Diabetes Dan Ramadhan – Made With PosterMyWall

Slot khas Ramadan by Gagasan Wanita Sejahtera

Ibadah puasa sering dikaitkan dengan kesihatan. Sebelum ini kita makan banyak kali, namun di bulan puasa kita makan pada waktu berbuka dan bersahur.

Apakah perubahan yang berlaku kepada kita semasa berpuasa? Dan bolehkan pesakit kencing manis berpuasa? Apakah risiko yang mereka akan perolehi sekiranya berpuasa?

Berkenaan dengan pesakit kencing manis, perubahan yang ketara adalah kita tidak makan pada waktu siang. Apabila kita tidak makan pada waktu siang, maka timbullah keinginan makan lebih pada waktu berbuka dan juga bersahur.

Gambar Hiasan : Google

Yang kedua adalah, apabila kita tidak makan pada waktu siang, kita tidak akan minum dan di sini yang ketara adalah kekurangan air dalam badan. Persoalan sama ada seseorang itu boleh berpuasa atau tidak, hal ini bergantung kepada apa yang berlaku sebelum berpuasa.

That’s why di klinik, ramai kita tengok pesakit kencing manis kita terutamanya pada bulan Rejab dan Sya’ban, mereka sudah mula berpuasa. Jadi, kita dah boleh tengok pattern yang dah berlaku semasa mereka berpuasa. Ini adalah suatu cara yang baik demi membantu mereka berpuasa penuh pada bulan Ramadan.

Jadi, biasanya apabila persediaan telah dilakukan awal, Insha Allah tidak jadi satu masalah sebab kita dah tahu adakah mereka akan hypo semasa sedang berpuasa, terlebih gula ke semasa puasa, atau kekeringan (Penyahhidratan) iaitu kurang air. Jadi kalau kita boleh tengok pelbagai variasi pesakit kencing manis alami.

Siapakah kategori risiko tinggi, gula terlalu rendah atau baru masuk hospital 3 bulan sebelum Ramadan, yang ini jangan berpuasa. Maksudnya Rejab dan Sya’ban mereka tidak sihat.

Ketiga, mereka yang mempunyai masalah komplikasi buah pinggang kronik tahap 4 atau 5 yang mana mereka telah melalui proses mencuci buah pinggang. Sama ada mencuci 3 kali seminggu atau cuci setiap hari di rumah.

Mereka yang lanjut usia pula bergantung kepada keupayaan masing-masing. Ada yang 60 tahun sudah lanjut usia. Ada yang umur 90 tahun, masih lagi okay.

Seterusnya, mereka yang mengandung. Kita nasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mereka buat keputusan untuk berpuasa.

Kemudian, jika mereka yang kerap Hypo. Maksudnya, gula dalam darah mereka kerap rendah sebelum ini. Juga mereka yang sakit tenat, serta pesakit kencing manis tahap 1 iaitu mereka yang memang bergantung dengan insulin sepanjang hidup mereka.

Jadi kalau mereka yang kumpulan seterusnya adalah antaranya untuk mereka yang penyakit kencing manis yang okay kawalannya hanyalah dengan makanan sahaja (Diet control) yang ini tidak ada masalah untuk berpuasa, serta mereka yang mengambil satu atau lebih ubat-ubatan. Banyak jenis ubat kan? Kalau mereka hanya menggunakan 2 jenis ubat sahaja ataupun insulin yang sebelum tidur sahaja, yang ini Insha Allah boleh berpuasa.

Selain daripada itu bagi mempunyai risiko sangat tinggi, janganlah berpuasa.

Apakah 3 risiko utama bila berpuasa?

Faktor gula tinggi ini apabila pesakit kencing manis tidak mengawal kadar pengambilan gula terutama ketika waktu berbuka. Hal ini mengakibatkan bacaan gula meningkat.

Selain itu gula sangat tinggi adalah bahaya kerana boleh mengakibatkan tahap tertinggi iaitu koma, pengsan serta badan kita tidak boleh mengambil gula tersebut untuk dijadikan tenaga dan berlebihan akan menyebabkan insulin pun jadi bankrupt. Menyebabkan selepas bulan puasa, kawalan kencing manis kita sangat teruk.

Jadi peringatan buat semua, puasalah. Tetapi berhati-hati ketika waktu berbuka. Sebab susah nak kawal diri.

Apa tanda-tanda atau simptom pesakit kencing manis awasi serta bagaimana menguruskan keadaan ini?

Pertama, kekeringan. Kedua, gula terlalu rendah ataupun (Hypo). Yang ketiga, gula terlalu tinggi (Hyper).

Antara symptom gula sangat tinggi (Tidak dapat berfikir secara wajar, rasa confused, kerap buang air kecil, rasa mengantuk, rasa tak bertenaga dan lain-lain). Sebab simptom gula yang tinggi ramai tak rasa. Sebab itu ramai yang enjoy dengan makanan manis sebab tak rasa apa-apa.

Tapi sampai ke peringkat rasa macam confused, orang tanya kita pun tidak boleh nak fokus mana, orang boleh kata Hypo ke Hyper? Tinggi gula ini kita pun check. Kalau tinggi lebih ada 16, kita nasihatkan untuk berbuka.

Jangan makan manis sampai gula bacaan 16. Sebab boleh mengakibatkan koma. Ia boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi yang tak terjangka seperti kaki makin kebas, mata makin tak nampak, dan lain-lain.

Hypo pula, kesakitannya apabila gula itu rendah kurang daripada 4. Ada juga Hypo yang palsu apabila jenis bacaan gula yang sentiasa tinggi seperti 20. Bila turun ke bacaan 11, mula rasa Hypo.

Sebenarnya, apa itu Hypo? Rasa yang menggeletar, rasa tersangat lapar, rasa macam kabur mata. Pesakit kencing manis yang mengalami Hypo tidak akan melupakannya sepanjang hidupnya. Ia adalah satu perasaan yang keluh kesah. Berbukalah jika bacaan kurang pada 4 kerana ia adalah critical emergency kerana boleh mengakibatkan kematian.

Yang ketiga kekeringan. Kita semua mengalami kekeringan pada waktu berpuasa. Semua tidak terkecuali mengalaminya. Tetapi, sekiranya pesakit kencing manis mengalami kekeringan, ia akan mengakibatkan kandungan bacaan gula kadang-kadang tinggi, kadang- kadang rendah dan tidak sekata. Ia boleh menyebabkan risiko jangkitan. Jadi, apabila seseorang itu mengalami tanda-tanda kekeringan, ia akan merasa sangat dahaga, fikirannya akan terganggu tidak dapat berfikir dengan sempurna, kulit dan mulut terasa sangat kering.

Perasan tak kita dinasihatkan untuk minum 6 hingga 8 gelas air jernih. Tips apabila azan maghrib, minum dahulu dengan 1 gelas air masak. Gelas kedua adalah selepas sembahyang Maghrib. Gelas yang ketiga adalah selepas makan. Gelas keempat adalah selepas solat Isyak. Kemudian segelas lagi selepas solat Tarawih. Kemudian gelas keenam, minum sebelum tidur. Gelas ke Tujuh adalah sebelum sahur. Akhir sekali gelas ke lapan adalah selepas makan sahur.

Tanpa kita sedari, sudah 8 gelas air yang kita minum.  Inshaa Allah, kekeringan tidak akan berlaku.

It’s okay kalau tak mahu minum untuk yang first gelas itu, tapi gunakan konsep tawar menawar untuk air itu. Jangan manis sangat.

Berbincanglah dengan ahli keluarga mengenai juadah berbuka puasa.

Berbuka 2 biji kurma sahaja. Memanglah kurma ini bagus, sunah. Tetapi, buat pesakit penyakit kencing manis, kita bukan seperti keadaan biasa. Jika ada ambil sepotong buah lain, maka kurma tadi tidak perlu ambil langsung. Sebab sebenarnya, buah juga sudah cukup manis.

Selepas solat Maghrib adalah waktu untuk kita makan. Nasi perlu makan 1 setengah cawan. Konsepnya adalah suku-suku separuh. (Sesuku Nasi: Sesuku Protein) Separuh adalah untuk sayur. Beserta dengan 1 gelas air kosong.

Gambar Hiasan : Google

Seleps tarawih ada yang bertanya, boleh tak makan moreh. Boleh, tapi ambillah 3 keping biskut atau 1 keping roti. Kalau nak makan hidangan lain, boleh, tapi dengan jumlah yang sedikit beserta satu gelas air kosong. Sebenarnya baik untuk kita ambil satu gelas susu rendah lemak.

Pada waktu sahur, macam waktu berbuka tadi. Itulah kombinasi yang dinasihatkan oleh pakar pemakanan pada waktu puasa.

Bagaimana kita hendak menguruskan paras gula, sudah pasti perlukan suntikan insulin bagi pesakit kencing manis. Bagaimana kita nak menguruskan ubat ataupun insulin semasa berpuasa?

Perubahan tentang ubat-ubatan sewaktu kita berpuasa. Sebab tidak semua ubat perlu diambil sama seperti bukan bulan puasa kerana akan memberi mudarat kepada pesakit.

Contohnya, kalau pesakit tersebut makan ubat biji pada waktu bersahur jenis pagi sekali dan petang sekali. Jadi waktu bersahur kita hendaklah kurangkan separuh dari dos tersebut. Jadi contoh Metformin 2 biji pada waktu bersahur, kita sarankan makan satu biji sahaja pada waktu bersahur. Pada waktu berbuka pun sama juga. Kemudian sama juga kuantiti dos ubat Gliclazide ubat satu lagi.

Gambar HIasan : Google

Kalau mereka makan ubat yang jenis sekali sehari sahaja, makanlah waktu berbuka. Sebab kita tak mahu pesakit mengalami masalah hypo.

Yang paling utama buat pesakit menerima suntikan insulin, yang ini tidak perlukan perubahan. Sama sahaja dos pun.

Jika perlu menerima suntikan tiga kali sehari, waktu bersahur, kurangkan dos tersebut. Kalau 12 unit waktu biasa, ambil 6 unit. Manakala waktu berbuka, ambil dos yang penuh.

Ini adalah contoh. 6 unit waktu sahur, 12 unit waktu berbuka.

Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan nasihat doktor.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Untuk Maklumat asal boleh tonton video penuh Gagasan Wanita Sejahtera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *