Copy Of 1 HARI 1 CERITA PALESTIN 2 – Made With PosterMyWall

Sejauh mana pergolakan di Palestin.

Kerisauan yang sangat tinggi buat Puan Tahreer sebagai wakil aktivis Gaza di Malaysia apabila memikirkan apakah nasib kesemua ahli keluarganya yang tinggal di bumi Palestin ketika mana dalam tempoh 11 hari Gaza under attack. Waktu itu memang penduduk Gaza tidak takut seperti apa yang kita rasa di Malaysia meskipun serangan ke atas Gaza kali ini sangat agresif. Tapi, alhamdulillah semua ahli keluarga Puan Tahreer selamat. Puan Tahreer beritahu kita sebagai rakyat Malaysia tidak perlu risau dengan angka syahid di sana kerana mereka yakin tempat di sisi Allah setelah syahid adalah lebih dirindukan.

Peperangan baru-baru ini telah membuka mata penduduk di seluruh dunia isu Palestin. Apa sebenarnya yang berlaku di Palestin sekarang dan kenapa yang dibom itu kebanyakannya ke Gaza? Kenapa ada keganasan di tebing barat?

Memang 2 tempat major di Palestin adalah tebing barat dan semenanjung Gaza. Ini antara 2 tempat yang selalu ada isu dan serangan sana sini. Israel banyak fokus di Gaza. Jadi, mula-mula kes Palestin bermula pada tahun 1948. Sebelum itu Palestin dalam keadaan aman. Memang tidak ada beza di antara Gaza dan tebing barat.

Kemudian lepas perang 1948, Israel telah berjaya mencuri tanah Palestin dan dari situ mula ada isu Gaza dan tebing barat.  Pembunuhan demi pembunuhan dilakukan oleh Israel laknatullah. Jadi, bila Israel kuasai tempat itu, 2 tempat yang jadi tumpuan orang Palestin lari adalah Gaza dan tebing barat. Itu yang dalam Palestin. Ada juga yang lari ke Jordan dan Lubnan ikut sempadan di Palestin. Keluarga Puan Tahreer waktu itu juga turut terkena tempias dan terpaksa lari dari kampung sampai ke Gaza.

Gaza di bawah kekuasaan Mesir. Manakala, tebing barat di bawah Jordan. Tidak lama selepas itu pada tahun 1967, peperangan baru telah tercetus menyebabkan Israel berjaya menguasai tebing barat dan satu demi satu masalah terjadi. Tahun 2005 pula, Israel terpaksa keluar dari Gaza di atas jasa mujahidin kita yang selalu serang Israel menggunakan senjata buatan sendiri. Namun, tentera Israel walaupun keluar, tetapi masih ada di sempadan Gaza.

Antara tebing barat dan Gaza, ada pangkalan tentera Israel. Hal ini menyebabkan mujahidin nak ke Masjidil Aqsa bukan senang sebab ada Israel laknatullah di tengah-tengah. Orang biasa iaitu orang awam nak pergi solat ke masjidil aqsa memang sangat susah padahal jaraknya kurang dari 100km atau 1 jam naik perjalanan naik kereta untuk ke sana.

Sumber Gambar : FB Page Nisa’ Kelantan

Kezaliman Israel lagi mereka buat bermacam-macam sistem buat penduduk Gaza antaranya perlu minta permission jika mahu solat di Masjidil Aqsa. Meskipun telah dapat keizinan,ia bukan untuk dalam tempoh sebulan atau seminggu, tetapi hanya dalam tempoh 24 jam. Kiranya, bertolak dari Gaza waktu pagi, macam nak melaksanakan solat Jumaat. Kemudian, setelah selesai, memang kena cepat-cepat balik.

Sekiranya ingin tinggal lebih lama dengan permission yang hanya 24 jam, polis Israel akan tahan. Lalu, dikenakan denda yang mahal, dipenjara dan sebagainya. Itulah antara isu yang panas berlaku kepada penduduk Gaza dan tebing barat untuk memasuki Masjidil Aqsa. Tapi, Alhamdulillah, masih ada penduduk yang berada di sekitar Masjidil Aqsa masih setia menjaganya walaupun ditekan dan ditindas.

Kemudian faktor penduduk sekitar al-Quds menyeru Mujahidin di Gaza untuk datang mempertahankan Al-Quds apabila Israel menjadi-jadi menganggu umat islam solat di sana. Kemudian isu di Syeikh Jarrah dan Silwan yang hendak dirampas oleh Israel yang masih belum selesai. Mereka dipaksa untuk merobohkan sendiri rumah masing-masing. Jika tidak, Israel akan menghancurkan rumah itu dan dalam masa yang sama tuan rumah perlu membayar dengan harga yang sangat mahal.

Penduduk Palestin yang ingkar untuk tidak mahu merobohkan rumah mereka sendiri perlu membayar dengan harga yang tinggi iaitu 15 ribu USD bersamaan RM 60, 000 hingga RM 100, 000 ringgit Malaysia di samping rumah mereka dirobohkan.

Two state solution adakah masih relevan?

Pada pendapat Puan Jawheer sebagai salah seorang rakyat Palestin, two state solution is not fair to Palestenian people. Beliau menceritakan peristiwa ketika kampung arwah datuk dan neneknya dihancurkan oleh Israel, dia dan generasi yang akan datang sampai bila-bila tidak akan boleh kembali ke kampung asal dari tahun 1948 sehingga sekarang.

Two state solution sangat tidak adil sebab itu hak orang Palestin. Kenapa pula perlu tunduk dengan penjajah. Isu Gaza, Palestin, al-Quds akan tetap ada meskipun terima two state solution.

Puan Jawheer pula mahu kita semua bayangkan jika ia berlaku di tanah air kita sendiri, adakah kita senang-senang akan terima solusi yang macam ini. Sudah pasti tidak akan senang-senang diterima.

Kita kira two state solution bukan solution yang baik untuk isu Palestin sebenarnya.

Kenapa orang Islam wajib dan perlu mempertahankan bumi Palestin daripada terus dijajah oleh Israel?

  1. Pertama sekali, Palestin adalah negara terletaknya Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam.
  2. Kemudian, berlakunya peristiwa Isra’ dan mikraj.
  3. Masjid ketiga tersuci umat islam.
  4. Palestin adalah tanah kelahiran ramai para Anbiya’.
  5. Palestin merupakan padang mahsyar selepas kiamat nanti.
  6. Tanah diberkati.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Video asal boleh ke FB Page Nisa’ Kelantan untuk tontonan penuh isu 1 hari 1 cerita Palestin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *