Kelantan dan pendidikan buat wanita berpisah tiada. Hampir setiap masa dan waktu, warga Kelantan khususnya wanita setiap lapisan umur sentiasa disediakan majlis ilmu sebagai makanan rohani.
Banyak program ilmiah yang sesuai mengikut permintaan dan sesuai dengan wanita. Tidak kira perkara berkenaan rumah tangga sehinggalah berkenaan dengan ilmu berdikari.
Sebagai wanita Kelantan, rasa diri ini sangat bertuah kerana pelbagai program sama ada ilmiah atau tidak ilmiah telah banyak disediakan oleh pemimpin negeri Kelantan.
Insya-Allah, Kelantan Serambi Mekah kerana menitik-beratkan wanita dan rakyatnya dengan keilmuan.
Artikel disediakan oleh Amrina Rashada (Peserta Daurah Wanita) Anjuran Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita