Haji 3

Musim haji kembali . Dhuyufu Ar-Rahman akan berbondong-bodong  membanjiri tanah suci Makkah bagi memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ke-5. Beruntunglah mereka yang telah diberikan kesempatan untuk menjadi tetamu Allah pada kali ini.

Kalimat Talbiyah akan kembali bergema sebagai bukti kebesaran Allah. Pada musim haji kali ini, seramai 30,200 orang jamaah haji Malaysia telah tersenarai untuk menjadi tetamu Allah.

Dianggarkan Makkah dan Madinah akan menjadi tumpuan sehingga 6 juta jamaah haji dari seluruh dunia. Mengikut perangkaan, infrastruktur yang ada sekarang ini boleh menampung sehingga 9 juta jamaah.

Jamaah haji harus mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk memastikan segala kewajipan dan tuntutan haji dapat dipenuhi dengan sepenuhnya. Selain itu, mempersiapkan diri dengan latihan fizikal bagi melatih tubuh badan supaya sentiasa kuat untuk menghadapi cuaca, orang ramai yang bersesak dan perjalanan untuk jarak yang jauh. Selain itu, jamaah haji harus membawa kelengkapan yang secukupnya untuk membantu memudahkan urusan mereka di sana nanti.

Disenaraikan senarai barangan yang perlu di bawa oleh para jamaah:

  1. Pakaian

Jubah, kain batik, t-shirt, seluar panjang, seluar putih, stokin, tuala kecil.Tambahan untuk jamaah wanita;tudung, kain sembahyang, tudung instan.

Barang-barang ini, perlu dibawa dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Untuk melontar, jamaah perlu menyediakan sepasang kasut untuk menempuh keadaan bersesak dengan orang ramai bagi mengelakkan kecederaan akibat terpijak.

 

  1. Makanan

Membawa makan kering dan tahan lama seperti sambal kering, sambal bilis dan sambal ikan untuk sesekali menambah selera makan. Juga membawa gula-gula, untuk melegakan batuk akibat cuaca panas dan kering.

 

  1. Ubatan

Selain mendapatkan ubat secara terus di klinik yang disedikan oleh pihak tabung haji, para jemaah boleh membawa sendiri ubatan mereka. Antaranya Pil Chi Kit Teck Aun, Panadol, minyak urut, Koyok, balm bibir dan balm kaki.

 

  1. Spray Wudhuk

Ini untuk memudahkan para jamaah untuk memperbaharui wudhuk jika terbatal.

 

  1. Tikar alas

Tikar ini sangat berguna terutama untuk digunakan semasa di hari Arafah. Selain itu, boleh digunakan sebagai alas ketika ingin menjamu selera atau ketika ingin melepaskan kepenatan di satu-satu lokasi.

 

  1. Kunci mangga kecil

Kebanyakan beg bagasi hari ini telah pun mempunyai kunci nya sendiri. Jadi mangga kecil ini berfungsi untuk beg sandang kecil yang sentiasa dibawa bersama jamaah terutama dalam keadaan bersesak untuk mengelakkan penyeluk saku.

 

  1. Beg plastik

Untuk mengisi selipar ketika masuk ke masjid. Selain itu, boleh digunakan sebagai pengganti baldi untuk membasuh baju.

 

  1. Kaca mata hitam

Penggunaan kaca mata hitam akan membantu jamaah untuk menghadapi cuaca panas  terik di Makkah dan Madinah. Dalam keadaan ekstrim, cuaca panas terik akan menyukarkan mereka untuk membuka mata sekalipun terutama apabila perlu sembahyang di luar masjid bagi yang tiba lewat.

 

  1. Lain-lain peralatan

Tali, kipas kecil, power bank, extension wayar, selipar jepun, lampu suluh, gunting kecil, pisau kecil, ketip kuku, penyangkut baju, payung.

Amat beruntung bagi mereka yang telah terpilih menjadi tetamu Allah dan berjaya menyempurnakan rukun islam yang ke-5 ini. Sepanjang proses ibadah ini, ia menuntut kesabaran dan tolak ansur yang tinggi di kalangan jamaah haji. Banyakkan bertalbiah, berzikir dan mengurangkan bercakap perkara kosong terutama ketika berada di padang Arafah. Semoga semua jamaah akan mendapat haji yang mabrur.

 

Sumber rujukan

https://www.fitrahalhajj.my/2017/09/27/tips-senarai-kelengkapan-yang-berguna-di-bawa-pergi-untuk-ibadah-haji-umrah/

http://www.karangkraf.com/cmlink/mingguan-wanita/pilihan-mw/checklist-haji-muassasah-6-item-penting-sebagai-panduan-memudahkan-perjalanan-tetamu-allah-1.708508

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *