3. Kecelaruan Bipolar

Perasaan sedih tetapi dalam satu-satu ketika dia terlalu bahagia, gembira dan bertenaga. Apabila pesakit gembira, pesakit akan banyak bercakap, merasakan dia adalah orang yang terpenting di atas dunia ini, berbelanja lebih, banyak kerja hendak buat tetapi satupun tidak berjaya dilakukannya.

Bahaya pesakit bipolar ini, ketika terlalu aktif sebagai contoh berbelanja berlebihan menyebabkan merasakan penyesalan yang tidak terhingga sehingga boleh menyebabkan mahu membunuh diri. Kes ini perlu segera ke hospital.

Apakah kepentingan sokongan keluarga?

Saat temujanji pesakit, biasanya ahli keluarga diminta untuk turut hadir. Hal ini kerana mereka akan diberitahu penyakit apa yang dialami pesakit dan keperluan mereka untuk memberikan sokongan kepada pesakit.

Kalau keluarga pesakit tidak mampu hadir ke hospital, kita ada satu kumpulan komuniti sebagai contoh pergi ke rumah pesakit melaksanakan psychological treatment ataupun sokongan semata-mata untuk bercerita tentang sakit pesakit dengan harapan supaya keluarga memahami.

Menurut kajian, 1 daripada 22 orang adalah pesakit mental. Tetapi, kadang-kadang mereka yang kelihatan normal itu sebenarnya menghidap penyakit mental. Hal ini menunjukkan keberkesanan rawatan yang telah dijalankan menunjukkan mereka mampu bertindak normal seperti orang normal yang lain.

Apa perlu dilakukan apabila merupakan salah seorang yang ada masalah kesihatan mental?

  1. Didik diri anda mengenai penyakit mental.
  2. Mendapatkan sokongan keluarga dan sosial.
  3. Melibatkan diri semasa rawatan.
  4. Berikan sokongan, fahami dan sabar.
  5. Belajar menangani tekanan dan bereaksi dengan tekanan itu.
  6. Tetapkan matlamat realistik.
  7. Elakkan pengambilan alkohol dan dadah.
  8. Tenangkan fikiran dan perbanyak amalan-amalan yang boleh memberikan ketenangan.

Contoh ayat yang boleh diungkapkan kepada mereka yang mengalami sakit mental antaranya:

  1. Saya bimbang tentang anda. Bolehkah kita bercakap lebih lanjut mengenai apa yang anda alami? Jika tidak, siapakah yang ada selesa untuk bercakap?
  2. Adakah anda tahu orang lain yang mengalami masalah sama yang anda selesa untuk bercakap?
  3. Adakah sesiapa ada membantu anda menangani masalah yang sama pada masa lalu?
  4. Nampaknya anda seakan melalui masa yang sukar. Bagaimana saya dapat membantu anda mendapatkan bantuan?
  5. Bagaimanakah saya boleh membantu anda mencari maklumat lanjut tentang masalah Kesihatan mental.

Skill validating emotion perlu ada dari orang sekeliling.

Pesakit mental memerlukan orang yang memahami dirinya. Jika kita ada melihat seseorang yang seakan mengalami masalah dalam hidupnya, kita cuba tanya khabar agar dia rasa seperti ada orang yang memahaminya.

Kedua-dua kaedah moden dan spiritual healing adalah penting.

Resilience

Kenapa orang-orang terdahulu walaupun susah, masih boleh berjaya? Konsep resilience adalah kebolehan untuk kita recover kesusahan untuk kembali kepada asal. Antaranya:

  1. Goal Setting with realistic.
  2. Learning from their mistakes.
  3. Self-control.
  4. Understanding and acceptance of their own strength and weaknesses.
  5. Willingness to overcome difficulties rather than avoid problems.
  6. Optimistic thinking patterns.

Etc.

Kesimpulannya, Allah sudah berjanji sebenarnya dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Tinggal lagi adakah kita cukup resilience dalam kehidupan kita atau bagaimana.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com.

Maklumat lanjut boleh ke FB Page Ustazah Asmak Husin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *