Cerita ini pendek sahaja. Sejak dari tahun 2001 sehingga sekarang, sudah berjuta pokok dilaporkan telah dimusnahkan sama ada dibakar, ditebang, mahupun disodok oleh penduduk haram zionist di Tebing Barat.
Bayangkan, saat musim penuaian tiba, penduduk haram siap dilindungi oleh tentera mereka bagi menjalankan misi memusnahkan tanaman zaitun milik warga Palestin.
Rujuk: https://www.bbc.com/news/av/world-middle-east-54576330
Sumber lain: https://www.oliveoiltimes.com/…/destruction-of…/84810
Di sesetengah tempat, Wall of apartheid sengaja dibina bagi memisahkan rumah penduduk palestin dengan kebun mereka. Penduduk haram membina rumah mereka berdekatan dengan kebun warga Palestin bagi memudahkan “kerja” mereka.
Ini adalah penduduk haram zionist yg sentiasa membentuk kumpulan dan juga siap bersenjata bagi menjalankan misi mereka. Banyak video boleh dilihat di youtube aktiviti mereka membakar pohon zaitun milik warga Palestin.
Licik kan?
Antara beberapa sebab mereka memusnahkan tanaman ini adalah:
1. Untuk menghalau dan membunuh semangat penduduk Palestin dengan memusnahkan sumber ekonomi
2. Membina jalan-jalan khas untuk kegunaan penduduk haram zionist sahaja
3. Meluaskan kawasan penjajahan dan membina penempatan baharu.
Ada juga mengatakan mereka ingin menghapuskan tempat bersembunyi penduduk Palestin yg suka membaling batu. Daripada penghayatan ummat Islam, ia hanyalah selari dengan cerita yg telah kita dengar sedari kecil.
Mereka takut pada hari mereka akan dibunuh nanti, pohon zaitun inilah yg akan membongkarkan keberadaan mereka. Pohon Zaitun yg akan bercakap suatu hari nanti. Sumber lain, boleh rujuk gambar yg ada ya.
Tinta Nurul Huda Mamat selaku admin Cakna Palestin
Artikel disunting oleh penulis wk.com
Artikel asal FB Nurul Huda Mamat