Perkongsian keadaan di Gaza oleh saudara Nadir al-Nuri
Alhamdulillah, isu Gaza ini adalah isu umat islam dan juga isu bagi mereka yang mempunyai naluri kemanusiaan, menolak kebatilan dan kezaliman. Nabi tidak iktiraf sebahagian yang tidak mahu ambil tahu urusan umat islam sebagai umatnya.
Ramai yang tanya kepada saudara Nadir Al-Nuri hari ini kenapa memilih Palestin meskipun terpaksa berdepan dengan serangan dan sekatan. Sebabnya keadaan umat pada hari ini berada dalam keadaan yang menyedihkan. Negara-negara islam pada hari ini semua berada di bawah tapak kaki musuh. Yaman, Rohingya, Ughyur, Kashmir, Syria dan lain-lain antara umat islam yang ditindas tanpa dibantu oleh umat islam.
Alhamdulillah hari ini Palestin telah mengangkat nama islam dan ummah bilamana mereka berjaya menundukkan musuh zionis Israel. Tetapi perancangan untuk menjatuhkan zionis israel ini bukan benda yang baru.
1948 bila mana berlakunya peristiwa nakbah. Tapi sebenarnya rencana untuk menjadikan bumi ini sebahagian negara mereka bermula lama. Mereka sudah mewujudkan idea dinamakan Zionisma untuk mewujudkan negara khas untuk orang yahudi.
1987 mereka laksanakannya dengan kongres zionis yang pertama dan selepas daripada itu mereka mula memasang perancangan yang teliti untuk memastikan negara ini dapat dijadikan negara mereka. Masa mula-mula itu, mereka memilih Palestin kerana kononnya bumi ini pernah mereka duduki ribuan tahun dahulu. Mereka sebut bumi ini bumi yang dijanjikan kepada mereka sedangkan mereka tidak sebut mereka bersama-sama Nabi Isa a.s disuruh masuk dan memakmurkan bumi ini mereka menolak. Menyebabkan mereka disesatkan selama 40 tahun sebelum diberi keizinan untuk masuk ke bumi semula.
1948 bumi ini diambil sehingga 2021 ini, kita masih berada di bawah cengkaman zionis Israel. Dukacitanya, setiap hari bumi ini ditindas tidak kira di tebing barat terletaknya al-Quds dan Masjidil Aqsa kerana setiap hari diserang walaupun telah diadakan gencatan senjata.
Penduduk Palestin dirampas tanah mereka, dipaksa merobohkan rumah-rumah mereka dengan tangan-tangan mereka sendiri, dipaksa membayar cukai yang tinggi, diusir dari rumah mereka sendiri atas arahan kerajaan yang zalim, begitu juga penyeksaan, sekatan, penderaan dan kepungan yang dilakukan ke atas bumi Gaza sejak tahun 2006 ketika kerajaan aspirasi islam menang di dalam pilihanraya tetapi tidak diberikan pengiktirafan.
Kepungan menyebabkan penduduk Gaza tidak boleh keluar melainkan pintu sempadan dibuka. Sebab apa kita sebut kisah ini, sebab ramai yang menyangka kesusahan yang dialami oleh penduduk di sini hanya peperangan, hakikatnya banyak lagi seperti tidak mendapat pendidikan, tidak dapat menentukan masa depan dan sebagainya.
Gaza yang sangat kecil daripada utara ke selatan kira-kira 40 Km sahaja. 9 Km daripada timur ke barat. Luas kawasan 360 Km persegi yang diduduki oleh 2 juta orang penduduk. Kawasan antaranya yang paling padat di seluruh dunia.
Pusat kebangkitan pada kali ini adalah mempertahankan Masjidil Aqsa. Demi Allah wahai Gaza bangkitlah! Demi Allah wahai Gaza, buatlah sesuatu! Demi Allah wahai Gaza bertindaklah walaupun hakikatnya Gaza itu jauhnya daripada kota Al-Quds sekitar 80 Km. Untuk sampai ke Al-Quds perlu melalui tanah haram Israel. Maksudnya orang Gaza tidak boleh sampai pun di Kota Al-Quds, tidak boleh solat di Masjidil Aqsa, tetapi mereka bangkit turun ke jalan raya menyatakan bantahan dan solidariti. Seolah-olah kalau mereka panggil orang Malaysia sama sahaja. Kita tidak boleh sampai ke Al-Aqsa. Tetapi bila mana kita ada roh, dan kita faham apa yang sedang berlaku, kita juga akan lakukan perkara yang sama seperti orang-orang Gaza.
Penerangan mengenai Fatah itu siapa, kemudian Hamas itu siapa. Benarkah ada kenyataan yang mengatakan semua penduduk Palestin bersama dalam perjuangan membebaskan al-Aqsa kemudian ada sebahagian penduduk Palestin maksudnya yang menjadi tali barut zionis Israel.
Di mana-mana, pasti ada kumpulan yang buruk. Di Palestin juga tidak terkecuali kerana ada pengintip-pengintip zionis Israel yang menyebabkan ramai syuhada’ yang terkorban antaranya Syeikh Ahmad Yassin, Yahya Ayyash semuanya dibunuh dengan sebab tangan-tangan orang Palestin sendiri yang munafik, khianat dan derhaka terhadap perjuangan ini. Golongan-golongan ikhlas inilah yang disebut oleh Rasulullah SAW yang akan mempertahankan bumi al-Aqsa selama-lamanya.
Perpecahan yang berlaku di sini adalah disebabkan pertembungan hak dan batil. Antara islam dan sekular. Serta antara yang benar-benar mempertahankan al-Aqsa dan yang menunggang agama dan isu Palestin untuk kepentingan diri mereka masing-masing.
Hamas diasaskan pada tahun 1987 masuk ke dalam pilihanraya bersama-sama dengan kumpulan yang lain (Fatah). Hamas masuk dalam pilihanraya menang majoriti namun kemenangannya tidak diiktiraf. Bila mana tidak diiktiraf, mereka hidup dalam keadaan tersepit. Kementerian-kementerian yang sepatutnya dikuasai oleh Hamas diletakkan menteri-menterinya. Namun, orang bawah tidak mendengar arahan dan perintah yang diberikan. Menteri dalam negeri dari Hamas memberi arahan kepada polis, polis tak nak dengar. Akhirnya, Hamas terpaksa mengambil keputusan bahawa mereka perlu mempertahankan Gaza ini dengan menggunakan kekuatan.
Bukan bermakna Hamas yang memulakan. Sebab sebelum daripada itu, orang-orang Hamas sudah cukup takut dengan kerajaan yang sedia ada sampaikan pemuda-pemuda takut untuk ada janggut, takut untuk solat subuh di masjid, takut beribadah kerana tak nak dilabel sebagai Hamas sebab ketika itu sangat masyhur penjara-penjara ketika itu untuk menyeksa dan membunuh orang-orang Hamas.
Maka berlakulah pertembungan, perang saudara di kawasan Gaza yang akhirnya menyebabkan bumi Gaza dipertahankan oleh kerajaannya yang sah iaitu Hamas. Kerajaan Fatah berpindah ke tebing barat dan berkuasa di sana yang mana bersekongkol dengan zionis Israel dalam membantai umat islam.
Banyak operasi-operasi mujahidin dipatahkan bukan oleh zionis Israel tetapi dipatahkan oleh golongan Fatah. Hal ini lah menyebabkan penduduk yang sekitar al-Aqsa memanggil Gaza untuk sama-sama mempertahankan bumi al-Aqsa berbanding tebing barat kerana mereka tahu kerajaan Fatah ada senjata dan kuasa tetapi senjata mereka dihalakan kepada bangsa mereka sendiri meskipun turut beragama islam.
Ramai yang tertanya-tanya sejauh mana penglibatan rakyat Malaysia sendiri dalam perjuangan Palestin.
Kenangan pada tahun 2014 ketika perang berlaku dengan teruk selama 51 hari di bumi Gaza. Kumpulan Hijjaz (Malaysia) menyanyikan nasyid ditayangkan sehingga ke Palestin dan negara arab. Di bumi Gaza secara khusus orang Malaysia sangat dikasihi. Kerana sanggup memberi sumbangan dan bantuan dalam bentuk kewangan kepada bumi Palestin.
Kekuatan ini saya rasakan ada pada orang melayu dan orang-orang di nusantara. Negara kita negara yang aman dan menyokong isu Palestin. Pada perang kali ini Insya Allah kita akan mendidik generasi kita mengenai isu-isu Palestin.
Maka ini bentuk bimbingan yang kita mahu berlaku juga di negara kita. Kita sudah berlalu zaman yang menganggap mempelajari agama dan menghafaz al-Quran tidak ada masa depan. Kita dah berlalu zaman yang kita rasa anak-anak yang dihantar ke pondok-pondok, pesantren adalah kelompok anak-anak yang bermasalah yang memerlukan bimbingan. Tetapi zaman ini adalah zaman kebangkitan kita. Anak-anak kita perlu dilatih untuk menjadi sebagaimana pemimpin-pemimpin Palestin yang mana mereka ini doktor-doktor dan dalam pada masa yang sama menghafal al-Quran dan hadis-hadis. Mereka ini adalah kumpulan-kumpulan professional tetapi pada masa yang sama tidak pernah lekang daripada al-Quran dan amalan-amalan sunat dalam mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT. Ini pengajaran yang kita perlu ambil dan ini kekuatan yang perlu kita garapkan sebab kita nak anak-anak kita juga menjadi sebahagian daripada pejuang-pejuang Palestin.
Insya Allah suatu hari nanti kita akan sama-sama bergerak dalam satu saf umpama bangunan yang tersusun kukuh dalam membebaskan masjidil aqsa. Kekuatan ini perlu digembleng kerajaan kita juga dan perlukan usaha lebih untuk membantu Palestin.
Kemenangan sebenar akan tiba akan datang.
Persoalan bila bumi Palestin akan dibebaskan, kita boleh jawab. Tetapi persoalan yang lebih penting iaitu bila saat itu tiba kelak, adakah kita yang akan ada bersama-sama tentera dalam usaha membebaskan masjidil aqsa dengan menghalang tangan-tangan kotor zionis dari terus menyakiti penduduk-penduduk, memalukan dan merobek maruah wanita-wanita yang ada di bumi Palestin ini? Itu soalan yang lebih utama.
Syeikh Ahmad Yassin ada menyebut dalam satu video yang masyhur. Dikatakan bahawa bumi Palestin akan dibebaskan pada tahun 2027. Sebab apa 2027, dalam agama kita setiap 4o tahun akan berlaku kebangkitan yang akan merubah keseluruhan dunia islam. Bumi Palestin ini dijajah pada tahun 1947. 40 tahun selepas 1947 telah berlaku kebangkitan yang sangat-sangat besar menyebabkan zionis merasa terancam sehingga merubah keadaan politik dan penduduk-penduduk di kawasan rantau ini. Intifada yang pertama dengan menggunakan batu iaitu kebangkitan rakyat yang luar biasa mengorbankan segala yang mereka ada untuk melindungi bumi ini.
Selepas 40 tahun selepas 1987 iaitu tahun 2027, Syeikh Ahmad Yassin ramalkan israel akan jatuh dan Palestin akan dibebaskan. Secara peribadi setelah hampir 10 tahun berada di bumi Palestin ini, asalnya saya sebutkan secara jujur macam mustahil Palestin ini akan bebas di usia kita masih hidup apabila dikatakan 6 tahun lagi akan dibebaskan bumi ini.
Tetapi tahun lepas, Allah bagi pengajaran yang cukup mengajar kita, pengajaran yang cukup menjentik hati bila mana Allah tundukkan seluruh dunia termasuk israel dengan wabak atau virus yang tidak dapat dilihat manusia. Allah tunjukkan bagaimana sempadan-sempadan ditutup sebagaimana kalian tutup ke atas Gaza, Allah tutup sempadan-sempadan negara kalian. Bagaimana kalian sekat ekonomi Palestin, Allah juga sekat ekonomi-ekonomi kalian. Tidak ada satu kuasa besar pun yang mampu berdiri dengan virus yang tidak dapat dilihat ini dan Allah lebih kuat daripada virus ini. Namrud dulu yang merasakan kuat, Allah jatuhkan hanya dengan seekor nyamuk. Maka setakat israel, kalau Allah kata kunfayakun, sekelip mata sahaja boleh tumbang.
Adakah kita akan menjadi sebahagian daripada orang-orang yang akan membebaskan bumi Palestin ini di bawah panji-panji La Ilaa Haa Ilallah?
Artikel ini disediakan oleh penulis wk.com
Link asal : FB Page Ustazah Asma’ Harun