BANJIR

Bertawakkalah kepada Allah setelah berikhtiar sebaiknya”

Aliran Standard of procedures (SOP) mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

Sekiranya mangsa adalah Patient Under Surveillance (PUS)

  1. Standard of Procedures (SOP) untuk sanitasi bilik di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan dibuat oleh pihak bomba dan para sukarelawan secara berkala mengikut kemampuan.
  2. Bilik khas saringan awal akan disediakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terpilih bagi menempatkan mangsa banjir yang bergejala, atau yang datang dari ZON MERAH atau mereka yang terdedah kepada pesakit COVID Positif.
  3. Petugas kesihatan akan berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mengikut keperluan.
  4. Mereka akan di swab dan dipantau di bilik isolasi dalam tempoh 24-36 jam, setelah disahkan negatif akan dibawa ke bilik kuarantin dalam khemah berasingan dari keluarga (Dari rumah yang berbeza) dalam tempoh 14 hari dan sekiranya positif akan dihantar ke khemah mangsa yang dikuarantin.

Mangsa Banjir

  1. Mangsa banjir biasa akan ditempatkan di blok asing dan makanan akan dibungkus dan ketua keluarga akan ambik dari dapur.
  2. Mangsa banjir juga akan diberi tanda nama (Name tag) dan tidak digalakkan keluar masuk sewenang-wenangnya setelah mendaftar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mencegah penularan Covid.
  3. Pemakaian mask muka adalah diwajbkan dan pastikan penggunaan Sanitizer dilazimkan sepanjang masa.
Sumber Gambar : Google

Penting !!!

Pengurusan sampah kering, makanan dan sisa Mask mesti diuruskan secara bersistem untuk elakkan jangkitan.

Petugas Banjir

Semua petugas makanan perlu diberi suntikan bagi menjaga keselamatan dalam proses penyediaan makanan dan diberi taklimat tentang norma baru ini.

Tips Hadapi Banjir

Hand Sanitizer
  1. Khusus untuk ibu-ibu, mereka mesti bersedia dari segi minda serta emosi dalam menghadapi norma baru ini.
  2. Sekiranya mereka tinggal di kawasan berisiko tinggi sebaiknya siapkan segala beg, kits kelengkapan banjir keluarga lebih awal termasuk Mask muka, Sanitizer, Vitamin C dan elakkan berkongsi barang dengan penghuni lain. Makanan ringan, ubat dan peralatan keperluan diri dan keluarga mesti dipastikan sentiasa di dalam beg ini agar proses menyelamat dan berpindah akan lebih lancar.
  3. Jangan lupa banyak berdoa kepada Allah SWT dan berfikir positif untuk meningkatkan sistem imunisasi secara alami . Kita Insya-Allah akan menang sekiranya kita konsisten jaga keluarga kita.

Diharap dengan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua dengan persediaan dalam menghadapi banjir terutama di musim pandemik Covid-19 yang amat membimbangkan ini.

Artikel telah disunting oleh penulis wk.com

Artikel asal: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *