Mahu Laksana Ibadah Korban 1444Hijrah

Tanggal 30 Julai 2022 di kalendar pada hari Sabtu baru-baru ini, masuklah 01 Muharram 1444 Hijrah tahun baharu dalam Islam. Bersyukur sebab Allah masih panjangkan umur ini dan masih diberi peluang melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T.

Tidak lupa juga pada tahun 10 Julai 2022 bersamaan dengan 10 Zulhijjah, diri ini diberi kesempatan oleh Allah untuk melaksanakan ibadah korban. Pada mulanya saya hanya pasang niat dan tidak menyangka hal ini akan menjadi kenyataan. Almaklumlah, mana hendak cari RM650 sekaligus sekiranya tidak merancang serta menyimpan dari awal.

Gambar Google

Saya yakin ramai lagi di luar sana yang mahu melaksanakan ibadah korban, tetapi tidak mempunyai simpanan yang cukup atau mungkin terpaksa menggunakan wang simpanan tersebut untuk hal-hal yang lebih memerlukan. Mudah-mudahan Allah memberi pahala sama seperti melaksanakan ibadah korban. Insya-Allah.

Jangan risau kerana anda tidak keseorangan. Memandangkan masih ramai yang belum berpeluang untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun ini, anda masih belum terlambat. Ayuh manfaatkan masa yang ada sekarang untuk menyimpan sedikit demi sedikit. Kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan.

Gambar Google

Di sini saya ingin berkongsi beberapa kaedah simpanan yang saya gunakan. Antaranya:

  1. Beli emas fizikal. Memang semasa hendak beli kita akan rasa harga emas sangatlah mahal. Tetapi, harga akan datang pasti lebih mahal berbanding sekarang. Jadi, saya mulakan dengan membeli emas fizikal sebanyak 1 Gram di bawah Public Gold sebagai permulaan. Boleh lihat harga emas semasa di dalam laman sesawang utama Public Gold. Kemudian, Saya mulakan dengan membeli 1 dinar (4.25 gram). Harganya lebih kurang RM 1,300 pada masa itu.  Untuk makluman anda, satu kepuasan apabila anda dapat memiliki emas fizikal. 1 dinar emas fizikal ini pula bersamaan 4.25 gram. Kemudian dengan 1 dinar kita masih boleh membeli 1 ekor kambing. Lumayankan?
  2. Simpan dalam tabung haji. Apabila gaji masuk, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah simpan dahulu sebelum menggunakannya. Jadikan simpanan kecemasan sebanyak 10 peratus dari gaji anda untuk dijadikan simpanan yang dilupakan. Sikit-sikit lama jadi bukit.
  3. Asingkan duit untuk sedekah dan bagi kepada orang tua. Pada saya, tidak rugi langsung apabila dapat sahaja gaji, kita terus berikan kepada orang tua setiap bulan dan bersedekah mengikut kemampuan. Kadang-kadang tidak banyak, it’s okay. Jangan risau.

Ibadah korban ini kita boleh laksanakan di mana-mana sahaja. Antaranya, melalui NGO untuk di luar kawasan atau melalui kaedah tempatan. Kadar harga untuk 1 bahagian lembu bagi ibadah korban adalah sekitar RM450 hingga RM700 bergantung kepada di mana pelaksanaan ibadah korban, saiz binatang korban, harga pasaran semasa dan berat haiwan ternakan tersebut.

Di samping itu, 10 Zulhijjah seterusnya bagi tahun 1444 Hijrah dijangka jatuh pada 29 Jun 2023, Insya-Allah. Inilah peluang anda untuk melaksanakan misi ibadah korban. Sayanglah sekiranya peluang ini tidak juga digunakan dengan sebaiknya.

Bayangkan sekiranya harga 1 bahagian lembu adalah RM650, berapakah wang yang boleh anda simpan secara bulanan. Let say 10 bulan dari sekarang kita mula buat simpanan target untuk ibadah korban mencukupi bermula dengan bulan September 2022 ini. Rm650 dibahagikan kepada 10 bulan bersamaan RM65. Secara mingguan pula bayangkan 1 bulan ada 4 minggu, kita boleh simpan RM16.25 mingguan. Manakala, jika 1 bulan ada 30 hari, hanya RM2.17 sehari.  Insya-Allah semoga sedikit sebanyak tips ini dapat membantu kita agar dapat melaksanakan ibadah korban pada tahun hadapan.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *