Farah Lee Proud With Hijab

Pengalaman sebagai seorang Hijabers di luar negara.

Pengalaman sebelum bertudung, Farah bukan seperti Farah yang sekarang. Farah mula pakai tudung pada tahun 2010 semasa berada di Korea. Kiranya sebelum ini ‘nonhijabis’. So, Farah tak pelik sangat free hair di Korea. Farah berada di Korea selama 5 tahun. Kemudian setelah 2 tahun setengah tanpa perancangan, Farah decided untuk berhijab start daripada bulan Ramadhan tahun 2010.

Pengalaman sebelum berhijab pada tahun 2008, di Korea fenomena kedatangan pelancong muslim dari luar tidak begitu ramai menyebabkan mereka akan berasa pelik akan kehadiran wanita yang bertudung. Kawan Farah pernah mengalami pengalaman seorang ahjumma (mak cik) menarik tudung dalam train. Lepas itu, macam marah-marah dan paksa buka tudung kerana mereka rasa hijabis kepanasan bila bertudung litup bagai.

Sumber Gambar : FB Farah Lee
Sumber Gambar : FB Farah Lee
Sumber Gambar : FB Farah Lee

Masa itu, Farah dan kawan-kawan cuba menjawab dan menjelaskan bertudung sebab beragama Islam (Muslim). Mak cik itu bertanya lagi, Farah tidak bertudung adakah bukan seorang muslim? Farah rasa macam terkejut dengan soalan itu. Farah masa itu was feeling like saya seorang muslim. This is my choice to wear hijab or not.

Farah sukakan majlis ilmu seperti usrah, kelas agama dan sebagainya dan akan berhijab. Suatu hari hendak dijadikan cerita, Farah on the way pulang dari majlis ilmu with hijab bila naik train, before this Farah akan jadi segan bila orang tengok. Tetapi masa hari itu, Farah rasa macam semua yang dalam train itu tengok Farah dengan senyuman sambil mata mereka tidak lepas melihat sosok tubuh Farah. Farah yakin mereka tahu bila berhijab merupakan seorang muslim.

Padahal masa itu tinggal beberapa hari sahaja lagi hari raya dan Farah dah prepared baju raya sempena raya dekat embasy nanti. Macam biasa baju jarang dan sewaktu dengannya. Farah kemudian tell kawan Farah yang Farah rasa nak pakai tudung. Kawan-kawan Farah seakan terharu dan sebak.

Bila balik itu Farah nak delete gambar-gambar dekat Facebook yang tidak bertudung semua itu meskipun sayang. Farah rasa jika dia tidak bertindak sekarang, mungkin tidak tahu bila lagi rasa ini akan datang kembali. At that moment, Farah decided untuk buang semua gambar tidak pakai tudung kemudian Farah up status dengan meminta kawan-kawan atau kenalan yang lain bagi yang ada menyimpan gambar Farah yang tidak bertudung untuk delete semua gambar itu dari their galleries. Masa itulah Farah mula berhijrah tahun 2010 bulan Ramadhan.

Pengalaman lepas itu di Korea mungkin sebab sebelum ini Farah dah banyak travel di beberapa negara kebanyakan mereka tengok kita pelik kerana mereka tidak faham apa itu muslim. So, Farah mulakan dengan menghadiahkan senyuman buat mereka serta berborak dengan mereka. Perkara ini menyebabkan mereka excited dan bertanya detail mengenai penampilan Farah.

Antara reminder buat Farah dekat sana untuk bangga apabila tampil berhijab dengan yakin dan faham bila mana secara automatiknya kita adalah ejen Islam.

Apakah Standard of procedures bagi Farah untuk dikongsikan buat peminat di luar sana sepanjang terlibat dalam bidang peragaan fesyen wanita bertudung

Dunia peragaan sebagai tidak begitu tepat dengan Farah. Sebenarnya Farah terlibat dengan business clothing sahaja.  Kadang-kadang masa peragakan jubah, hasil gambar itu akan diteliti. Jika ada nampak bentuk badan, Farah akan minta untuk shot yang lain agar tidak nampak susuk badan.

Sumber Gambar : FB Farah Lee

Selain itu, mungkin Standard of Procedures yang lain bila sudah pakai pakaian yang longgar dan tudung labuh, tetapi aksi pula menggoda dan sebagainya itupun cuba untuk dielakkan. Kiranya patuh syariah.

Nasihat Farah Lee buat remaja di luar sana yang hari ini terlalu banyak ujian dan mehnah yang mesti kita tempuh terutamanya remaja wanita. Contohnya yang berkaitan dengan ‘SugarDaddy’ serta ‘Sugar baby’. Kata-kata semangat buat semua dalam menempuh ujian.

Farah rasa masalah makin bertambah sekarang ini adalah berpunca dari institusi kekeluargaan yang gagal dan teknologi sekarang ini yang tanpa Batasan.

Sebab anak-anak ini bila di dalam konteks keluarga, Farah ada nak bagi 2 pandangan supaya kes macam ‘Sugar Daddy’ ini.

  1. Family institutions
    • Anak-anak kurang mendapat kasih sayang dari rumah. Bila tidak dapat semua ini akan mengakibatkan mereka mencari dari luar. So, parents please always be careful about your kids especially teenagers.
    • Bagi mereka spaces, jangan mengongkong.
    • Tegas tapi jangan sampai mengongkong. Rasulullah SAW ada ajar bagaimana kaedah Islam untuk mendidik anak cara Islam. Remaja ini adalah golongan yang ibu bapa perlu menjadi kawan. Just be there for your kids, just be the guidance and an assistance. Mereka ada kehendak mereka sendiri. Jika dikongkong, mereka akan guna jalan pintas dengan apa yang tidak sepatutnya berlaku di luar sana.
    • Kalau apa yang mereka perlukan dari keluarga dapat dipenuhi, Insya Allah perkara ini boleh dikurangkan.
  2. Untuk remaja, since technology is very unlimited, very important untuk kita tahu cara yang betul menggunakan social media kita.
    • We are using the social media to impact not to impress. Kita tidak ada hak untuk menunjuk segala benda di media sosial kerana itu semua adalah milik Allah SWT. Allah SWT boleh ambil balik bila-bila masa.
    • Jadi, tugas kita untuk impact kepada orang yang follow kita tidak kira kita ini famous ataupun tidak walaupun hanya mempunyai 10 orang kawan atau kenalan. Jadi, beware apa yang you share atau tengok itu sesuatu yang bagi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain. Hal ini kerana sekarang ramai orang terutama dalam kalangan adik-adik ramai yang terlalu ghairah nak famous, viral bila orang buat challenge itu, challenge ini. Kadang-kadang kita tengok tidak tahu apa keperluannya. Sometimes, memalukan diri sendiri itu juga ada. Jadi kita kena sentiasa ingatkan diri kita kenapa kita berada di social media. Adakah kita hendak famous semata-mata? KIta hendak famous untuk apa?
    • Involve dalam program-program yang bermanfaat. Seperti, buat charity, majlis ilmu, pergi kursus dan sebagainya which to impact hidup kita untuk kembali kepada Allah. So, jalan ini perlulah menuju ke jalan Allah.

Apa pandangan Farah, kadang-kadang parents ini tidaklah terlalu mengongkong tapi lebih kepada rules.

I think that is very important to have good communication within the parents and the kids. Kita buat rules involve kan sekali anak-anak dalam membuat keputusan. Gunakan pendekatan psikologi seperti:

  1. Mak dengan ayah yang hantar dan ambil.
  2. Minta snap gambar bukti keluar dengan siapa.
  3. Perbincangan melibatkan kedua-dua pihak

Sungguh menarik dan bermanfaat perkongsian Farah Lee.

Artikel telah disediakan oleh penulis wk.com

Klik Hijab and Me untuk maklumat lebih lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *