Tips Hadapi Anak Sawan

Sesungguhnya anak adalah anugerah Allah SWT yang cukup berharga kepada ibu dan bapa. Mereka juga amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka. Ibu bapa digalakkan untuk mencari ilmu dan informasi tentang kesihatan diri, anak-anak dan keluarga. Bagi tujuan ini, bersesuaianlah dengan topik hari ini apa yang ibu bapa perlu tahu mengenai bahayakah demam sawan?

Apakah definisi atau maksud demam sawan?

Demam sawan merujuk kepada sawan iaitu kekejangan pada otot bersama dengan demam. Ada beberapa ciri-ciri yang perlu dipenuhi barulah dikategorikan demam sawan seperti berikut:

Gambar Hiasan : Google
  1. Umur kanak-kanak tersebut mesti antara lingkungan 3 bulan hingga 6 tahun. Definisi ini diguna pakai di Malaysia under Malaysia Padiatric Association.
  2. Berlaku pada suhu yang tinggi. Melebihi 38.5 darjah selsius. Ibu bapa perlu ada temperature untuk mendapatkan berapa bacaan suhu.
  3. Kekejangan mesti melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki.
  4. Tanpa unsur penyebab gangguan kerosakan otak (Intracranial pathology) ada jatuh ke, trauma ke, ataupun gangguan keseimbangan unsur metabolisma badan (Metabolite abnormality) seperti kurang garam, kalsium dan sebagainya.
Gambar Hiasan : Google

Simple vs Complexs Febrile Seizure

Sekiranya tempoh yang berlaku lebih lama (lebih dari 15 minit) atau lebih dari sekali dalam masa 24 jam ataupun kekejangan separuh badan (FOCAL Fit)

Persoalannya bahaya ke penyakit sawan ini kepada kanak-kanak?

Kita faham ramai dalam kalangan ibu bapa datang ke kecemasan dalam keadaan cemas dan panik apabila anak yang tersayang terkena sawan. Selepas sawan keadaan anak akan tidur atau dalam keadaan yang amat letih.

Secara kasarnya demam sawan ini bukan penyakit sawan. Ia tidak akan mengganggu perkembangan bayi, anak-anak kita seperti perkembangan otak dan seumpamanya. Demam sawan ini juga berlaku dalam tempoh yang sekejap. Sekiranya itu berlaku dan berulang-ulang, ia tidak memberikan bahaya kepada anak kita (Without neurological deficit).

Bila anak itu sedar, dia akan aktif macam biasa. Sedar dan aktif macam sedia kala. Kalau dia boleh berjalan, lepas terkena sawan dia boleh berjalan seperti biasa tanpa ada gangguan.

Gambar Hiasan : Google

Kita dapat kenal pasti punca demam tersebut sama ada disebabkan jangkitan demam dan sebagainya. Apa yang pasti puncanya bukan daripada perkara yang berbahaya seperti jangkitan kuman pada otak dan seumpama dengannya.

Akan tetapi, walaupun demam sawan ini tidak berbahaya, ia boleh memberi bahaya sekiranya sawan itu berlangsung dalam keadaan yang lama seperti lebih daripada setengah jam. Apabila keadaan ini berlaku, so dipanggil sebagai Febrile status apabila keadaan sawan secara berterusan lebih daripada 30 minit.

Dikhuatiri masalah atau gangguan pada otak, kekurangan oksigen pada otak dan seumpamanya. Jika berlaku, hendaklah dikenalpasti apa yang paling penting otak kanak-kanak ini adalah tidak ada jangkitan kuman, tidak ada pendarahan dan sebagainya (No intracranial pathology or infection).

Apa beza demam sawan dengan jangkitan kuman pada otak? Bolehkah demam sawan ini berulang?

Paling penting sekali sekiranya berlaku demam dan sawan lebih-lebih lagi berlaku kepada bayi bawah dari 3 bulan, imuniti si kecil sangat lemah, ia berisiko berlaku jangkitan ke seluruh badan dan berisiko tinggi jangkitan kepada otak. Pertama sekali, jika ada simptom begini, kita akan pastikan ia bukan jangkitan pada otak.

So, doktor memang akan berbincang dengan ibu bapa untuk pengambilan air di tulang belakang untuk pastikan ia bukan jangkitan kuman pada otak. Sekiranya ada jangkitakan kuman pada otak, maka rawatan berbeza perlu diberikan kerana komplikasinya berbeza.

Gambar Hiasan : Google

Sekiranya berlaku punca-punca lain seperti kekurangan garam, kalsium, magnesium dalam badan, hal ini akan mengakibatkan sawan kepada pesakit yang berumur kurang daripada 3 bulan atau lebih daripada 7 tahun, kita memang suggest untuk scan pada otak untuk memastikan tidak ada sebarang masalah pada otak.

Memang sakit demam sawan ini akan kembali berulang. Ia akan berulang sekiranya:

  1. Mempunyai sejarah keluarga seperti adik-beradik yang lain yang memang ada penyakit demam sawan.
  2. Umur first time dapat penyakit demam sawan adalah pada umur kurang daripada 18 bulan.
  3. Tempoh antara demam dan sawan itu adalah terlalu singkat (Kurang dari 1 jam).

Apa tindakan ibu bapa sekiranya mendapati anak terkena demam sawan?

  1. Jangan panik. Ibu bapa jangan biarkan anak bersendirian.
  2. Aturkan posisi anak -Hindari risiko tersedak atau aspiration. Mengiring lebih bagus. Jangan peluk dukung anak.
  3. Kawal suhu badan anakTepid sponging. Ubat demam setiap 6 jam. Lap badan dengan air terutama di kawasan pelipat (Di bawah tengkuk, ketiak, dan seumpama dengannya). Gunakan air suhu bilik biasa. Jangan tinggalkan kain di bahagian pelipat tapi sentiasa lap secara berterusan, agar suhu dapat cepat berkurang.
  4. Perhatikan masa kekejangan -Sekiranya melebihi 15 minit, perlu dapatkan rawatan kecemasan.
  5. Hindari pakaikan pakaian berlebihan.
  6. Perhatikan keadaan selepas sedar.
  7. Jika masih lemah, tidak responsive atau ada kelemahan fizikal, perlu bawa ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan lanjut.
Gambar Hiasan : Google

Bolehkah menjadi penyakit sawan?

  1. EPILEPSY atau penyakit sawan tanpa deman (AFEBRILE SEIZURE). Semua ciri-ciri penyakit sawan seperti kekejangan dan sebagainya.
  2. Secara kasar, prognosis adalah bagus. (EXCELLENT PROGNOSIS). 70 % tiada pengulangan. 48% berulangan sekiranya berlaku lebih dari 2 kali.
  3. Tapi ada risiko untuk mendapat EPILEPSY (2-7%) sekiranya ada sejarah ahli keluarga berpenyakit sawan, Complex Febrile Seizure dan gangguan perkembangan fizikal atau sosial (Neurodevelopment abnormality).

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Untuk video asal boleh ke FB Page Gerakan Wanita Sejahtera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *