16 Mei 2024 merupakan hari menyambut para tenaga pendidik di peringkat kebangsaan. Hari istimewa dinanti-nantikan oleh para pelajar untuk menyambut para guru mereka yang berjasa dalam pendidikan mereka, malah guru diibarat sebagai pemandu yang mengerakkan dan membentuk masa depan generasi muda. Sambutan pada kali ini yang bertemakan “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI” secara rasminya telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menjadi seorang hero kepada pelajarnya bukanlah satu tugas yang mudah. Para guru sanggup berdepan dengan pelbagai halangan dan rintangan semata-mata menjayakan niat mereka untuk mendidik pelajarnya. Sebagai contoh, imbasan dari pandemik yang mula melanda pada 2019, para guru mencari pelbagai cara dan teknik baru untuk menyampaikan sebuah ilmu. Namun tidak sesekali pun mereka mengeluh pada cabaran yang dihadapi malah mereka bersyukur kerana masih dapat meneruskan pembelajaran walaupun secara virtual.
Hari guru adalah hari yang tepat untuk kita sebagai pelajar memberi hadiah kepada guru kita. Antara tips dalam memberi hadiah kepada guru adalah:
- Beri hadiah dalam bentuk fizikal yang kekal
Sebagai kenangan, berilah hadiah berupa objek yang kekal dan bukanlah makanan. Tidak salah untuk memberi makanan namun seeloknya berilah hadiah yg boleh membuatkan guru sentiasa ingat pada kita. Sebagai contoh, album gambar kenangan guru tersebut bersama pelajar supaya guru kita ingat akan imbas kembali momen bersama anak didiknya.
2. Beri hadiah sentimental
Memberi hadiah yang bersifatkan sentimental dapat membuatkan guru kita gembira. Contoh hadiah yang bersifatkan sentimental ini ialah hasil karya sendiri, barang yang boleh digunakan berulang kali, dan hadiah yang bersesuaian dengan karekter guru tersebut. Dengan hadiah berikut, guru kita sedar bahawa segala pengorbanan mereka dihargai oleh pelajar mereka.
3. Ucapan penghargaan
Ramai yang mempunyai mentaliti mengatakan hadiah hanyalah berbentuk fizikal. Namun realitinya, ucapan juga satu bentuk hadiah kepada guru. Berilah ucapan kepada guru kita dengan penuh rasa kasih sayang. Dalam ucapan, selitlah beberapa kata-kata yang boleh membuatkan guru kita imbas kembali momen bersama kita. Malah selitkan juga kata-kata gurauan untuk memeriahkan suasana pada hari bahagia.
Akhir kata, berilah apa jua bentuk hadiah kepada mereka yang tanpa rasa lelah mendidik kita asalkan kita tidak rasa terbeban untuk memberinya. Penghargaan kepada guru tidak semestinya sebuah hadiah yang mahal tetapi sikap hormat, ucapan terima kasih, dan penghargaan atas kerja keras mereka merupakan bentuk hadiah yang paling bernilai kepada mereka.