Copy Of Try (3)

Bulan Ramadhan sudah pun melabuhkan tirainya pada beberapa hari yang lepas dengan menyambut perayaan aidilfitri Bersama ahli keluarga sebagai penutup bulan mulia itu. Semoga segala amalan yang dikerjakan siang dan malam kita pada bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT dan kita dianugerahkan ganjaran pahala yang berlimpat ganda dariNya. 

 Syawal menyapa kita dengan terlihatnya anak bulan(hilal). Kaedah pencerapan anak bulan dilakukan bagi menentukan sejurus menetapkan Tarikh bermulanya awal bulan hijri yang dilakukan oleh pengkaji al-Falaq. Banyak dahlil yang menerangkan tentang penentuan awal bulan hijri antaranya dalam surah al-baqarah ayat 189:

يَسـَٔلُوْنَكَ عَنِ الْاَهِلَّةِۗ قُلْ هِيَ مَوَاقِيْتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّۗ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِاَنْ تَأْتُوا الْبُيُوْتَ مِنْ ظُهُوْرِهَا وَلٰكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقٰىۚ وَأْتُوا الْبُيُوْتَ مِنْ اَبْوَابِهَاۖ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ 

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: “(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktuwaktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.
[Surah al-Baqarah ayat 189]

PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL.

 Terdapat banyak amalan yang boleh kita jalankan pada bulan Syawal sebagai tanda kesyukuran kita pada Allah SWT kerana diberi kekuatan dan kesenagan yang kita perolehi sepanjang bulan Ramadhan. Tidak kiralah kaum lelaki mahupun perempuan, muda atau tua, kita disarankan mengerjakan amalan-amalan sunat. Seperti yang kita sudah diwar-warkan atau sudah biasa kita dengar, bulan syawal merupakan bulan dimana orang islam mengerjakan puasa sunat yang dikenali sebagai puasa sunat enam.

 Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan selama 6 hari bermula 2 syawal sehingga sebelum masuknya bulan Zulkaedah. Puasa ini boleh dijalankan secara berturut-turut salama 6 hari malah boleh dilakukan secara selang hari mengikut diri masing-masing. Kebanyakkan umat islam yang mengikut mazhab as-syafie menggabungkan niat puasa 6 dengan niat puasa sunat hari putih kerana Rasullah SAW menggalakan umatNya berpuasa pada hari putih. Rasululah bersabda:

صَوْمُ ثَلاَثَةٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَمَضَانَ إِلَى رَمَضَانَ صَوْمُ الدَّهْرِ

Maksudnya:Kelebihan puasa pada tiga hari setiap bulan menyamai puasa sepanjang tahun.” Riwayat Muslim (1162)

NIAT PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

Bagi yang ingin mengerjakan puasa sunat enam hendaklah didahulukan dengan melafazkan niat terlebih dahulu. 

نَوَيْتُ صَوْمَ سِتَّةِ أَيَّامٍ مِنْ شَهْرِ شَوَّالٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya:Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala

FADILAT PUASA SUNAT ENAM DI BULAN SYAWAL KEPADA KAUM WANITA DAN SEISI KELUARGA.

1. Menampung kekurangan amalan semasa di bulan Ramadhan dan melengkapkan amalan wajib.

Pahala amalan sunat dapat menampung pahala amalan wajib yang dikerjakan sepanjang bulan Ramadhan malah bulan-bulan biasa juga. Bagi kaum wanita, mereka sering berasa amalan yang dilakukan sepanjang bulan puasa kurang memuaskan kerana meraka tidak dapat menunaikan solat sunat tarawih dan solat sunat lain dengan penuh oleh kerana keuzuran. 

 Oleh itu, pada bulan syawal inilah peluang terbesar mereka untuk mengerjakan amalan-amalan sunat Bersama keluarga tercinta. Malahan, dengan mengerjakan solat sunat enam dapat mengenapkan puasa-puasa di bulan Ramadhan yang lepas kerana ia menyamai puasa selama setahun. Sabda Rasulullah SAW:

صَوْمُ ثَلاَثَةٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَمَضَانَ إِلَى رَمَضَانَ صَوْمُ الدَّهْرِ

Maksudnya: Kelebihan puasa pada tiga hari setiap bulan menyamai puasa sepanjang tahun [Riwayat Muslim 1162]

2. Memberi contoh yang baik kepada ahli keluarga

 Bagi keluarga, melaksanakan puasa sunat enam dapat menjadi contoh yang baik kepada anggota keluarga yang lain, terutama anak-anak. Hal ini kerana, mereka mempunyai keinginan mempelajari sesuatu perkara dengan luas dan kecerdasan ini membabitkan pemikiran kanak-kanak secara inkuiri iaitu sifat ingin tahu. Ini dapat menginspirasi mereka untuk mengembangkan praktik ibadah yang baik dalam kehidupan mereka. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda maksudnya: 

“Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapa yang mencorakkan menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi”. [Dalam Hadis Riwayat al-Bukhari]

3. Sebagai tanda dan rasa bersyukur 

 Mengerjakan puasa sunat dan amalan-amalan seperi berzikir sebagai tanda pada Allah SWT dapat membantu kaum wanita untuk lebih bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Banyak perkara dan hal kecil mahupun besar yang mungkin kita terlepas pandang dalam kehidupan seharian kita yang menyebabkan kita perlu sentiasa bersyukur kepadaNya. Secara tidak langsung dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Dalam sebuah hadis Qudsi Allah S.W.T. berfirman,

 “Dan tidaklah seorang hamba bertaqarrub (mendekatkan diri beribadah) kepada Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Ku wajibkan kepadanya. Dan senantiasalah hamba Ku bertaqarrub kepada Ku dengan amalan sunnah hingga Aku mencintainya…” [HR Bukhari]

4. Ganjaran pahala dan jaminan pintu syurga Ar-Rayyan untuk seisi keluarga.

  Setiap amalan yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala oleh Allah SWT dengan mengikut apa yang telah diperintahkan olehNya, setiap pahala yang diperoleh merupakan “tiket” kita untuk memasuki syurga Allah SWT di akhirat kelak. Terdapat satu pintu syurga yang dikhaskan untuk orang-orang yang berpuasa iaitu pintu Syurga Ar-Rayyan. Oleh yang demikian, setiap ahli keluarga hendaklah mengajak ahli keluarganya untuk melakukan puasa sunat enam supaya kita satu keluarga dapat “menempah tiket” di syurga. Daripada Sahl R.A, Nabi SAW telah bersabda: 

إِنَّ فِي الجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ، يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ، لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ، يُقَالُ: أَيْنَ الصَّائِمُونَ؟ فَيَقُومُونَ، لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ، فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ، فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

Maksudnya: Sesungguhnya di dalam syurga terdapat pintu yang dinamakan alRayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melaluinya (pintu tersebut) pada hari kiamat, serta tidak ada seorang pun selain daripada mereka yang akan masuk melaluinya (pintu itu). Ditanyakan: “Dimanakah orang-orang yang berpuasa?” Lalu mereka pun berdiri. Tidak ada seorang pun selain daripada mereka yang akan masuk melaluinya (pintu itu). Apabila mereka telah masuk, pintu itu ditutup, dan tidak ada seorang pun yang masuk (lagi) melaluinya.

PANDUAN BERPUASA SUNAT ENAM BAGI WANITA

 Bagi kaum wanita sukar bagi mereka untuk mengerjakan amalan sunat dek kerana banyak kekangan yang dihadapi antaranya kitaran haid yang tidak teratur. Oleh yang demikian, banyak panduan yang dikhaskan untuk mereka kaum wanita agar dapat mengerjakan puasa sunat enam sebagaimana umat islam yang lain boleh mengerjakannya. Antara panduan yang boleh diikuti ialah:

1. Niat kerana Allah SWT

 Penting bagi kita umat islam untuk sentiasa ikhlas dalam melakukan apa jua amalan dan amal ibadah supaya diterima Allah SWT. Mulai niat yang tulus dan ikhlas dalam mengerjakan ibadah supaya Allah SWT mendengar suara hati malah menolong hambaNya mengerjakan puasa sunat enam dengan lebih khusyuk. Niat yang tulus dapat memberi keberkahan dalam pada amalan kita.  Firman Allah SWT dalam surah al-a’raf ayat 29;

قُلْ اَمَرَ رَبِّيْ بِالْقِسْطِۗ وَاَقِيْمُوْا وُجُوْهَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَّادْعُوْهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ ەۗ كَمَا بَدَاَكُمْ تَعُوْدُوْنَۗ

Maksudnya: Katakanlah, [Wahai Muhammad], “Tuhanku telah memerintahkan berlaku adil dan supaya kamu memelihara diri kamu [dalam beribadat kepada-Nya] di setiap tempat [atau waktu] sujud, dan menyeru kepada-Nya dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama”. Sama seperti Dia menciptakan kamu, kamu akan kembali [kehidupan]

2. Minum air kosong(air mineral) dengan cukup

 Kekal terhidrasi setiap hari menjadi satu kewajiapan dalam menjaga kesihatan diri kita. Banyak perkara yang tidak diingini akan terjadi jika kita tidak minum air dengan cukup malahan penting untuk tetap terhidrasi selama puasa. Pastikan untuk minum air yang cukup saat sahur dan juga setelah berbuka puasa agar tubuh tetap terhidrasi dengan baik. Firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan ayat 48 dan 49 yang bermaksud;

Maksudnya: Dan Dialah yang meniupkan angin yang membawa rahmatNya, dan Kami turunkan dari langit hujan yang bersih {48} memberi kehidupan kepada tanah yang tidak bernyawa, dan menyediakan air untuk haiwan dan manusia yang tidak terhitung jumlahnya dari ciptaan Kami Sendiri. {49} 

3. Sentiasa memantau jadual kitaran haid

 Kitaran haid yang tidak teratur dapat memberi kesan kepada wanita untuk beribadah malah sukar bagi mereka untuk berpuasa sunat di bulan syawal ini. Oleh itu, penting untuk wanita memantau setiap kitaran haidnya supaya mereka dapat memprediksi tarikh suci haid. Makan makanan yang bergizi juga dapat membantu para wanita untuk menstabilkan kembali hormon dan kitaran haidnya. Contohnya, banyakkan pengambilan buahbuahan, sayur-sayuran, dan kekacang.

Sebagai penutup kata, dengan mengerjakan puasa sunat enam dapat memberi banyak manfaat dan kelebihan kepada diri kita samada di dunia mahupun di akhirat. Perbanyakkan amalan sunat dan kerjakanlah amalan wajib agar diri kita kekal beristiqamah dan bertawakkal kepada Allah SWT. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *