Sabun Minyak

SABUN DAN LILIN DARIPADA MINYAK MASAK TERPAKAI

Siapa sangka minyak masak yang telah diguna melebihi dua kali boleh diguna lagi?

Ya. Boleh diguna lagi tetapi bukanlah untuk memasak. Minyak yang telah diguna pakai melebihi dua kali dan digunakan lagi untuk memasak, boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan penggunanya.

Jadi, bagaimanakah cara menggunakan semula minyak masak tersebut tanpa digunakan untuk memasak?

Minyak masak yang telah diguna pakai boleh diproses untuk dijadikan sabun dan lilin. Bahan-bahan yang digunakan dalam proses pembikinannya juga tidaklah begitu rumit.

Antara proses bembuatan sabun ialah yang dikongsikan oleh Rakan Alam Sekitar dan pembuatan lilin dikongsikan oleh anieyrza.blogspot.com.

TUKAR MINYAK MASAK TERPAKAI KEPADA WANG

Kepada mereka yang merasakan pembikinan sabun dan lilin tersebut adalah leceh, minyak masak terpakai tersebut bahkan boleh dijual.

Di Kelantan, Kelantan Utilities Mubaarakan (KUM) adalah antara pihak yang bertanggungjawab membeli dan mengumpulkan minyak masak terpakai tersebut.

Sumber: Facebook U-KeKWa

Minyak masak yang telah dipakai boleh dikumpulkan ke dalam satu bekas dan dijual pada harga RM 1/kg. Peringatan daripada pihak KUM agar kita tidak menjual minyak masak terpakai kepada pihak yang salah, kerana risau minyak tersebut akan diguna lagi untuk memasak tanpa pengetahuan orang ramai.

Apa yang sering dilakukan oleh masyarakat ialah membuang minyak masak yang telah digunakan ke dalam singki dan longkang. Perbuatan ini boleh menyebabkan saluran tersumbat, seterusnya, sedikit sebanyak menyumbang kepada masalah longkang tersumbat. Beginilah bagaimana perbuatan ini boleh memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar.

Senarai nombor telefon yang boleh dihubungi oleh masyarakat di Kelantan bagi menjual minyak masak yang telah digunakan:

LAIN-LAIN BAHAN YANG BOLEH DIGUNA SEMULA

Antara yang dikongsi oleh pihak KUM ialah tentang pembuatan baja kompos oleh sisa-sisa makanan.

Oleh itu, masyarakat Kelantan diharapkan lebih cakna dengan hal ini kerana rugilah kita untuk tidak mengambil kesempatan ini bagi memanfaatkan usaha yang dilakukan oleh pihak KUM. Disamping boleh membuat duit menggunakan minyak masak terpakai, tujuan utama untuk menjaga alam sekitar juga tercapai. Sama-samalah kita menjaga alam sekitar supaya dapat membina negeri Kelantan yang lebih baik di masa hadapan.

Disediakan oleh : Siti Zulwani Rosli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *