Template Web (1)

Assalamualaikum w.b.t.

Cuti sekolah masih lagi berbaki. Hujan pun turun kadang-kadang tidak. Bilamana berada di rumah, check dalam peti ais, alamak lauk sudah tinggal sikit. Nak kena singgah pasar basah atau pasaraya untuk beli.

Tetapi, risau lah sebab kebanyakan pasar ramai sangat orang. Bukan apa, risau itu perlu ada ditambah pula Covid-19 adalah musuh yang tidak kelihatan. Sesiapa sahaja berpotensi menjadi pembawa dan juga dijangkiti terutama pesakit kronik.

Jadi, apa kata beli ayam dekat pasar kemudian potong dan bersihkan terus di rumah. Senang je, tidak perlu beratur dan bersesak-sesak. Cadangan lain, ini boleh diselitkan dalam aktiviti pembelajaran anak-anak. Ibu bapa boleh gunakan peluang ini untuk mengajar anak-anak berdikari dengan mempelajari 5 kaedah asas memotong ayam.

Inshaa Allah sangat senang.

Bahan-bahan yang diperlukan

  1. Papan Pemotong
  2. Ayam
  3. Pisau pemotong
  4. Bekas untuk masukkan ayam. (Plastik/Tupperware)
Sumber Gambar: Google

Cara-cara memotong ayam

  1. Telentangkan ayam dan kelar sedikit pada bahagian pahanya.
  2. Balikkan ayam dan potong di bahagian tengah badan diantara paha dan dada ayam.
  3. Kepakkan menggunakan tangan bagi mengasingkan bahagian paha dan dada.
  4. Asingkan bahagian dada ayam menjadi dua bahagian dengan memotong melalui sisi leher ke bawah diikuti bahagian paha. Penggunaan pisau tajam bersaiz besar amat diperlukan kerana bahagian ayam yang bertulang.
  5. Setelah ayam dipotong empat bahagian, anda bolehlah memotong setiap bahagian tersebut menjadi ketulan yang lebih kecil.

Extra Info

  1. Guna pisau tajam sewaktu memotong ayam bagi memudahkan ayam dipotong dan juga bagi mengelakkan isi ayam hancur.
  2. Anak-anak perlu pemantauan orang dewasa sepanjang proses ini.
  3. Jika ayam anda bersaiz kecil, sebaiknya potong empat atau lapan sahaja.
  4. Jika ayam bersiaz besar, boleh memilih untuk memotong secara empat, lapan atau 12 bahagian.
  5. Pastikan proses mencuci ayam dilakukan dengan baik sebelum menyimpan di dalam peti ais.
  6. Asingkan ayam dalam beberapa bekas berasingan mengikut jumlah untuk sekali masak. Hal ini bagi memudahkan proses penyahbekuan serta memasak.

Bak kata peribahasa,

“Alah bisa, tegal biasa”.

Senang cerita, jom kongsikan agar kita semua terutama yang berada di luar sana sama-sama peroleh manfaat. Inshaa Allah.

Sekian.

Artikel ini telah diolah oleh penulis wk.com

Artikel asal
5 Langkah asas kaedah potong ayam segar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *