Artikel di atas merupakan salah satu contoh masalah hak wanita dieksploitasi yang berjaya dilaporkan. Bayangkan pula kes-kes yang masih lagi tidak dilaporkan. Malahan, kian menjadi barah dalam kalangan masyarakat kita termasuk di seluruh dunia.
Kemudian, pada tarikh 9 Disember 2012 berlaku di India-Guru besar didakwa merogol 9 orang muridnya.
Bekas Menteri dan pemimpin kanan sebuah parti politik di India ditahan berhubung dakwaan rogol dan gangguan seksual membabitkan seorang pelajar.
Jadi di sini menunjukkan berapa kritikalnya India. Kita tidak mahu di Malaysia sampai ke tahap sekritikal itu soal menghormati wanita. Kita maklum, ada sesetengah pihak yang tidak suka isu sebegini dibangkitkan. Tetapi, disebabkan sikap kita ini menyebabkan masalah ini tidak selesai.
Wanita & pendidikan
Sebenarnya apabila berbincang mengenai isu keganasan wanita, memang realitinya kita berdepan dengan pelbagai isu. Ada satu kisah yang menyedihkan apabila ada pihak yang menggunakan agama untuk menghalalkan cara.
Contohnya, ada satu kes seorang wanita didera dalam bentuk emosi. Untuk makluman semua, bentuk penderaan ini ada banyak jenis antaranya berbentuk fizikal dan tidak berbentuk fizikal. Jadi, situasi wanita ini beliau didera melalui kata-kata sehingga mengakibatkan dirinya mengalami depression dan masih belum melalui terapi. Lalu, beliau pun memohon untuk berpisah dan terpaksa lari daripada suami.
Tetapi, suami beliau boleh pula berkata:
‘Cuba tengok Asiah r.a duduk dengan Firaun. Walaupun Firaun ini jahat, Asiah r.a ini bertahan. Esok-esok kalau awak bercerai dengan saya, di akhirat awak terpaksa berjumpa dengan Asiah r.a untuk menjawab tindakan awak ini. ‘
Tahukah anda, mujurlah wanita ini bijak membuat tindakan. Wanita ini was was dan bertanya kepada seorang ustazah tentang status kebenaran kata-kata suaminya itu. Mujurlah tindakan yang pantas beliau ambil berjaya menghalang beliau dari kembali semula ke pangkuan suaminya yang zalim itu.
Dalam islam kita ada konflik yang biasa dihadapi oleh keluarga dan wanita:
- ,Syiqo’. Bentuk perbalahan dan ungkit- mengungkit. Kalau tidak kena gaya boleh menjurus kepada kesakitan seperti bentuk penderaan.
- Nusyuz. Biasanya kita refer kepada isteri. Manakala suami, istilah ‘zalim’ berbanding dengan istilah nusyuz.
Jadi, dalam kes yang melibatkan keganasan macam wanita tadi adalah ‘Dharar’. Cuma ramai dalam kalangan kita terperangkap dengan kata-kata. Antaranya yang kita sering dengar ‘Kalau isteri minta cerai, bergegar arasy’. Sebenarnya ia bukan hadis dan tidak ada sanad. Ia dianggap sebagai Maudhu’.
Tetapi ada satu hadis dhaif, ‘yang paling tidak disukai oleh Allah ialah penceraian.’ Hadis ini adalah dhaif tetapi ada juga ulama’ yang terima.
Dalam kisah ini, Rasulullah S.A.W mahu kita tahu, dalam islam adanya jalan keluar. Bukan kita mahukan sebuah penceraian, tetapiadanya jalan keluar ataupun solusi apabila melibatkan mudarat seperti kepada diri, agama, fizikal,dan mental. Ada juga kes yang memberi kesan kepada si anak seperti kes ‘Haruan makan anak’. Jadi, isu ini adalah mudarat kepada anak dan salah di sisi islam. Jadi kita kena maklum kepada peserta.
Dalam islam, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti menurut syariat islam sekiranya ada terdapat unsur-unsur seperti di atas. Mestilah dengan bukti sebagai contoh laporan polis, laporan perubatan dan sebagainya.
Antara usaha kerajaan Negeri Kelantan membantu membanteras masalah ini
Sebagai kesimpulan apabila bercerita mengenai pengurusan konflik, Urus Setia Belia dan Sukan Negeri Kelantan (UBES) ada menyediakan Gerbang Az-Ziwaj iaitu bantuan RM 1000 untuk pasangan pertama kali yang akan mendirikan rumahtangga. Setiap pasangan diwajibkan menghadiri kursus-kursus yang disediakan. Antaranya, bukan setakat panduan keluarga mawaddah, tetapi, sekarang ini pasangan akan didedahkan keperluan untuk merujuk siapa dan ke mana perlu pergi sekiranya menghadapi masalah.
Hal ini kerana didapati kebanyakan peserta meskipun pelbagai lapisan umur masih ramai yang clueless dan tidak ada idea untuk bertemu siapa sekiranya berlaku konflik dalam rumahtangga. Jadi, proses itu perlu diceritakan bermula daripada wali contohnya. Kena bincang dengan orang sekeliling, pejabat agama dan pelbagai pihak yang berautoriti.
Ayat Syiqo’. Disebutkan apabila berlaku Syiqo’, maka hendaklah lantik hakam. Tetapi sekarang kita tengok situasi di Malaysia, hakam ini telah diinstitusikan. Sebab apa hakam telah diinstitusikan? Hal ini berlaku kerana struktur keluarga dan masyarakat kita ini telah berubah daripada extended families kepada nucleus families. Fungsi tok lebai, tok penghulu, dan orang tua dalam keluarga sudah tidak seperti dahulu. Menyebabkan hakam ini kita perlu letak di institusi mahkamah untuk selesaikan masalah masyarakat.
Cabaran sekarang ialah mahkamah dan pejabat agama tidak boleh menyelesaikan semua benda. Jadi, apa perkara yang kita perlu buat adalah bina latihan kemahiran mewujudkan hakam kembali dalam keluarga dan masyarakat.
Bila ibubapa berdepan dengan anak-anak yang bermasalah, dia hendak cerita apa? Tok imam bila ada anak mukim menceritakan masalah, dia hendak selesaikan macam mana?
Itulah sesuatu perkara yang bernilai dan mahal ada pada orang-orang dahulu.
Ekploitasi Wanita
Apa masalah wanita yang belajar tinggi-tinggi terpaksa atau rela hati menjadi suri rumah? Salah ke?
Awak masuk universiti sebab apa? Sebenarnya kita belajar bukan hanya hendak bina identiti kerana pekerjaan. Kadang-kadang ada segelintir wanita berasa identiti wanita yang baik apabila mempunyai pekerjaan yang bagus dalam masyarakat. Ada lagi stigma dalam masyarakat mengatakan bahawa wanita yang tidak bekerja adalah wanita yang tidak ada identiti which is benda ini tidak betul dalam islam.
Identiti wanita bukan terletak pada kerja terutama kerja berpendapatan. Kerja ada beberapa jenis. Antara dua aliran kerja adalah kerja yang mendatangkan pendapatan dan kerja yang tidak datangkan pendapatan. Hal ini kerana pertama kerja kerana minat. Kadang-kadang kerja imbuhan gaji tidak banyak pun, tetapi sebab kita sukakannya.
Dalam surah al-Mujadalah ayat 11, Allah S.W.T akan mengangkat darjat orang yang ada ilmu berdarjat-darjat. Dalam islam adanya maqasid syariah. Apakah maqasid syariah dalam peranan dan kedudukan wanita terutama dalam keluarga? Peranan wanita bukan untuk menambahkan pendapatan, tetapiyang wajib menafkahi keluarga adalah lelaki samaada suami ataupun wali.
Antara maqasid yang penting:
- Menjaga keturunan. Wanita adalah ibu generasi yang akan memastikan survival ummah dan islam itu sendiri dengan ilmu.
- Menjaga agama.
Surah an-Nisa’ ayat 9
Dan hendaklah kamu takut apabila kamu tinggalkan generasi belakang kamu zuriat yang lemah. Kamu menjadi takut untuk meninggalkan dunia ini di tangan zuriat keturunan kamu yang lemah. Jadi, di sini amat penting peranan wanita.
Jadi, wanita wajib belajar setinggi yang boleh bukan hanya untuk menghasilkan pendapatan semata-mata, tetapi kerana maqasid syariah adalah menjaga keturunan dan agama.
Semoga bermanfaat
Artikel disediakan oleh penulis wk.com
Boleh tonton di FB Page Ameerah Malaysia