HUBUNGAN PERKAHWINAN DENGAN PENDIDIKAN ANAK ANAK – Made With PosterMyWall

Rujukan: kitab Tarbiyatul Aulad karya Syaikh Dr. Abdullah bin Nasih Al-Ulwan

Tujuan untuk menghasilkan generasi islam. Buku ini diterbitkan bertujuan untuk melahirkan generasi islam seperti generasi yang awal. Maksudnya bukan generasi yang teori, tetapi generasi yang mempraktikkan islam bermula daripada sekecil-kecil perkara sampailah kepada sebesar-besar perkara. Baiklah, kita tengok pada fasa pertama pada jilid yang pertama.

Jilid yang pertama ada 4 fasa atau bab yang terdiri daripada:

  1. Bab Pertama: Perkahwinan -Bagaimana perkahwinan itu berkaitan dengan proses pendidikan.
  2. Bab Kedua: Apakah perasaan ibubapa yang sepatutnya ada terhadap anak-anak.
  3. Bab Ketiga: Hukum-hakam berkaitan dengan anak-anak yang tidak boleh ibubapa tinggalkan sebab itu adalah proses pendidikan awal.
  4. Bab Keempat: Apakah sebab-sebab anak-anak tersasar dari jalanNya dan apakah kaedah-kaedah untuk mengatasinya.

Sesi ini kita mulakan dengan bab pertama, bagaimana perkahwinan itu ada hubungannya dengan pendidikan.

Pertama, perkahwinan itu adalah fitrah dunia.

Gmbar Google

Jadi, sesiapa yang memilih untuk tidak berkahwin atau meninggalkan konsep perkahwinan yang suci, maka itu sebenarnya bukan fitrah manusia. Kecuali, dia mungkin belum sampai lagi jodoh, ataupun tersekat sesuatu, dan mungkin terlalu banyak taklifan serta tanggungjawab terhadap ibu dan ayah misalnya itu tidak apa.

Maksud saya sekarang, kita ada manusia yang menganggap perkahwinan itu sesuatu yang mengongkong. Contohnya, bukan main kita berjuang daripada dulu, contoh di JAKIM, Majlis Agama Islam sendiri untuk memastikan setiap perkahwinan di Malaysia ini adalah perkahwinan yang bahagia. Jadi, perasan tak, di Malaysia, satu per satu kategori kelompok manusia yang memperjuangkan supaya tidak berkahwin? Maknanya, ada yang tidak setuju dengan perkahwinan sebab dikatakan mengongkong dan mengikat wanita itu sendiri kerana bagi mereka setelah ikatan sah nanti, para wanita akan terikat dengan hukum hakam dan di bawah tapak kaki suami.

Dia punya anggapan itu sangat negatif terhadap perkahwinan. Jadi, sebab itu kita di Malaysia ini harus memperjuangkan bahawasanya perkahwinan ini adalah satu fitrah manusia yang tidak boleh disangkal. Cuma jodoh, ajal maut, dan rezeki ini semua adalah takdir Qada’ dan Qadar yang telah ditulis oleh Allah SWT.

Kedua, perkahwinan ini juga sebenarnya membawa kebaikan kepada masyarakat.

Ketiga, perkahwinan merupakan penelitian dan juga pemilihan.

Syariah islam sama sekali menolak sifat tidak mahu berkahwin kerana ia bertentangan dengan sifat semulajadi manusia. Ia juga berlawanan dengan keinginan nafsu, kehendak serta naluri-naluri manusia. Mereka tidak mahu berkahwin kerana menggunakan konsep Rohbaniyah ataupun bertapa. Bertapa ini maksudnya nak hidup seorang diri, menghambakan diri kepada pencipta. Kalau kita tengok kepada setengah-setengah agama memang ada yang memilih jalan untuk tidak berkahwin bertujuan menunjukkan kesucian diri terhadap pencipta.

Tapi, berbeza dalam islam. Berkahwin ini juga adalah salah satu kaedah bagaimana untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Contoh yang paling nyata adalah Rasulullah SAW sendiri adalah merupakan pemimpin, kekasih Allah yang paling hampir dengan Allah SWT, tetapi baginda berkahwin dan hidup seperti manusia biasa melalui amalan-amalan ini. Bagindalah yang paling hampir dengan Allah SWT.

Hal ini membuktikan dengan jelas berbeza dengan konsep agama yang berteraskan kepada konsep Rohbaniyyah atau tidak mahu bekahwin itu tadi. Dari sudut tasawufnya, kita ini walaupun berkahwin, tidak akan terjejas kesucian dan pengibadatan terhadap Allah SWT.

Golongan kedua yang tidak mahu berkahwin pula mengatakan ikatan perkahwinan itu mengongkong dan mengikat manusia. Kata mereka, tidak perlu pun ikatan perkahwinan yang suci kerana hanya perlu try and error.

Apa maksud try and error ini, maksudnya bersekedudukan dahulu tanpa berkahwin. Lepas beranak dua tiga orang, barulah melangsungkan perkahwinan. Jadi ini adalah fahaman yang salah dibawa masuk daripada barat. Kalau dulu, kita tengok dalam cerita orang-orang barat, banyak adegan macam ini. Malangnya, sekarang ini kita juga dapati kes ini juga telah ada di Malaysia iaitu bersekedudukan sehingga beranak pinak. Ingat ke sudah berkahwin, tetapi bila check, tak berkahwin pun lagi.

Cuba bayang dalam perkahwinan, ia adalah suatu kontrak. Apabila berkahwin mesti ada kontrak yang jelas. Bagaimana pula dengan hak isteri, hak suami, hak anak-anak sekiranya tidak ada kontrak ikatan perkahwinan yang suci. Dalam Islam, isteri boleh buat tuntutan kalau berlaku apa-apa. Contohnya, apabila kita berkahwin dengan cara yang betul mengikut kaedah perundangan islam yang ada di Malaysia, maka akan keluar sijil perkahwinan.

Sijil perkahwinan itu ini secara fizikal bila ada, dia boleh melindungi dan menjaga hak anak-anak. Jadi anak-anak boleh didaftarkan untuk sekolah. Jadi, sekiranya berlaku apa-apa seperti penceraian sama ada bercerai hidup atau orang mati. Sebab itu kita hendaklah sangat kena teliti dengan isu-isu perkahwinan termasuklah dalam kes ini apabila ada yang berkahwin di luar undang-undang.

Jadi, perkahwinan bukan suatu perkara yang main-main. Bila Allah sudah menetapkan bagaimana kaedah yang betul berkahwin, itu sebenarnya salah satu kaedah hendak mengangkat darjat wanita dan lelaki supaya lahir daripadanya pasangan yang boleh membangunkan generasi muslim. Sebab itu, tidak boleh ada konsep try and error.

Seterusnya, perkahwinan boleh membawa kebaikan kepada masyarakat. Kenapa ulamak-ulamak sering menegaskan sangat tentang objektif perkahwinan. Sebab apabila orang berkahwin dengan maksud yang tidak betul dan menyuburkan maksud tersebut di dalam perkahwinannya, dia telah menjejaskan keharmonian dan kesucian rumahtangga itu sendiri.

Ada orang berkahwin kerana nafsu. Contohnya, sebab cantik, terlampau sukakan keduniaan misalnya kalau kahwin dengan dia ini akan jadi kaya raya. Minta maaf lah sebab saya sebut, kerana ada orang yang sanggup kejar VIP-VIP. Sanggup lakukan pelbagai kaedah seperti tunggu dekat hotel dan sebagainya macam yang kita tengok dalam TV. Bukan tidak boleh berkahwin dengan orang kaya, tetapi pastikan dengan maksud yang betul. Bukan sebab kita nak harta semata-mata.

Ada juga saya jumpa yang jenis nak berkahwin, ikutlah suami balik ke tak balik yang penting masuk beberapa ribu dalam poket. Ini cerita benar yang berlaku. Perkara begini berlaku kerana tidak tahu makna maksud sebuah perkahwinan.

Sebab itu ulamak, kalau bercerita mengenai pendidikan anak-anak, dia mesti bermula dengan perkahwinan yang betul.

Pertama, perkahwinan ini menjamin kewujudan manusia. Dengan perkahwinan, manusia akan kekal serta penyambungan menjamin kewujudan manusia. Maknanya melalui perkahwinan ini, diiktiraf keturunan ataupun nasab. Tidak boleh melalui jalan lain untuk mengiktiraf nasab seperti mengambil anak angkat.

Anak angkat memang boleh jadi anak kita, tetapi tidak bawah nasab kita. Macam kisah nabi Muhammad SAW dengan Zaid bin Harithah. Tak boleh berbinkan Zain bin Muhammad kerana telah ditegur oleh Allah SWT. Anak susuan atau anak angkat tetap tidak sama dengan keturunan. Sekiranya kita tidak ada anak atau masih belum berkahwin, kita masih ada anak saudara, anak angkat dan anak susuan. Itu tidak apa kerana cerita lain.

Boleh diamalkan doa yang baik oleh ibubapa untuk anak-anak supaya mendapat pasangan yang beriman. Sebenarnya doa itu adalah perkara yang sentiasa kita baca.

Ayat doa ini berkaitan dengan al-Quran. Ya Allah Ya Tuhanku, Kurniakanlah kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat kami yang sedap mata memandang (Sempurna, bagus, akhlak yang mulia) dan jadikanlah kami bagi orang-orang yang bertakwa sebagai pemimpin.

Makna, keturunan kita ini biar jadi pemimpin bagi orang-orang yang muttaqin. Doa ini tuan puan sekalian, bukan kita sebagai ibu bapa sahaja baca. Tetapi, kena ajar juga anak-anak kita baca semenjak dari kecil lagi.

Seterusnya yang kedua, memelihara nasab. Perkahwinan yang disyariatkan oleh Allah kepada hambanya, anak-anak berpeluang bermegah dengan darah daging serta hubungan dengan ibu bapa mereka. Hal ini akan memberikan kesan ke atas individu, ketenangan jiwa serta kemuliaan yang terbit daripada sifat kemanusiaan mereka.

Ketiga, menyelamatkan masyarakat daripada keruntuhan akhlak. Objektif perkahwinan adalah untuk mengawal nafsu antara pasangan. Cinta berahi di antara suami isteri ini kena ada. Kalau tidak ada perasaan ini, maka ia akan menjadi seperti pasangan biasa seperti pasangan bekerja, pasangan kawan-kawan. Tetapi, kalau pasangan suami isteri ini memang kena ada teknik bagaimana hendak ada mawaddah dan memupuk mawaddah daripada awal perkahwinan sampailah kepada akhir perkahwinan. Mawaddah itu yang melindungi keluarga daripada api neraka dan mendorong untuk sama-sama sehingga ke syurga.

Rasulullah SAW bersabda:

‘Wahai para pemuda, sesiapa diantara kamu sudah mampu untuk berkahwin, maka berkahwinlah dengan segera. Tetapi sesiapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah dia berpuasa kerana ia boleh menahan syahwat.’

Konsep rumahtangga sebab itulah perlu diajar semenjak daripada kecil. Itu yang cantiknya pendidikan awal kanak-kanak dalam islam sebenarnya.

Sesungguhnya perkahwinan itu lebih mengawal penglihatan. Maknanya, orang yang telah berkahwin, matanya itu sepatutnya tidak galak sebab sudah pun mempunyai pasangan hasil dari perkahwinan yang sah. Tetapi, kalau masih tidak dapat menundukkan masa setelah berkahwin, tengok isteri macam tengok batu dengan kayu. Orang lain pula bernafsu, ini sebenarnya tidak betul. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada perkahwinan dia.

Perkahwinan juga lebih mengawal syahwat. Sebab sudah ada isteri dan juga suami. Jadi, kenapa lagi nak membuak-buak nafsu ketika di luar perkahwinan.

Keempat, menyelamatkan masyarakat daripada penyakit.

Sejak zaman dahulu iaitu zaman jahiliah sampailah zaman sekarang, penyakit yang paling bahaya sekali adalah penyakit zina. Kerana daripada penyakit zina ini tersebarnya kejahatan dan perkara yang haram membawa kepada penyakit-penyakit yang lain seperti menghapuskan keturunan, merebakkan penyakit, dan merosakkan kesihatan anak-anak. Seterusnya, membawa kepada kerosakan seperti gejala sosial dalam masyarakat.

Hari ini kita dapat tengok kes buang anak-anak meningkat berbanding zaman kita kecil-kecil dahulu. Anak-anak saya bila tengok kes buang bayi dalam surat khabar seakan sudah biasa lihat kerana ia telah menjadi seperti kes normalisasi. Sebab itu, apabila berlaku normalisasi zina dalam kalangan masyarakat, ia sebenarnya membawa masyarakat kepada kehancuran.

Apa istilah atau apa sebab sekalipun, kita kena beringat supaya jangan normalisasikan zina apatah lagi normalisasikan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada zina.

La Taqrobu zzina. Bunga-bunga zina pun jangan kita normalize. Teguran kepada pemilik-pemilik stesen television, mereka yang control stesen TV, saya pun sebagai ahli dewan negara bawa isu ini ke atas supaya control sikit TV-TV kita agar jangan ada unsur bunga-bunga zina. Budak-budak sekarang double meaning pun dah faham.

Kelima, ketenangan jiwa dan perasaan.

Perkahwinan untuk tenangkan jiwa juga sebenarnya. Sebabnya kita ada sharing partner, Pairing partner, sahabat, dan anak-anak yang menenangkan kita. Dalam keadaan kita susah hati letih, bila lihat anak-anak kita bergelak ketawa, kita pun rasa tenang.

Keenam, Kerjasama antara suami isteri bagi membina keluarga dan mendidik anak-anak.

Ini yang paling penting sekali. Handle anak-anak mestilah dilakukan bersama-sama. Dua-dua tidak boleh lepas tangan. Ibu seumpama gedung ilmu iaitu sekolah dan madrasah. Sekiranya, kamu mempersiapkan wanita dengan pengetahuan, kamu ini pasti sedang mempersiapkan bangsa atau generasi yang baik, kuat, berilmu dan berketurunan mulia.

Maknanya, wanita ini perlu dididik dari awal lagi dengan sifat-sifat keibuan. Kena tahu macam mana berperanan dalam rumahtangga.

Semoga bermanfaat.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Video asal boleh tonton penuh di FB Page YB Senator Asmak Husin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *