Fahami Daku

Kalau lelaki bertanya
Mengapa perempuan kuat beremosi selepas bersalin?
Fahami ini.
Perempuan itu adalah seorang wanita yang dilahirkan menjadi seorang ibu selepas sebuah episod kelahiran.
Dia melalui satu frasa yang asing.
Dahulu hidupnya hanya memikirkan perihal dia.
Sekarang dia ada satu tanggungan (iaitu anak) yang kau sebagai lelaki tidak mampu melunaskan hak sebagai seorang ibu.
Anak itu lahir.
Tidak berdialog. Hanya menangis.

Sumber : Fb Page U-KeKWa

1 tangisan melambangkan 1000 cerita.
Hanya naluri ibu memahami apa cerita yang si anak cuba sampaikan.
Tetapi lelahnya dia utk mengintrepetasikan bunyi tangisan itu memakan seluruh tenaga batinnya.
Kemudian anak yang lahir itu ditimpa kuning.
Orang keliling berkata…”normallah”
Kau tidak mampu faham
Sebagai seorang ibu, meskipun 10 org anak melalui frasa cucuk ambil darah, letak bawah lampu biru.
Sepuluh kali juga hatinya renyuk.
Terbayang apa salahnya sehingga anaknya diserang kuning.

Sumber : momjunction.com

Drama?
Bukan.
Dia terlalui menyintai.
Perasaan yang kau tak mampu hadami.
Kemudian cerita menyusu.
Dari awal kelahiran segala buku, blog, website, pakar, bidan dia jumpa untuk belajar hal penyusuan.
Tetapi Allah dah tetapkan rezeki dia bercatu untuk menyusukan anak
Kalian hanya boleh terbayangkan botol dan formula.
Dalam kepalanya terbayang erti kegagalan!
Kemudian proses penyembuhan.
Mari aku ceritakan
Dia seorang ibu hamil.
Terpaksa menapak separuh kilometer saban hari, berdiri 30 minit dlm lrt/ktm,
memandu tekan clutch kereta sekeras kayu mengharung jem…
Demi….
Sesuap nasi.



Selembar rezeki untuk membayar tanggungan dan hutang hidup
Bersama-sama berkongsi jerih dengan suami
Sambil melayan mabuk loya dan alahan
Dari usia kandungan sehari sehingga 9 bulan.
Kemudian ketika melahirkan anak
Kesakitan maha hebat.
Terasa terkoyak terkopak dua badan menahan sakit.
Ketika itu sudah rela diambil nyawa
Baik mati dari beranak
Atau berdebar tunggu dibedah
Habis bius luka memerit melintang di bawah
Kemudian bila pulang dari hospital
Segala tanggungjawab tidak berkurangan.
Masih sama.

Sumber : mingguanwanita.com


Kain baju perlu dibasuh disidai.
Jika ada anak-anak yang tua, perlu diuruskan hal sekolah
Tembolok keluarga perlu dipenuhkan dengan masakan rumah.
Lantai perlu disapu dimop untuk elakkan semut menjamah kulit bayi
Badan sendiri tak terbela.
Penat tak habis hilang
Anak perlu dibesarkan penuh didikan dan kasih sayang.
Dia beremosi kerana dia wanita.
Dia beremosi kerana dia seorang ibu.
Dia menanggung beban dunia di ubun kepalanya.
Dan dia beremosi kerana dia seorang yang normal.
Dia memerlukan ruang untuk merasa lemah dan lelah.
Masa untuk dia melepaskan semuanya.
Sambutlah dia wahai suami.
Dia tidak minta disanjung
Cukup sekadar kau mendampingi


Emosi itu bukan nusyuz atau derhaka.
Emosi itu lambang kekuatan kalian menjadi pemangkin hidup dia.

Sumber : yala-press.com


Wanita yang lemah.
Biarkan dia menangis.
Dengari bebelannya.
Dekati dia dengan pujuk lembut
Bawa dahinya kedadamu
Kucup dan alunkan zikir sehingga dia terlena.
Tak perlu mencari solusi.
Cukup sekadar kau memahami
Mengapa dia beremosi.
Peringatan buat bakal-bakal bapa.


Kredit : Siti Aishah
Ibu Ice – Bidan Melayu Warisan Asli.
Sumber artikel FB Page Kelab Ikhtiar Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *