Yatim

Baru-baru ini telah tular berita mengenai kisah 3 beradik yatim piatu yang terpaksa menggunakan air parit untuk membasuh pakaian.

3 beradik ini tinggal di Kampung Mentara Lama, Gua Musang

Abang sulung bernama Mohd Syahadam Abdul Talib (Along), berumur
19 tahun. Anak yang kedua Siti Noraiani bt Ahmad, 14 Tahun (Sekolah Menengah) dan yang bongsu Siti Norasniza bt Ahmad, 18 Tahun (Sekolah Menengah)

Ketiganya menjadi yatim piatu apabila ayah mereka meninggal 28 Jun 2019 & ibu pula meninggal pada 19 September 2019. Abang yang sulung bekerja sebagai penoreh getah dan pengait buah kelapa sawit yang mendapat purata pendapatan RM 700 sebulan.

Kerajaan negeri telah memberikan bantuan kepada ketiga beradik ini dengan:

  1. Lawatan dari Team Skuad Kita Cakna (2014 & 2019)
  2. Mendapat bantuan Jahit Kasih (2019)
  3. Bantuan MAIK untuk mendapatkan rumah dalam proses. Akan dibina di atas tanah yang telah ditinggal arwah bapa
  4. Bantuan Dhuafat untuk membaiki rumah (2014)
  5. Bantuan Skim Manfaat Armalah (SMA – September 2019)
  6. Bantuan SKA dalam proses
  7. Bantuan generator ( 2015)
  8. JKM RM200 sebulan

Bantuan ini sedikit sebanyak, dapat meringankan beban yang dipikul oleh 3 beradik ini. Walaupun begitu, anggota masyarakat boleh turut berperanan dalam membantu anak yatim piatu ini.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional milik Mohamad Syahadam, 101210445849260100014.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ قَبَضَ يَتِيمًا مِنْ بَيْنِ الْمُسْلِمِينَ إِلَى طَعَامِهِ وَشَرَابِهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ الجَنَّةَ الْبَتَّةَ إِلاَّ أَنْ يَعْمَلَ ذَنْبًا لاَ يُغْفَرُ لَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.”
(Riwayat al-Tirmizi, no. 1917)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *