AlQuds Satu Perjuangan

Kenapa umat islam bermati-matian untuk mempertahankan Palestin dan Al-Quds?

Al-Quds sangat berkait dengan islam yang kita anuti. Berdasarkan nas al-quran diantaranya firman Allah S.W.T

“Maha suci Tuhan yang telah menjalankan hambaNya di waktu malam daripada Masjidil Haram di Mekah ke Baitulmaqdis yang Kami berkati sekelilingnya. Sesungguhnya Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat

Surah Al-Isra
Gambar Hiasan : Kawasan Masjidil Aqsa

Di sekeliling Masjidil Aqsa yang dimaksudkan di sini adalah bumi Palestin. Di situ juga terletak kiblat pertama umat islam sebelum kaabah di Mekah al-Mukarramah.

Nabi kita dijemput menjadi imam solat berjemaah dengan roh para nabi di Masjidil Aqsa. Hal ini menunjukkan perkara ini sangat berkait dengan para anbiya’ dan islam adalah agama nabi-nabi.

Firman Allah S.W.T dalam surah At-Tin:

Demi buah tin dan buah Zaitun. Demi gunung Tursina dan demi negeri yang aman.

Buah Tin dan buah Zaitun ini merupakan antara buah yang subur di bumi Palestin. Di bumi Palestin juga merupakan tempat di mana lahirnya Nabi Isa a.s.

Tursina adalah gunung Nabi Musa a.s bermunajat menghadap Allah S.W.T. Ibrahim a.s bukan seorang yahudi. Ibrahim a.s bukan seorang Kristian. Ibrahim a.s adalah seorang penganut islam. Bukan seorang musyrikin. Hal ini menandakan Baitul Maqdis oleh kerana dibuka oleh Nabi Ibrahim a.s serta zuriat keturunan dalam kalangan nabi-nabi juga menganut islam, maka orang islam lebih berhak ke atas bumi Palestin dan Baitul Maqdis.

Yahudi berkelana di seluruh dunia kerana dibuang. Kenapa ‘World Zionist Organization’ berdasarkan deklarasi Balfour memilih tanah Palestin untuk diambil?

Pertubuhan zionis dilahirkan oleh Gerakan Freemason. Penubuhannya bercita-cita untuk mengembalikan semula empayar Nabi Sulaiman a.s yang menjadi kebanggaan mereka. Oleh kerana itu, mereka perjuangkan balik.

Pada abad ke-18 dan 19, Theodorl Herzl telah menubuhkan zionis dan mengajak orang zionis berjuang balik ke Palestin. Ianya adalah satu perjuangan yang batil.

Siapa yang ikut islam, dia yang berhak ke atas bumi Palestin. Bersilih ganti bumi Palestin ditawan dan dibebaskan sehinggalah muncul kaum Kurdisy yang memimpin umat islam sehinggalah ia jatuh lagi setelah umat islam alpa dan leka.

Legasi Sultan Abdul Hamid dari kerajaan Turki Uthmaniyyah, datang pelbagai cubaan dari Theodorl Hertz iaitu ketua zionis yang datang menawarkan rasuah tawaran yang mahal dengan syarat baginda Sultan Abdul Hamid menyerahkan bumi Palestin kepada orang Yahudi.

Sultan Abdul Hamid dengan murka dan menjawab, ‘Saya tidak akan mengotori sejarah islam yang mulia ditulis oleh nenek moyang saya.’ Theodorl Herzl lalu dihalau dan pulang ke Eropah lalu berlakulah perjanjian Balfour.

Sebelum perjanjian Balfour, berlakunya perjanjian Sykes Picot. Ia bertujuan untuk memecahkan dan membahagi-bahagikan wilayah Uthmaniyyah kepada kuasa-kuasa barat. Palestin dapat kepada British. Dalam perjanjian Balfour itulah, menteri luar British menyerahkan Palestin kepada Yahudi.

Dalam konflik tebing barat, banyak berlaku perjanjian. Tapi, semuanya dilanggar oleh Israel. Namun ada satu idea baru iaitu Two states solutions.

Two State Solution bermaksud kemerdekaan dua negara atau penyelesaian dua negara. Satu negara untuk kaum yahudi. Satu negara lagi untuk kaum Arab. Idea ini bersifat satu helah politik dan bukan untuk menyelesaikan masalah. Bahkan, mengakibatkan wujudnya dua buah negara dalam keadaan tegang menggalakkan lagi peperangan dan bukan untuk perdamaian.

Apa yang tersirat dalam idea two state solution adalah agar negara islam mengiktiraf Israel. Dalam masa yang sama, agar Israel mengiktiraf Palestin kerana tidak ada kuasa.

Perkara ini hanyalah sebagai helah untuk mereka terus menekan umat Islam di bumi Palestin dengan membawa masuk penduduk Yahudi di serata dunia bertujuan untuk menubuhkan empayar mereka daripada sungai Nil hingga sungai Eufret.

Negara cita-cita bangsa yahudi dari Nil sehingga Eufret iaitu Mesir sehingga Iraq termasuk Madinah Munawwarah. Dalam masa yang sama mereka menggali terowong di bawah Masjidil Aqsa bertujuan untuk merobohkannya. Selain itu mahu mendirikan kuil Yahudi yang dinamakan Haikal Suleiman.

Semua negara besar sangat dipengaruhi oleh lobi zionis. Siapa yang hendak jadi ketua negara, mesti sokong Israel. Sekiranya tidak, mereka tidak akan menang pilihanraya. Pentingnya umat islam membaca bukan hanya tesurat, tetapi sekali dengan yang tersirat.

Normalisasi negara Arab yang dibuat oleh Israel adalah untuk kepentingan minyak dan menjadikan negara arab kaya raya. Komen mengenai normalisasi Israel ini menjurus kepada iktiraf Israel, lupakan Palestin dan tumpukan kepada ekonomi negara Arab?

Perkara membuahkan hasil kepada Israel ke luar dunia untuk perdagangan dan untuk menyebarkan pengaruh mereka melalui negara-negara arab serta umat islam sendiri. Dengan itu, normalisasi dianggap satu agenda untuk menipu dan menggoda umat islam, bukan sahaja mengiktiraf Israel tetapi menguatkan lagi Israel.

Itulah tipu-helah supaya dinormalisasikan lantas akan merugikan Palestin.

Kesatuan umat islam, apakah peranan duta timur tengah.

Pertubuhan OIC mengejutkan dunia menunjukkan iman masih ada. Walaupun peranan OIC tidak kuat sebagaimana hari ini, tetapi menunjukkan semangat dan cahaya itu ada yang perlu dimarakkan lagi. Padahal negeri umat islam mempunyai kekuatan tenaga umat manusia yang besar. Dalam pada masa yang sama, negara umat islam banyak hasil bumi untuk sumber kekuatan ekonomi.

Pakar-pakar dari dunia islam ada di seluruh pelusuk bumi. Tetapi, kita tidak berperanan untuk memajukan ekonomi umat islam. Inilah menjadi kelemahan kita sendiri.

Kesatuan Eropah yang berjaya ditubuhkan tidak memberi hasil apa-apa. Malah, mereka angkut hasil kita. Dengan sebab itu, tanggungjawab kita menggerakkan kesatuan dunia islam.

Malaysia negara kita tercinta bukanlah negara besar. Walaupun kecil, negara kita sangat penting dari awal antaranya sehingga hari ini Malaysia tidak mengiktiraf Israel. Pasport Malaysia ditulis tidak dibenarkan melawat Israel. Itulah ketegasan kita.

Cukuplah setelah apa yang telah terjadi kepada kita umat islam iaitu dipecahbelahkan, dipecah dan perintah dan banyak lagi, marilah kita kembali kepada kesatuan umat melalui kekuatan kita sendiri. Antaranya sekadar kemampuan kita dengan mengajak negara arab bersama bila mana ada isu-isu yang penting khususnya berkait dengan Baitul Maqdis dan Palestin yang boleh menyatukan umat islam tanpa mengira kaum dan mazhab.

Sebagai kesimpulan

Barang siapa yang ada 3 perkara, menandakan dia masih ada kemanisan iman. Pertama, perasaan kasih kepada Allah dan Rasul. Kedua, kasih kepada orang islam. Walaupun dia tidak solat atau tidak puasa, tetapi bila melihat orang islam dizalimi, dia akan bangkit mempertahankan Islam. Ketiga, tidak mahu masuk neraka walaupun masih berbuat kejahatan.

Kemanisan iman inilah yang perlu disemai dan dibajai dengan unsur-unsur yang lain. Para ulamak mengatakan bahawa, bila ada negeri islam yang dijajah dan ditakluk, maka wajib Fardu Ain bagi orang islam yang berada di tempat itu. Maksudnya, negeri yang paling dekat adalah wajib Fardu Ain sama ada lelaki, perempuan ataupun kanak-kanak bangkit mempertahankan dan membebaskan. Adapun yang jauh itu adalah Fardu Kifayah. Perlu ada yang menyumbang bagi mereka yang mampu. Sama ada dengan harta, pengorbanan dan sekurang-kurangnya berdoa yang tidak putus-putus dan tidak bermusim.

Semoga kita semua sentiasa mengambil cakna akan isu umat islam terutama di bumi Al-Quds, Palestin tercinta.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Rujukan : FB Page Forum Perdana Ehwal Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *