13958088 10153655605281254 8628953930992816726 O

Tahukah Anda?

==========================

WANITA KELANTAN PERTAMA
==========================

#1 : Wan Ubaidah Exco Wanita Pertama Kerajaan Negeri Kelantan

KOTA BHARU 13 Mac 2008: Buat pertama kali dalam tempoh 18 tahun pemerintahan kerajaan negeri Kelantan, PAS melantik wakil wanita sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan, Wan Ubaidah Omar dijangka memegang portfolio pembangunan wanita.

Menurut sumber Pas,wan ubaidah sebelum ini portfolio itu dipegang oleh Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Belia.

Wan Ubaidah menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang selepas calon Barisan Nasional (BN) Mustopha Ahmed hilang kelayakan bertanding pada pilihan raya umum baru berakhir.

Mustopha sebelum ini didapati muflis oleh Mara dan secara automatik gugur kelayakan sebagai calon pilihan raya.

“Kemungkinan portfolio pembangunan wanita akan dipisahkan daripada portfolio Belia dan Sukan, kata sumber itu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *