Copy Of Spring Retail Hello Spring – Made With PosterMyWall

Sejauh manakah penglibatan wanita Kelantan menerajui perniagaan?

Orang Kelantan secara umumnya sukakan ekonomi. Antara jualan utama adalah batik, songket, emas, berlian, dan banyak lagi. Sangat jarang orang Kelantan yang tidak ada harta. Buktinya ketika zaman kesultanan melayu Kelantan sudah ada bentuk pembayaran secara ufti emas atau dengan erti kata lain bayar dalam bentuk wang dan emas.

Meskipun melibatkan diri dalam perniagaan, ia tidak menghalang wanita Kelantan untuk menutup aurat dengan baik dan mereka boleh berniaga bersama suami atau bersama anak-anak atau ahli keluarga. Sangat jarang kita jumpa mereka berniaga seorang diri. Di sini menunjukkan harta sepencarian diiktiraf di Kelantan dan berhak ke atas suami serta isteri. Apa yang paling menarik, hampir semua warga Kelantan menggunakan mas kahwin sebagai modal untuk perniagaan. Jadi, mas kahwin ini sama sebagai hantaran dapat dijadikan modal untuk berniaga.

Selain itu, istimewanya wanita Kelantan adalah ciri-cirinya yang lasak, kreatif dan cerdas, pemurah dan sering menonjolkan perhiasan-perhiasan yang dimiliki.  Hampir 80 peratus populasi pasar diisi oleh wanita. Malah, karnival berasaskan perniagaan dan ekonomi juga boleh tahan mendapat penyertaan kira-kira 80 peratus wanita Kelantan.

Sahabat eNuur adalah salah satu syarikat usahawan wanita muslim yang semakin dikenali sehingga peringkat kebangsaan. Pengasas Syarikat sahabat eNuur berkongsi jatuh bangun syarikat eNuur sehingga menjadi terkemuka hari ini. Pada 20 Oktober 2021 eNuur telah menerima The BrandLaureate World Halal BestBrands e-Branding Awards.

Puan Nur Hidayati Binti Ahmad Barudin merupakan pengasas kepada sahabat eNuur. Kepakaran sahabat eNuur adalah untuk membantu mereka yang culas dalam membaca al-Quran supaya menjadi lebih rajin dan seronok  membaca al-Quran sehingga dapat khatam dalam tempoh 1 bulan dengan menggunakan al-Quran tagging melalui eNuur tagging method.

Antara pencapaian sahabat eNuur baru sahaja dapat berpindah kepada warehouse yang lebih besar jika dibandingkan dengan sebelum ini iaitu hanya bermula daripada rumah. Setakat ini jumlah kakitangan sahabat eNuur telah mencapai hampir 40 orang dan majoriti adalah dalam kalangan wanita. Dropships pula alhamdulillah sudah berjaya mencapai dalam 8000 lebih dan kebanyakannya juga adalah wanita di seluruh Malaysia.

Dari segi peningkatan jualan juga menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Pencapaian yang diraih pada hari ini, pengasas eNuur rupa-rupanya bermula dengan peringkat awal pada tahun 2015 iaitu dropship daripada rumah. Peringkat awal kumpul stocks, packing sendiri dan post, kemudian jadikan sebuah bangunan homestay di KB Centre sebagai permulaan untuk perniagaan.

Apa beza keunikan wanita di Kelantan dari segi semangat berniaga berbanding negara-negara luar dan bagaimanakah dasar wanita Kelantan yang digubal dalam penggal Yang Berhormat Dato’ Hjh Mumtaz dapat membantu usahawan wanita yang lain?

Sejarah, budaya dan fitrah tidak ada masalah kepada majoriti peniaga dalam kalangan wanita Kelantan. Perbezaan wanita Kelantan dengan tempat lain antaranya dari segi adat. Sebagai contoh, kaum lelaki apabila melihat kaum wanita berniaga, mereka tidak rasa tercabar menyebabkan mereka tidak ada masalah jika si isteri melibatkan diri dalam perniagaan.

Dasar Wanita Kelantan adalah memperkasa amalan sosio-taqwa, memperkukuh ilmu dan kemahiran, merangsang potensi diri dan keraijnan, menggerakkan kecaknaan dan berkebajikan serta akhir sekali menyeimbangkan SPIES. Maknanya, skala perniagaan yang melibatkan wanita Kelantan adalah tidak ada had. Bahkan, dari dahulu lagi melibatkan seluruh dunia.

Persamaan perniagaan di Kelantan ketika pernah ke Damsyik, Syria pada tahun 2007, hampir semua kedai- kedai di Damsyik dipelopori oleh peniagaan. Maknanya, rakyat mereka tidak bergantung kepada kerajaan. Walaupun hanya dalam kedai kecil, mereka tidak mempunyai masalah dalam persaingan kerana mereka yakin dengan sistem rezeki dan keberkatan.

Maka, Sayyidina Khadijah diangkat sebagai ikon usahawan wanita di Kelantan kerana peribadinya yang aktif berniaga, berkhidmat dengan masyarakat, jaga rumahtangga, dikasihi suami, dan dicintai oleh Allah S.W.T. Insya Allah di peringkat akhir dalam bulan 12, akan dilancarkan modul usahawan Sayyidatina Khadijah.

Untuk pengetahuan kita semua, perniagaan, keusahawanan, komersial dan ekonomi dalam islam adalah bermula dengan akad nikah lagi. Maknanya dalam akad nikah, mahar itu wajib. Lepas akad nikah, nafkah itu wajib. Jadi,  wanita perlu tahu konsep-konsep dalam islam yang lain seperti jaminan, pembahagian harta, apa itu penipuan, zakat, wasiat dan lain-lain. Akhirnya kita faham kesenangan datang daripada Allah, dan ia juga akan kembali kepada Allah. Apa yang paling penting juga wanita tahu haknya.

Apakah inisiatif-inisiatif yang boleh membantu usahawan wanita Kelantan dan sejauh mana keberkesanan suntikan insentif ini?

Di Kelantan, galakan untuk berdikari bukannya sudah bermula sejak awal iaitu pada tahun 1990 lagi. Program ‘Jom buat duit dari rumah’ antara program kerajaan negeri demi kepada wanita Kelantan antaranya membekalkan ilmu menghasilkan kraftangan, DIY, asas menjahit, bercucuk tanam, asas masakan dan pada tahun 2005 kerajaan mula membuka Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) di semua DUN di Kelantan.

PPWK ini ditubuhkan bagi mengajar secara serius asas menjahit. Alhamduillah setakat ini telah ada 45 DUN serta lebih kurang 5000 orang pelajar yang telah pun berjaya menamatkan pembelajaran.

Pada tahun 2008 pula, kerajaan negeri Kelantan telah membuka pusat sulaman yang mana para pelajar dihantar ke Bukit Tinggi untuk mempelajari sulaman ayak. Kemudian, kita buka pula pusat kemahiran untuk peringkat negeri yang mana pelbagai program-program dianjurkan bersifat sementara.

Pada tahun 2015, Hari Sayyidatina Khadijah telah dihadiri wakil dari 8 buah negara demi melihat sendiri pelbagai pencapaian yang telah berjaya dirangkul oleh kerajaan negeri Kelantan. Kemudian pada tahun 2019, sekali lagi Hari Sayyidatina Khadijah telah dianjurkan di peringkat antarabangsa dan dihadiri oleh wakil dari 18 buah negara. Dalam program ini, cenderahati 100 peratus telah dihasilkan oleh PPWK.

Pada tahun 2014 sewaktu negeri Kelantan telah dilanda banjir besar, banyak kerosakan telah berlaku serta kadar kehilangan pekerjaan juga meningkat. Jadi, satu program belajar jahitan ekpress (Jahit baju kurung dalam tempoh 2 jam) telah dianjurkan oleh PPWK. Tahun 2015, kita mula panggil  guru untuk menjadi tenaga pengajar kepada wanita Kelantan. Alhamdulillah, akhir 2017 kita telah berjaya menjahit jubah dalam tempoh 2 jam.

Tahun 2019, 2020 kita diuji dengan pandemik Covid-19, Kelantan dapat bantuan khas RM 400 juta dari kerajaan pusat. Alhamdulillah RM 2.5 Billion diberikan khas untuk pembangunan wanita Kelantan kira-kira RM 50 Ribu satu DUN.

Semoga artikel kali ini bermanfaat.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com.

Artikel asal boleh terus ke FB Mumtaz Md Nawi Official

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *