Halus
 – Lafazkan Assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yang memecah belahkan keamanan keluarga, sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu (kecuali bilik air) sebab port2 syaitan kebiasaannya di pintu2.- Kalau terlupa bagi salam masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan bagi salam.

– Lazimi membaca dan memasang ayat suci al-Quran di rumah.

– Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah.

– Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan seperti tulang dan sebagainya sebab itu semua makanan jin.

– Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tidak elok untuk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan ‘kenderaan’ jin adalah angin.

– Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama’ akan basuh semula baju yg terhampar pada waktu maghrib dan ke atas.

– Kalau orang yg tidur mengigau, sentuh dan kejut dia.

– Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal.)

– Bagi rumah yang pintu-pintunya berhadapan dgn pintu-pintu lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus.

– Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan.

– Elakkan duduk di pintu.

– Selalu baca surah Al-Baqarah.

– Selalu alih-alihkan barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda-benda macam ni yang tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian.

 

Ayat pendinding rumah

Dari Ibnu Mas’ud dari Rasulullah SAW bersabda : “sesiapa membaca sepuluh ayat iaitu, empat ayat dari awal surah Al-Baqarah (1-4), Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya (255-257), penutup surah Al-Baqarah (284-286), nescaya syaitan tidak masuk ke dalam rumah hingga pagi”. 

 

Sumber: http://www.mariafirdz.com/2015/09/tipspenjagaan-diri-kediaman-dari.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *