Wanis

Siti Nurwanis Mohamed atau lebih dikenali dengan nama pena Hikmatul Islam, berusia 32 tahun dan merupakan anak kelahiran Pasir Mas. Dilahirkan pada tahun 1989, beliau merupakan Ikon Kesenian yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang seni penulisan kreatif.

Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan semenjak menuntut di universiti lagi, iaitu pada tahun 2013 dan menghadiri bengkel penulisan bersama penulis terkenal. Kemudian, pada tahun 2015, proposal buku pertama diterima dan diterbitkan oleh Syarikat Mustread bertajuk “Wanita Solehah, Awak Kat Mana”. Karya sulung ini berbentuk motivasi umum kepada para wanita dengan memaparkan kisah-kisah menarik bagaimana para wanita yang sedang mencari jati dirinya untuk berubah menjadi wanita yang lebih baik di sisi-Nya sehingga mampu mencapai gelaran wanita solehah. Buku ini berjaya mengangkat nama beliau di persada penulisan seni kreatif sehingga setanding dengan penulis hebat lain dan buku ini diulang cetak sebanyak tiga kali cetakan.

Tidak terhenti di situ, beliau keluar dengan karya kedua bertajuk “Demi Allah Aku Tidak Kuat, Kerana Allah Aku Harus Kuat” terbitan Rusydee Artz Studio yang merupakan syarikat percetakan beliau sendiri. Buku ini khusus untuk para wanita yang banyak diuji dengan soal cinta manusia yang memaparkan setiap kisah cinta dengan membawa semula pembaca mengenal cinta Allah SWT yang lebih utama. Manakala buku ketiga bertajuk “Tuhan Aku Perlukanmu” berbentuk motivasi umum, sarat dengan untaian kata-kata hikmah yang membawa pembaca untuk memahami ujian Allah, dan berpegang semula kepada Allah dengan sepenuhnya. Buku keempat pula bertajuk, “Ketika Cinta Harus Berpisah” membawa tema kepada perpisahan, yang ingin mengembalikan semula semangat dan kepercayaan seseorang yang telah berpisah.       

                                                 
Sosok tubuh ini seringkali diundang memenuhi jemputan bedah buku hampir 40 tempat di peringkat sekolah, kolej dan universiti di seluruh negara sama ada turun lapangan atau secara atas talian (media). Beliau juga aktif menulis di akaun Facebook dan Instagram setiap hari dan mempunyai pengikut melebihi 20,000 orang di Facebook dan melebihi 40,000 orang di Instagram. Beliau juga turut aktif menjadi tutor personal (coaching online) di telefon dan mempunyai pengalaman membantu lebih daripada 200 orang yang menelefon secara personal untuk meluahkan masalah peribadi. Di samping itu juga, beliau aktif menjalankan Kelas Terapi Hati di dalam secret group di Facebook berkisar pengisian tauhid dan rohani yang mana terbuka kepada seluruh masyarakat.                                                                           
Dakwah beliau adalah melalui penulisan, berbentuk kata-kata hikmah yang bertujuan menarik para remaja khususnya serta seluruh masyarakat untuk lebih dekat kepada Allah dan Rasulullah SAW.

Sumber Gambar : FB Page HSK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *