TUNAI SOLAT


Alhamdulillah, terjumpa sepupu setelah sekian lama tidak bertemu. Sebelum ni kami hanya bertanya khabar melalui Whatsapp dan Facebook sahaja.

Kebetulan dia ada membawa anak daranya, Azira temujanji di klinik mata. Alhamdulillah, masalah mata sudah hampir selesai. Maka, sempatlah kami berborak sambil ‘mengeteh’ di kopitiam USM.

Apa yang saya nak share adalah nasihat yang wajar kita selaku ibu, orang tua, saudara rapat kepada anak gadis belasan tahun ni…nasihatlah agar jaga solat!!!

“Azira…yang penting dalam hidup ni, sesibuk mana pun kita, seleka mana pun kita, jangan sekali-kali tinggalkan solat. Bila kita jaga solat, insyaallah solat akan pelihara kita dari kesusahan, dari terjerumus ke jalan yang Allah tidak suka”

Tidak banyak yang perlu disematkan, sebab anak muda bukannya senang nak terima dan simpan banyak-banyak bebelan orang tua kan.

Kenapa saya beria sangat beri nasihat kepada anak orang lain? Jawapannya mudah.

Bila saya nasihati anak orang lain, saya mengharapkan Allah gerakkan juga insan lain untuk menasihati anak-anak saya. Lagipun, anak ini adalah waris rapat serta bakal mencorak masyarakat di masa hadapan.

Artikel diambil dari Facebook Profesor Madya Dr. Nik Rosmawati Nik Husain, seorang doktor perubatan. Beliau merupakan penerima Anugerah Tokoh Sayyidatina Aisyah pada Hari Sayyidatina Khadijah 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *