Jodoh Cinta Sebelum Atau Selepas Kahwin – Made With PosterMyWall

Apakah yang dimaksudkan dengan jodoh dan cinta? Kedua-duanya adalah dua perkara yang berbeza namun saling berkait rapat.

Sebenarnya jodoh dan cinta ini adalah berkisar dengan isu kekeluargaan. Isu ini sangat penting bagi sesebuah institusi keluarga terutama keluarga muslim. Bagi orang islam, keluarga ini adalah unit sosial yang sangat penting kerana menjadi asas kepada pembentukan masyarakat dan ummah.

Selalunya kita dimomokkan dengan love story. Romantic story yang diwarnakan dengan budaya barat. Kalau cerita Hollywood, jodoh itu ibarat sesuatu yang wajib dan berbentuk try and error. Bagi kita, cinta sebelum kahwin adalah zina. Manakala, bagi mereka adalah fake love.

Gambar Hiasan : Pinterest

Dalam pemikiran, kita kena letak jodoh ini adalah sesuatu yang sangat penting sebab objektifnya adalah ke arah menuju kepada sebuah perkahwinan yang suci dan tujuan perkahwinan itu kena jelas. Hal ini kerana, perkahwinan membuahkan kepada sakinah, mawaddah dan rahmat serta punca kepada kasih sayang dalam masyarakat dan keluarga.

Kedua, menyambung generasi. Kemudian, untuk mengekang nafsu. Nafsu ini perlu dikawal dan dididik supaya sukakan sesuatu yang diredhai oleh Allah SWT. Jadi, tiada istilah try and error.

Pemilihan jodoh itu mestilah berpandukan 4 perkara. Agama, keturunan, kekayaan dan kecantikan. Agama lah yang menjadi dasar kepada yang lain. Maksudnya, bukan bermaksud sekolah agama ataupun lepasan Al Azhar. Tetapi agama di sini menunjukkan bagaimana bersungguh-sungguh menjalani kehidupan beragama dalam hidup. Bagaimana kita kena memilih 4 perkara ini dalam suasana yang praktikal.

Gambar Hiasan : Pinterest

Jodoh ini kita boleh plan. Tetapi yang menentukan adalah Allah SWT. Jodoh ini boleh jadi suatu nikmat dan juga ujian buat kita. Kita ada kelemahan kita, dia juga ada kelemahan dia. Jadi carilah dan jadilah seorang yang boleh saling melengkapi.

Nasihat untuk menjemput jodoh yang baik menurut islam.

Cinta adalah suatu perasaan ikhlas lahir daripada hati setiap insan. Cinta seorang ibu kepada anaknya menyebabkan dia sanggup melakukan apa-apa sahaja. Walaupun sakit melahirkan, masih sanggup melahirkan lagi dan lagi.

Gambar Hiasan: Pinterest

Cinta ini kita kena tahu bagaimana untuk disalurkan dengan betul. Mestilah kita perlu guna method seperti yang digariskan dalam al-Quran dan juga hadis.

Dalam surah An-Naba’ ayat 8, Allah SWT berfirman:

Dan kami telah menjadikan kamu berpasang-pasangan.

Surah An-Naba’ ayat 8

Jodoh ini ia berjalan dalam suatu aturan yang indah. Jawapan kepada cinta ini adalah termerainya satu ikatan pernikahan.

Nasihat kepada mereka di luar sana kita perlu mendapat redha kedua-dua ibu bapa kita. Kita sendiri juga perlu lengkapkan diri kita dahulu. Penuhi ilmu di dada dan dengar pengalaman-pengalaman orang lain. Banyakkan membaca dan banyak berdoa. Insya Allah jodoh itu tidak akan pernah tersalah alamat. Allah has a perfect timing.

Statistik hari ini banyak berlaku kes masalah rumahtangga dalam kalangan pasangan muda. Kaedah yang perlu dalam membina keluarga yang Sakinah dan mawaddah sehingga syurga.

Buat yang bakal mendirikan rumahtangga, kita perlu bersedia dengan 4 perkara. Antaranya:

1. Faham. Faham bahawa pasangan kita itu dibesarkan oleh insan yang berbeza. Kita tidak boleh expect dia boleh semudah itu untuk follow style kita. Kalau dia boleh buat, alhamdulillah. Kalau dia tidak boleh buat, kita kena terima. Berusaha untuk saling memperbaiki apa yang terkurang. Insya Allah.

Gambar Hiasan : Pinterest

2. Percaya. Kalau dalam pimpinan ada konsep Thiqah. Suami kita adalah ketua kita. Kita kena percaya kepada suami kita. Sebab boleh jadi apa kita rasa baik untuk diri kita, tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kita. Kita tidak tahu apa yang dia nampak.

3. Redha. Setelah kita letak sepenuh kepercayaan kepada suami, tetapi sesuatu luar kawalan telah datang. Dekat situ kita kena belajar redha dengan Allah. Life is a test.  Setiap orang memang tidak akan terlepas daripada didatangi ujian. Insya Allah, hubungan itu akan menjadi hubungan yang baik, Sakinah dan mawaddah.

Selain itu saling support each other. Jika ada seuatu yang kecil seperti berbeza pendapat dan sebagainya, better let it go kerana kadang-kadang benda kecil inilah menjadi masalah yang besar kepada kepincangan dalam sesebuah institusi rumah tangga.

Gambar Hiasan : Pinterest

Pernikahan adalah ibadah paling panjang dalam kehidupan kita.

Kesimpulannya, selalunya kita sebagai orang melayu, merisik ini akan ada majlis bertandang dan sebagainya.

1. Kaedah merisik ini salah satunya kita kena lihat dengan siapa si dia berkawan. Biasanya, si dia tidak lari jauh daripada dengan siapa dia berkawan.

2. Kita tengok apakah hobi si dia. Family background si dia juga penting. Selepas perkahwinan banyak perkara yang kita boleh bangunkan.

3. Katakan sudah lepas zaman kampus, kita kena jaga hubungan dengan Allah SWT. Kemudian, kena banyak libatkan diri dengan masyarakat. Aktifkan diri dalam program dan persatuan yang baik. Insya Allah, Allah akan pertemukan kita dengan jodoh yang bagus.

4. Kena usahakan. Misalnya, ada berkenan dengan seseorang setelah diselidik, terus buat sesuatu. Kalau bukan jodoh kita, jangan sedih. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT.

Jodoh adalah milik Allah SWT. Kadang-kadang jodoh datang tanpa disangka-sangka sama juga dengan konsep rezeki. Kalau kita belum bertemu jodoh, kita manfaatkan apa yang kita ada sekarang ini. Sebagai contoh, masa dengan ibubapa, nikmat berada dalam jemaah dan masa single itu sendiri.

Gambar Hiasan : Pinterest

Buat wanita di luar sana yang diuji setelah berkahwin, lazimi zikir Fatimah kerana ramai lagi orang yang berdoa dan mendambakan untuk berada di tempat kita. Insya Allah.

Semoga bermanfaat.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Video asal boleh ke FB Page Ameerah Bachok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *