36303048 1451973124948083 649451904727777280 N

Tahniah diucapkan kepada Ustazah Asmak Husin atas pelantikan sebagai Senator mewakili Negeri Kelantan menggantikan Pn Hjh Khairiah Mohamed bagi sesi Julai 2018 – Julai 2021.

Mendapat pendidikan awal di Maahad Muhammadi (P) merupakan antara adik yang sangat dedikasi dan profesional dalam melaksanakan tugasan dan amanah. Merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik beradik.

Ustazah Asmak Husin merupakan lulusan Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh daripada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Pentadbiran Undang-undang Dan Kehakiman Islam daripada Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Ustazah Asmak Husin telah berkhidmat di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UITM Shah Alam selama 10 tahun.Beliau juga merupakan

  1. Ahli Penggubal Dasar Kanak-kanak Fitrah Negeri Kelantan
  2. Panel penyemak Dasar Wanita Kelantan
  3. Ahli Jawatankuasa Semakan Dasar Wanita Kelantan
  4. Ahli Jawatankuasa Induk Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan (sejak tahun 2013)
  5. AJK Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Pusat sebagai Sekretariat Wanita dan Lajnah Tarjih Hukum.
  6. Pencapaian Di Kelantan sebagai Pengarah Muslimat International Summit of Kelantan
  7. Panelis rancangan Tanyalah Ustazah di TV9 dan Fiqh Wanita TV3
  8. Penulis kolum majalah seperti Anis, Iman Dan Aishah
  9. Mempunyai Sijil Kemahiran Fatwa Dar Ifta’ Dan Lajnah Fatwa Azhar Mesir
  10. Pembentang kertas kerja dan kajian di dalam dan luar negara. seperti Indonesia, Iran, Australia dll
  11. Terlibat dalam kerja kemasyarakat. Antaranya
    • Ajk Pertubuhan Kembara Iman (Mualaf) bersama Adam Corrie Lee
    • Misi kembara dakwah yang diketuai Dr Fauzi Deraman ke Sabah, Sarawak dan Pattani
    • Pengagihan bantuan untuk asnaf di Kelantan
  12. Penglibatan dalam PARTI ISLAM SEMALAYSIA
    • Lajnah Pendidikan Muslimat Pas Malaysia
    • Muslimat Legal Team Pusat (MUSLET)
    • Ajk Postmortem PRU 14 bagi Negeri Kelantan serta Pusat
    • Naqibah Cawangan PAS di bawah Parlimen Kota Raja

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Ustaz Mohd Fakaruddeen Che Omar dan mereka mempunyai 5 orang cahaya mata; 2 orang perempuan dan 3 orang lelaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *