Make Up Tutorial Instagram Post

Ramai lagi keliru?

Apa beza lukis kening dan ukir kening?

Kening berselerak macam mana hendak rapikan selain dari ukir semula?

Bagaimana hendak rapikan dan cantikkan kening yang dibolehkan dalam islam?

Musim perayaan ini sudah pasti ramai yang masih kalut membuat rumah terbuka dan saling ziarah menziarahi. Dalam pada itu, sudah pasti kita mahu kelihatan cantik dan kemas apabila saling bertemu.

Gambar Hiasan : Google

Perkara asas berkaitan dengan hukum lukis kening.

Dalam hadis Rasulullah S.A.W ada menceritakan tentang Allah S.W.T melaknat orang yang membuat tatu, yang meminta dibuat tatu, yang mencabut bulu di muka, yang meminta dicabut bulu di mukanya dan orang yang meminta untuk menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana mereka semua telah menukarkan ciptaan Allah.”   (HR Bukhari dan Muslim)

Haram memakai tatu. Inai yang dilukis menyerupai tatu juga haram. Sudah ada fatwa di Malaysia melarang kita memakai inai yang menyerupai tatu.  

Apa yang dimaksudkan dengan dilarang ukir kening? Ada orang yang tidak mencukur atau mencabut kening, tetapi dia letak concealer di kening bagi menutupi bahagian yang tidak dikehendaki. Kemudian, dia lukis sampai keluar dari kawasan kening asal. Jadi, hukumnya tidak boleh kerana telah menambah-nambah dari yang asal.

Tetapi yang dibolehkan hanyalah yang masih mengikut dan mengekalkan rupa asal sahaja. Rupa asal ini macam mana? Setiap orang Allah kurniakan kening yang cantik. Cuma kita tidak perasan dan tidak pernah urus dengan baik seperti kemaskan dan menyikat bulu kening. Jika mahu lukis, lukislah bagi sama dengan akar dan puncak kening kita. Maka, kita lukis tidak lari dari yang asal.

Rahsianya jangan lari daripada asal (Akar dan puncak kening).

Kedua, bahan-bahan yang digunakan tidak boleh bernajis. Ketiga, jangan sama dengan orang yang bukan islam. Kemudian, janganlah sampai mengubah wajah serta tidak boleh menipu.

Boleh ke mencukur kening yang berselerak, terlalu lebat hingga menakutkan yang menyebabkan self-esteem menjadi rendah?

Gambar Hiasan : Google

Boleh. Tetapi cukup sekadar merapikan sahaja agar kelihatan kemas. Kalau terlampau lebat sehingga nampak macam cacat dan pelik boleh dicukur hanya untuk dirapikan sahaja.

Antara kebersihan dengan kecantikan.

Kebersihan adalah no compromy kerana ia harus sentiasa dijaga. Hal ini demikian kerana, kebanyakan dari kita memang terdedah dengan sinaran matahari dan UV terutama ketika bekerja di luar kawasan di bawah sinar matahari yang terik, di bawah sinaran lampu, sentiasa menghadap skrin komputer dan telefon pintar.

Jadi, benda wajib yang kita boleh kategorikannya sebagai kebersihan wajah dan kulit antaranya adalah:

Gambar Hiasan : Google
  1. Pencuci muka. Terdapat 2 jenis pencuci muka iaitu yang berminyak atau yang jenis water-based untuk kita buat double cleansing.
  2. Toner.
  3. Mosturizer.
  4. Sunscreen.

Manakala kategori kecantikan adalah menggunakan bedak asas, Concealer, Lipstick, dan lain-lain. Cara pemilihan bedak asas dan lipstick pula, bergantung kepada jenis dan warna kulit. Pilih warna jangan lebih dua tona ke atas, atau dua tona ke bawah kulit kita. Selain itu, lihat warna urat di tangan sama ada warna biru, hijau ataupun ungu. Warna ini menentukan kulit kita jenis warm (hijau), cool (Biru) ataupun neutral (ungu).

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa kongsikan.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *