Shahirah

Berbekalkan hobi dan minat yang mendalam terhadap dunia sukan dan aktiviti lasak melayakkan Siti Nur Syahirah Mohd Ruzaizol dinobatkan sebagai Ikon Sukan. Beliau merupakan pemegang ijazah dalam bidang dakwah komunikasi daripada Universitas Islam Negeri Sumatera (UIN).

Pada mulanya beliau memasuki dunia sukan sekadar untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Namun, minat serta peluang yang ada terus digilap dan disemai. Beliau terlibat aktif dalam bidang sukan bermula sebagai fasilitator program pendakian anak muda tawan Gunung Stong yang diuruseliakan oleh Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) selama enam tahun ketika beliau masih belajar di peringkat diploma, KIAS.

Minat serta semangat ini tidak terhenti malah dibawa sehingga ke peringkat yang lebih jauh. Peluang diterima belajar di Universitas Islam Negeri Sumatera (UIN) tidak disiakan malah diguna sebaik mungkin. Berbekalkan prinsip wanita juga boleh lakukan aktiviti sukan dengan menutup aurat sempurna, beliau ternyata telah berjaya mengangkat martabat wanita muslimah dalam bidang sukan yang diceburi seperti pendakian, badminton, ping pong, bola baling, futsal, bola jaring dan sukan lasak panjat tebing dan harung jeram. Antara pencapaian yang telah dicapai antaranya beliau berjaya mendaki Gunung Kerinci (paling extreme Kepulauan Sumatera) pada tahun 2019, melakukan pendakian ke Gunung Kinabalu dan Pendakian Winter ke Annapurna Base Camp Nepal pada tahun 2020. Manakala antara kejayaan yang telah dimenangi beliau adalah menjadi juara Badminton Beregu dan Double Medan Games, tempat ketiga Badminton di Bandung Games, johan badminton dan tempat ketiga acara bola baling di Akasuma Games Medan, tempat kedua Piala Konjen bagi kategori futsal wanita dan mendapat tempat kedua kategori ping pong dalam Piala Konjen.                                                            
Paling membanggakan beliau diberi penghargaan menjadi mahasiswa Malaysia pertama yang mengikuti organisasi Mapala Indonesia serta dihadiahkan buku penulisan sendiri Wali Kota Sumatera Barat. Olehkerana pencapaian, pengalaman yang luas serta komitmen yang tinggi beliau kini diangkat sebagai Presiden Kelab Kembara Ukhwah Outdoor. Diharapkan dengan penganugerahan ini boleh memberi inspirasi kepada para remaja untuk turut sama menceburi bidang sukan dan aktiviiti lasak serta pada masa yang sama memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna dan patuh syariah.      

Sumber Gambar : FB Page HSK

               

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *