KOTA BHARU , 19 Zulkaedah 1440 / 22 Julai 2019 – YB Hjh Mumtaz Md. Nawi, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, mewakili YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, menziarahi keluarga pasangan suami isteri yang ditemui mati dalam keadaan berpelukan selepas tangga separa siap rumah teres dua tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, kelmarin.

YB Hjh Mumtaz Md Nawi menziarahi keluarga pasangan yang maut
Ibu mangsa

Pasangan tersebut maut selepas tangga itu runtuh sebelum terkena renjatan elektrik.

Mangsa adalah Wan Hasheliza bt Wan Ibrahim, 29 tahun yang sarat mengandung lapan bulan anak pertama. Suaminya Shahril Apipie Mokhtar, 29 tahun turut terkorban ketika cuba menyelamatkan isterinya yang tersepit tangan ketika itu.

Turut bersama ketika ziarah adalah isteri Ahli Parlimen Pasir Puteh, isteri ADUN Semerak dan Pengarah U-Kekwa, serta pasukan Skuad Kita Cakna DUN Selising.

YB Hjh Mumtaz Md Nawi menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa

Yang Berhormat Hjh Mumtaz Md Nawi turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban yang dihadapi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *