Oku Berjaya

Gua Musang– Nik Suriyati Zakaria merupakan seorang wanita OKU kerana lahir tanpa tangan dan kaki. Namun, semua ini tidak menjadi halangan buat dirinya berjaya seperti mana usahawan wanita di luar sana dengan caranya tersendiri.

Buat kawan-kawan OKU di luar sana, jangan malu dan jangan mudah berputus asa meskipun kita dilahirkan berbeza dengan orang lain. Kita punya kelebihan tersendiri”

Nik Suriyati Zakaria

Nik Suriyati Zakaria, 38 atau mesra dipanggil angah ini bangkit dengan menjadi tukang jahit yang berjaya ketika beliau berumur 14 tahun apabila berani menceburkan diri dalam bidang jahitan di bawah anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berdekatan dengan kediamannya.

Tidak dinafikan, pasti ada dugaan dan cabaran apabila keadaan fizikalnya itu sedikit sebanyak mempengaruhi kebarangkalian dirinya dapat terpilih ataupun tidak untuk menceburkan diri dalam bidang jahitan ini.

Hasil jahitan pertama adalah uniform sekolah saya sendiri yang dihasilkan menggunakan kelengkapan jahitan di bengkel KEMAS itu,”

Nur Suriyati Zakaria

Nik Suriyati ketika ini mampu tersenyum lebar apabila bergelar tukang jahit sepenuh masa yang beroperasi dari rumah dengan memiliki alatan menjahit lengkap seperti mesin jahit, mesin kelim, mesin tebuk lubang, mesin sulam berkomputer serta mesin tekap manik.

Saya terima antara 10 hingga 20 tempahan sebulan, jumlah itu boleh meningkat hingga 50 tempahan pada musim perayaan.”Saya boleh menjahit pakaian wanita, lelaki, membuat tekapan manik dan tudung,”

Sebagai OKU, Nik Suriyati mempunyai pesanan kepada golongan tersebut.

“Kekal tabah dalam menjalani hidup dan jangan mudah berputus asa kerana di sebalik kekurangan pasti ada kelebihan yang tersembunyi,” katanya.

Kejayaan Nik Suriyati turut menarik perhatian Kerajaan Kelantan dengan dianugerahkan sebagai Tokoh Usahawan OKU sempena Hari OKU Muqarrabun 2022, April lepas.

Artikel telah disunting oleh penulis wk.com

Sumber Astro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *