Kerjaya : Kursus Untuk Wanita Di Kelantan
70

Anugerah Tokoh Aktivis Cakna Armalah dianugerahkan kepada Yang Berbahagia Puan Nor Azura Abdullah, individu yang membangun golongan ibu tunggal atau armalah dengan daya upayanya sendiri.

Beliau merupakan Pengarah Urusan The Batik Craft dan aktif memperkasakan wanita artisan Kelantan daripada keluarga berpendapatan rendah. Penulis tiga buah buku motivasi ini memberi tumpuan kepada pembangunan ibu tunggal atau armalah sejak 2013 melalui projek catering dan menjahit produk berasaskan batik.

Pengalaman menjaga suami yang sakit pada tahun 2016 hingga pemergian arwah pada tahun 2020 menambah lagi semangat untuk terus membantu wanita senasib. Pada tahun 2017 beliau mengembangkan projek ekonomi Wanita asnaf melalui penubuhan syarikat The Batik Craft serta kerjasama bantuan peralatan dan bimbingan Yayasan Hasanah.

Usahanya berjaya memartabatkan seni kraf batik ke tahap profesional, menembusi pasaran antarabangsa menerusi Etsy dan gudang di Pennsylvania, USA serta menghasilkan hadiah korporat untuk golongan diraja. Semua ini tercapai hasil daripada komitmen beliau membimbing dan menaikkan golongan armalah yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *