TTC merupakan singkatan bagi “tryning to conceive” atau dalam bahasa melayunya usaha untuk hamil. Setelah berkahwin, pasti setiap pasangan idamkan untuk mempunyai zuriat hasil dari perkahwinan mereka. Namun, ada pasangan yang diuji dengan kesukaran dalam meneruskan nasab mereka. Ada yang baru diuji malah ada yang diuji bertahun-tahun lamanya.
Oleh itu, memahami proses dan konsep sebenar dengan berkesan boleh menjadikan perjalanan ini lebih lancar dan lebih penuh harapan. Kesuburan wanita secara semulajadi menurun lantaran factor usia, terutamanya selepas mencapai umur 35 tahun, dan Polycystic ovary syndrome (PCOS) atau endometriosis boleh menjadi penghalang. Bagi lelaki, isu seperti keterhasilan sperma yang rendah atau motilitas juga boleh menjejaskan peluang untuk hamil.
Namun, ia bukanlah satu halangan pasangan untuk hamil. Pelbagai tips dan saranan daripada pakar boleh diamalkan dan dilakukan agar peluang untuk hamil lebih tinggi. Disertakan beberapa tips dan saranan untuk pejuang TTC:
- BMI yang normal
BMI yang normal juga memainkan peranan yang penting dalam proses ini kerana BMI yang normal boleh membantu hormone untuk kekal stabil. Ketidakstabilan BMI akan memberi gangguan pada ovari menyebabkan ketidaksuburan.
- BMI tinggi ( >25.0)
Bagi BMI yang tinggi atau obesiti, penghasilan hormon estrogennya terlalu tinggi menyebabkan proses ovulasi tidak berlaku. Oleh itu, seeloknya pasangan mulakan gaya hidup sihat seperti bersenam, jogging, menghadari kelas kaunseling bagi membantu dalam menangani masalah hormone.
- BMI rendah( <18.5)
Bagi pasangan yang mengalami masalah kekurangan BMI pula, amalkan makan makanan yang tinggi kalorinya. Hormon estrogen bukan sahaja dihasilkan oleh telur(ovum) tetapi turut dihasilkan oleh lapisan lemak. Oleh itu BMI rendah juga akan menganggu proses ovulasi.
2. Diet yang seimbang
Pemakanan juga berkait rapat dengan kestabilan hormon. Diet yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, dan protein tanpa lemak menyokong kesihatan. Sebaliknya, kafein, makanan proses dan merokok yang berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan. Menguruskan tekanan adalah sama penting, kerana tahap tekanan yang tinggi boleh mengganggu keseimbangan hormon.
3. Pengambilan supplement(jika perlu/atas keinginan sendiri)
Zaman kini, terdapat pelbagai jenis suplement dan ubat-ubatan secara tradisional yang diamalkan oleh pasangan TTC sebagai alternatif. Pengambilan ubat untuk kesuburan berfungsi untuk mengalakkan proses ovulasi. Walaupun sudah banyak pasangan mengamalkan pengambilan ubat-ubatan, seeloknya dapatkan saranan daripada doktor kerana ada ubat yang akan memberi kesan sampingan yang tidak elok pada kesihatan kita. Wanita sering dinasihatkan untuk mengambil vitamin terutamanya asid folik, yang diketahui dapat mengurangkan risiko kecacatan kelahiran tertentu dan menyokong kesihatan reproduktif keseluruhan.
4. Rawatan IVF
Bagi sesetengah pasangan, perjalanan untuk hamil mungkin tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan. Oleh itu, rawatan IVF diibaratkan usaha terakhir mereka selepas pelbagai usaha dan cara yang mereka usahakan tidak berbuah hasil. Konsep rawatan IVF adalah dengan melakukan persenyawaan telur di luar badan dengan sperma dan telur yang diambil daripada lelaki dan wanita. Sperma dan telur digabungkan bersama-sama, disenyawakan dan membentuk embrio. Embrio tersebut dimasukkan semula ke dalam badan wanita
Bagi mereka yang sedang menghadapi perjalanan ini, semoga diberi kesabaran dalam menghadapi dugaan ini. Walaupun rawatan IVF terkenal dengan kosnya yang memakan ribuan ringgit, namun apakan daya jika dibandingkan dengan usaha pasangan untuk memiliki zuriat sendiri.
PUSAT PERUBATAN AN-NISA’
Dapatkan khidmat nasihat di PUSAT PERUBATAN AN-NISA’ yang menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan termasuklah perkhidmatan bersalin. Boleh hadir ke lokasi PUSAT PERUBATAN AN-NISA’ dan sekiranya berminat boleh hubungi di talian;
LOKASI:
Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15050, Kelantan (bersebelahan bangunan Troika)
DI TALIAN:
- 011-37572139
- 09-7414444/47