Aspek pengurusan sosial berkaitan siber ataupun jenayah siber
Zaman kini, ramai mangsa media sosial di negara kita menyebabkan perasaan bimbang menyelubungi kita semua secara sedar atau tidak sedar.
Kita lihat banyak kes yang memilukan telah meragut banyak nyawa. Hasilnya, semua benda cenderung ke arah atas talian sepanjang norma baharu ini bagi mengatasi masalah jangkitan wabak Covid-19 yang semakin menular.
Diharap kaum ibu atau wanita lebih cakna dan mengambil perhatian akan situasi semasa ini terutama dalam keluarga sendiri yang tidak dapat lari dari menggunakan medium atau platform media sosial itu sendiri. Persoalannya, bolehkah mereka menggunakan alat media sosial ini dengan sebaiknya atau tidak.
Firman Allah S.W.T dalam surat cintaNya; Surah al-Kahfi ayat 13 hingga 14
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَاَ هُمْ بِا لْحَـقِّ ۗ اِنَّهُمْ فِتْيَةٌ اٰمَنُوْا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنٰهُمْ هُدًى
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” (Ayat 13)
وَّرَبَطْنَا عَلٰى قُلُوْبِهِمْ اِذْ قَا مُوْا فَقَا لُوْا رَبُّنَا رَبُّ السَّمٰوٰتِ وَا لْاَ رْضِ لَنْ نَّدْعُوَاۡمِنْ دُوْنِهٖۤ اِلٰهًـا لَّـقَدْ قُلْنَاۤ اِذًا شَطَطًا
“Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Ayat 14)
Dalam ayat cintaNya ini dapat dikaitkan dengan remaja atau belia. Maksud firman Allah ini mengisahkan ciri belia berdepan cabaran, namun tetap mempertahankan akidah mereka.
Di Kelantan, kita ada, ‘Dasar Belia’ yang berasaskan Surah Al-Kahfi. Namun begitu kita berhadapan dengan media sosial terutamanya musim Pandemik bermula Mac 2020. Anak kita nak tak nak tetap kena duduk bersama duduk di alam maya. Bila berada di alam maya, mereka terdedah dengan pelbagai cabaran.
Diharap wanita atau kaum ibu sama-sama berkolobrasi demi memastikan anak-anak kita menjadi zuriat keturunan soleh dan solehah, penyejuk mata dan penawar hati. Say, “Nak dan Insya-Allah.”
Apakah itu ‘Dark Side of Social Media’ dan perkaitannya dengan anak-anak kita.
Apakah asas yang kita faham berkenaan media sosial di negara kita? Kajian mendapati, pengguna media sosial di negara kita adalah lebih 26 juta dengan penetration (Nisbah pada jumlah pengguna dengan jumlah penduduk negara kita) dalam 81% dan daripada jumlah ini 64% dikuasai oleh rakyat Malaysia berumur 35 tahun dan ke bawah.
Lebih kurang 4% itu umur dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun. Media sosial ini dikuasai oleh kaum adam ataupun kaum lelaki melebihi golongan wanita cuma ada aspek-aspek berbeza dalam media sosial ini lebih kepada kelompok wanita. Media sosial ini adalah suatu tempat manusia secara fizikalnya nak berada dalam satu ruang merentasi sempadan, negara, bangsa, agama dan sebagainya untuk saling berkenalan, berhubung, bertukar informasi dan sebagainya.
Platform media sosial ini terlalu liberal atau terbuka dan terlalu bebas. Jadi, media sosial di negara kita 26 juta ini berdaftar di media sosial dengan 97% memiliki akaun Facebook. Facebook merupakan sumber utama media sosial di negara kita. Bukan sahaja dalam kalangan anak muda sehingga individu vetran. Bahkan, organisasi termasuklah kerajaan sendiri bergantung dengan platform media sosial.
Peringkat MCCA sendiri daripada Institute of Technology antara perkara yang sedikit menakutkan adalah berkenaan lebih kurang 1.5 juta sehingga kini tindakan membunuh diri dan asbabnya adalah faktor media sosial. Apa yang mengejutkan, sesuatu yang terjadi pada mereka ini adalah anxiety, a pole cases yang telah berlaku di Sarawak. Pole ini adalah undian wajar atau tidak untuk bunuh diri melibatkan seorang budak berumur 15 tahun yang membunuh diri. Ada scenario hari ini, kebanyakan pengguna media sosial khususnya anak muda apabila dapat kurang ‘like’, mereka jadi tertekan apabila kurang mendapat follower telah memberi kesan ke arah psikologi berantai.
Untuk rujukan, boleh rujuk di Data Digital Malaysia. Jumlah majoriti 34 tahun ke bawah adalah kelompok anak muda. Masih lagi dalam kelompok belia meskipun di parlimen, angka umur belia telah diturunkan ke bawah. Tapi 34 tahun ini masih lagi dalam kelompok belia. 64% masih dalam kelompok angka yang besar atau ‘Netizen’ dalam merubah pandangan public opinion. Impak yang buruk public opinion ini mampu menukar struktur organisasi daripada sebuah syarikat kepada sebuah kerajaan.
Di negara kita sendiri turut tidak terkecuali apabila tidak ada kawalan maklumat. Maknanya, kita tidak ada satu badan berautoriti di dalam negara kita untuk membuat kawalan kemasukan teknologi baik dalam bidang media sosial ini sendiri termasuklah teknologi yang diguna pakai dalam platform-platform media sosial contohnya, ‘Facebook’.
Bahkan lebih buruk, tidak dapat disekat oleh undang-undang di negara kita. Facebook ini digambarkan umpama satu dunia, satu platform yang tidak ada undang-undang nyata fizikal di negara kita Malaysia yang juga sebuah kerajaan, kita tidak ada kuasa.
Jadi, 64% kelompok anak muda kita ini berada di zon yang tidak ada kawalan undang-undang, maka persoalannya siapakah yang mengawal, memberi garis panduan atau memberi mereka sedikit gusaran dari sudut undang-undang apabila mereka ini cenderung untuk melakukan undang-undang di dalam media sosial.
Bahayanya melalui media sosial terutama ‘Youtube’ tidak kira ‘Youtube kids’ dari segi maklumat dari sudut ‘Subcontious mind’ pemikiran tanpa sedar. Mungkin semasa menonton adegan ‘Marah’ sebagai contoh, masa itu kita dalam keadaan baik, tetapi di kemudian hari, ada tendency yang cukup tinggi untuk kita mengambil ‘the flashback daripada subcontious tadi’ untuk kita melakukan tindakan marah seperti dalam video yang kita tengok di media sosial berkenaan. Jadi, itulah yang kita risau walaupun kita telah menjadi orang yang telah dewasa, kita pun sukar nak kawal apatah lagi subcontious mind kanak-kanak yang menerima bulat-bulat input dari media sosial ini tanpa kawalan daripada ibu bapa mereka sendiri.
Selain daripada itu, kita melihat suatu peralihan saluran 4,5,6. Kelompok 4, 5, 6 kami panggil kelompok budak-budak WeChat dalam lingkungan umur 20-an. Mereka ini adalah kelompok yang telah pun mengadaptasi media sosial seawal tingkatan 1 (Lebih 7 jam). Hal ini mengakibatkan suatu gambaran fizikal telah membentuk satu generasi masa kini.
Media sosial ini juga untuk makluman semua adalah satu negara yang tidak ada kawalan daripada negara yang nyata 2.5 Billion pengguna melepasi angka penduduk di negara China dan India serta 2.5 Billion angka ini menggunakan undang-undang akaun Facebook itu sendiri. Tidak ada negara yang mampu mengawal undang-undang di dalam Facebook. Bahkan undang-undang ini tidak terpakai di mana-mana negara yang lain apatah lagi Malaysia yang kecil ini suaranya tak cukup kuat kalau nak bersuara kepada Facebook. Jadi sisi-sisi gelap ini yang kita tengok akan memberi ancaman yang lebih buruk kepada generasi yang semakin mendatang apatah lagi untuk umat Islam. Agama Islam mempunyai satu limitasi tertentu untuk melindungi manusia itu sendiri. Tapi di dalam media sosial ini, tidak ada spesifikasi tertentu yang melindungi agama islam itu.
Kupasan bagaimana ‘The dark side of social media’ boleh memberi kesan dari sudut akidah dan keagamaan anak-anak kita tadi.
Dakwah menerusi media baru, penggunaan media sosial kepada kesan secara langsung dan tidak langsung. Kesan secara langsung mungkin kita boleh melihat mereka tidak gemar bergaul, sentiasa berkurung dalam bilik dan sering memegang Handphone. Manakala, apa yang sangat-sangat mengkhuatirkan kita adalah kesan yang tidak langsung ini kita panggil dengan minda bawah sedar menjadi tumpuan kepada, ‘Dark side of social media’.
Dalam kalangan kanak-kanak berbanding yang telah berusia 60 hingga 70 tahun, kanak-kanak yang berusia 3 hingga 4 tahun sangat mudah terpengaruh dan terikut dengan apa yang dilakukan oleh orang lain. Mereka akan mengajuk perbuatan orang sekeliling dan lama kelamaan sehingga berusia 60, 70 tahun akan menjadi satu kesukaran untuk berubah. Proses perubahan boleh mengikut itu dalam Bahasa mudah, kanak-kanak mudah ikut, manakala orang tua susah mengikut.
Ia membentuk sikap tanpa sedar kesan kepada keugamaan. Media ini mengajar kita berfikir secara kritis dan logik. Pelajar-pelajar ini memerlukan suatu pemahaman yang logik barulah mereka dapat faham dan hadam bukan sekadar laras Bahasa agama atau dalil-dalil tertentu tetapi juga perlu untuk didedahkan kepada penjelasan secara logik. Apabila penjelasan secara logik ini tidak dapat masuk ke dalam minda mereka, kefahaman tidak diperolehi. Maka mereka mencari alasan-alasan dari pihak lain (Pihak-pihak yang liberal, tidak bertanggungjawab) dilihat mungkin itu lebih logik.
Generasi baru ini didapati mereka lebih cenderung melihat sesuatu yang lebih logik. Sekiranya tidak logik, maka mereka akan mencari lagi maklumat dari pihak luar untuk mendapatkan alasan dan hujah yang lain. Jadi kelompongan inilah apabila penjelasan-penjelasan yang diberikan itu tidak selaras dengan apa yang mereka fikirkan atau kita panggil istilah baru, ‘Sel-sel otak tak berhubung’.
Mereka tidak mahu terlihat menonjol menampakkan diri seperti seorang yang terlalu beragama, atau terlalu obses dengan agama. Inilah yang boleh menyebabkan mereka tidak mahu mempamerkan imej atau wajah islam yang ada pada mereka serta tidak mahu untuk berdakwah kerana bagi mereka semua agama itu sama mengajak ke arah kebaikan.
Mereka juga tidak sabar atau mahu mendapatkan kadar jawapan dalam keadaan segera. Kadang-kadang tidak dapat dijelaskan secara pendek. Bila mendapatkan sesuatu penjelasan yang panjang melebihi 3 minit menyebabkan mereka susah nak terima. Golongan remaja ini sukakan sesuatu yang ‘Wow faktor’ sesuatu yang mengujakan, hebat, luar biasa dan asing. Bagaimana kita cuba memahami mereka, kenapa mereka jadi begitu. Keberadaan mereka dalam dunia media sosial menyebabkan mereka menjadi seorang yang kritis.
Apakah ilmu dan kemahiran yang patut dimiliki oleh guru-guru dan pendidik pada hari ini?
Perbandingan di negara kita soal pendidikan ini terlalu luas dari A sampai Z. Ambil contoh tentang makanan, ada tatacara atau garis panduan makanan mana yang baik, makanan mana yang tidak baik.
Soal pengguna jalanraya, apakah asas pendidikannya? Kalau di negara kita, perlu ke sekolah memandu di bawah seliaan Jabatan Pengangkutan Jalan. Jadi ada garis panduan yang perlu diikuti seperti minimum umur yang boleh melayakkan seseorang itu pergi ke sekolah memandu, melalui proses ujian dan latihan sehinggalah mereka ini berjaya memegang lesen memandu sendiri. Bila ada lesen memandu, mereka layak untuk memandu di jalanraya dengan syarat mematuhi undang-undang jalanraya ‘Akta Pengangkutan Jalan 1987’.
Tapi bila soal penggunaan siber, di manakah asas pendidikannya? Punca kuasanya di mana? Siapakah yang patut memberi garis panduan berkenaan? Di tahap manakah sebenarnya rakyat Malaysia ini yang layak menjadi pengguna siber ini? Jadi pengguna siber ini mudah dizahirkan apabila menggunakan media sosial (Perbankan, Kelas Online, Business Online dan sebagainya). Tapi media sosial adalah merupakan aspek penggunaan siber yang agak terpinggir.
Peringkat Pendidikan, di Kementerian Pendidikan sendiri pun tidak meletakkan lagi garis panduan pendidikannya. Kalau di bawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, aktanya sendiri pun tidak dipinda semenjak tahun 1998. Sedangkan teknologi siber ini kita tengok balik dalam tempoh 10 tahun kebelakangan, kita buat perbandingan telefon IPhone12 hari ini jauh berbeza dengan IPhone yang pertama. Kalau komputer kita hari ini bukan lagi hanya di atas meja, hari ini ada di tapak tangan, ada di cermin mata, jam tangan, ada dalam kenderaan kita, ada di pelbagai tempat termasuk TV rumah kita sendiri pun sudah dapat capaian ke dalam ruang siber. Jadi soal pendidikan di peringkat MCC, kita tidak boleh meletakkan kepada guru untuk guru itu mengasimilasi secara persendirian atau secara tidak ada garis panduan yang nyata.
Cuma kekangan dari sudut kerajaan itu sendiri sebab di dewan rakyat atau di dewan negara itu sendiri kekangan masa menjadi masalah utama kepada pindaan akta yang kritikal dan mungkin juga faktor suara yang nak bawa ke dewan negara kurang jelas supaya sepatutnya hari ini sudah ada silibus yang tertentu yang mewajibkan semua para pelajar di peringkat rendah dan juga menengah untuk mempelajari soal asal penggunaan siber itu sendiri. So, Kalau cikgu nak bagi pendidikan, barulah ia akan teratur dan tersusun. Kita tidak perlu mewujudkan sekolah siber, tapi keperluan untuk mempelajari soal siber ini adalah keperluan asas memandangkan polisi kerajaan kita 2 bulan lepas telah meletakkan internet sebagai utiliti ke-3 negara. Tapi, dalam masa yang sama, polisi untuk melindungi tidak jelas. So, macam mana cikgu hendak mengajar sedangkan cikgu itu sendiri tidak ada garis panduan yang nyata.
Bagaimana hendak mengajar dengan tersusun sedangkan teknologi itu bergerak terlalu laju dan memberikan kesukaran daripada peringkat pendidik sehingga kelompok kekeluargaan. Institusi kekeluargaan bermasalah sebab tidak ada satu kesedaran yang jelas macam mana nak mengajar anak sehingga tengok anak mereka ada buat tindakan tertentu yang buruk baru tersedar walaupun kelompok ini tidaklah majoriti, tetapi kita tengok sendiri dalam rumah kita. Anak kita ramai boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris slang American sedangkan dalam rumah kita tidak berbahasa Inggeris. Bila dilihat balik di mana punca kuasa mereka ini boleh mahir berbahasa Inggeris begitu fasih daripada Youtube.
Semenjak PKP, cuti persekolahan dilanjutkan, jadi bila ramai ibu bapa bekerja, anak-anak ada yang terpaksa ditinggalkan dan mungkin ada ibu bapa yang memberikan kelonggaran kepada anak tadi dengan telefon bertujuan untuk mudah berkomunikasi. Akan tetapi, bila tidak dikawal soal capaian internetnya, bahkan tidak ada ‘Parental Control Mode for a kids’ akhirnya kita tidak tahu semasa ketiadaan kita apakah aktiviti yang telah dibuat oleh anak-anak kita tadi. Jadi, pentingnya soal modul ataupun silibus yang sangat mendesak perlu wujud di peringkat sekolah dan diberikan garis panduan kepada guru-guru di sekolah baik rendah atau menengah supaya guru-guru dapat melaksanakan pendidikan seawal mungkin di sekolah itu dan tersusun dan seragam di seluruh negara.
Bila kata soal pendidikan ini, ada sekolah yang gurunya independently mengajar, mungkin inisiatif yang bagus kita raikannya. Tetapi mungkin satu sekolah, dalam sekolah itu tidak semua kelas menerima pendidikan ini. Jadi, dalam soal kepenggunaan siber media sosial di Malaysia ini, berlakunya contoh kes Cyber Bully, ada mangsa dan pemangsa. Mangsa ini mungkin faham diajar oleh mak ayah dia supaya jangan berkelakuan buruk dalam ruang siber ataupun ada diberikan ilmu-ilmu untuk limitkan kelakuan-kelakuan mereka dalam ruang siber itu. Tapi, adakah pelajar-pelajar lain ibu bapa mereka memberikan pendidikan di rumah? Jadi, bila bergaul di media sosial, ia tidak ada kawalan. Ada anak-anak yang tidak diberi pendidikan ini akhirnya cenderung kepada melakukan sesuatu yang buruk mungkin dengan berlakunya satu insiden di sekolah yang menjadi asbab untuk pelajar diberi pendidikan tadi dibuli. Jadi, bila dibuli, banyaklah impak buruk lain seperti kesan psikologi malu nak pergi sekolah, pergi sekolah nanti jadi bahan ejekan lagi, dibuli lagi dan sebagainya membentuk suatu rantaian yang buruk.
Pada masa ini, the check and balance are not there. Sebab itu di peringkat MCC, ingat ke ramai lagi NGO lain yang jelas tentang siber ini, rupanya sangat minima. Suara-suara keperluan menjadi demand kepada kerajaan ini kurang jelas. Modul itu ada, tetapi gagal untuk menembusi ke dalam pelaksanaan menyeluruh ke peringkat Kementerian Pendidikan sebagai contoh atau ke Peringkat Pengajian Tinggi. Kita nampak keperluan itu, cuma tinggal untuk masuk dan diserapkan kepada kerajaan itu sendiri.
Alhamdulillah. Marilah kita sama-sama putuskan rangkaian Covid-19 serta sisi gelap media sosial yang kian membarah dalam masyarakat kita. Umpama pisau, untuk apa digunakan. Jika digunakan untuk memasak seperti memotong sayur-sayuran, daging dan sebaiknya, Insya-Allah, perkara yang baik yang akan kita dapat. Sekiranya pisau ini diberikan dan digunakan oleh orang dan perkara yang salah seperti, menoreh tangan, mencalarkan kereta serta perkara-perkara yang buruk, maka, kita semua dalam bahaya.
Semoga Allah lindungi zuriat keturunan kita sekarang ini agar menjadi khalifah yang menggunakan media sosial ke arah meraih keredhaan Allah S.W.T. Aamiinnn.
Artikel ditulis oleh penulis wk.com
Untuk mendapatkan maklumat berkenaan, boleh ke FB Page Gracious Sister