5 TIPS PELABURAN – Made With PosterMyWall

5 Asas pelaburan yang perlu anda tahu dan perangkap yang perlu dielakkan.

SUMBER GAMBAR: GOOGLE
  1. Cerna maklumat yang sahih.

Ilmu adalah raja. Sebelum melabur wang anda, anda perlu mengetahui seberapa banyak maklumat yang mungkin mengenai sesuatu stok atau syarikat yang berpotensi.

  1. Elakkan membuat keputusan mengejut dengan telefon pintar anda.
SUMBER GAMBAR: GOOGLE

Sekiranya anda mempunyai asas yang betul ketika memilih pelaburan yang tepat, anda tidak akan terpengaruh dengan pergerakan mendadak pasaran, dan dengan itu, anda tidak akan panik setiap kali anda mendapat berita di telefon pintar anda.

  1. Ingat bahawa umur dan matlamat kewangan anda adalah penting.

Umur memainkan peranan besar dalam portfolio pelaburan seseorang. Semakin muda anda, semakin tinggi risiko yang anda boleh ambil. Ia bermakna anda mempunyai lebih ruang dan masa untuk melakukan kesilapan.
Walaupun bagaimanapun, adalah bijak untuk anda menilai kembali portfolio pelaburan anda sekali-sekala agar sesuai dengan usia dan matlamat kewangan anda yang dinamik.

  1. Kenali bakul-bakul yang ada sebelum anda meletakkan telur-telur anda (Bukan sekadar tidak letak semua telur anda di dalam satu bakul).

Mempelbagaikan pelaburan ke dalam beberapa kelas asset, industri atau rantau geografi yang berbeza dapat meminimumkan risiko. Pada masa yang sesuai, anda boleh mengurangkan kepelbagaian untuk meningkatkan pulangan. Walau bagaimanapun, tiada pelaburan yang menjanjikan keuntungan semata-mata. Setiap pelaburan pasti diiringi risiko.

SUMBER GAMBAR: GOOGLE
  1. Nikmati kehidupan dan berpijak di bumi yang nyata.

Belajar daripada sejarah dan berpegang pada asas-asas pelaburan di atas. Elakkan sikap tamak dan mencari jalan singkat sehingga boleh mengakibatkan kerugian yang besar dan anda hilang semua wang simpanan anda mahupun berfikir terlalu lama kerana kerisauan yang melampau sehingga tidak pernah membuat sebarang keputusan pelaburan.

Sumber : FB Page Hawa Yaakub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *