The Home For You!

Imam Hassan Al Banna dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di perkampungan Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir. Beliau adalah seorang mujahid dakwah, peletak dasar-dasar gerakan Islam sekaligus sebagai pengasas dan pimpinan Ikhwanul Muslimin.

Beliau merupakan perjuang Islam yang menurut Al-Quran dan Sunnah sehingga beliau syahid pada 12 Februari 1949 di Cairo, Mesir. Beliau meninggalkan dua karya agung iaitu ‘Catatan Harian Dakwah dan Da’i’ serta ‘Kumpulan Surat-Surat’.

Berpandukan visi yang betul dan kemampuan untuk bersikap baik adalah syarat utama dalam mentarbiyah keluarga. Cara Imam Hassan Al-Banna mendidik anak-anaknya dan isterinya boleh dijadikan contoh untuk kita aplikasikan dalam keluarga kita.

1. Sentiasa makan bersama keluarga

Ia merupakan masa yang baik untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Masa itu boleh diambil untuk berbual dan juga melakukan teguran untuk anak-anak.

2. Menasihati anak-anak secara tidak langsung

Cuba beri nasihat dengan cara tidak memarahi mereka secara langsung. Beri contoh situasi perbuatan tidak betul dan akibat dari perbuatan itu. Ia akan lebih memberi kesan kepada mereka.

3. Membuat catatan terperinci terhadap keadaan anak-anak

Pastikan kita sebagai ibu bapa mengingat dan menghafal informasi penting mengenai anak-anak. Ini akan memberi mereka perasaan dihargai dan disayangi.

4. Menemani anak-anak ketika bermain

Waktu bermain merupakan waktu yang penting untuk ibu bapa bersama anak-anak. Jangan abaikan mereka dengan membiarkan mereka menonton televisyen atau bermain telefon pintar.

5. Tidak meninggikan suara atau bersuara keras di rumah

Mungkin hal ini sangat sukar untuk dilakukan terutamanya dengan stress kerjaya dan juga keletihan. Tetapi sebagai ibu bapa cubalah sebaiknya untuk mengurangkan peninggian suara atau penggunaan suara keras di rumah.

6. Menyediakan buku-buku dan perpustakaan di rumah

Mendidik anak-anak untuk suka membaca mungkin agak sukar pada zaman moden ini. Ketahuilah membaca itu jambatan ilmu. Dengan banyak membaca, anak-anak dan juga kita sendiri sebagai ibu bapa dapat menambah ilmu.

7. Mendidik budaya bersedekah sejak kecil lagi

Bukan sahaja anak-anak, ibu bapa juga seharusnya belajar bersedekah. Ini boleh memberi contoh yang baik kepada anak-anak.

Semoga kita semua mampu mendidik anak-anak menjadi pejuang Islam yang mampu menegakkan agama suci ini.

 

Sumber : http://www.hijabista.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *