TUKAR MINYAK

Projek Komuniti Lestari di PPWK merupakan program usahasama dengan Kelantan Utilities Mubaarakan (KUM) Holdings Sdn Bhd. Program ini merupakan program tanggungjawab sosial bagi menyokong kempen Kelantanku Bersih.

Kempen Tukar Minyak Masak Terpakai (UCO) kepada “Pitih” merupakan salah satu program bagi mendidik masyarakat dalam menjaga alam sekitar. KUM telah melakukan inovasi dengan menghasilkan sabun dan bunga sabun daripada minyak masak terpakai.

Produk hasil kitar semula minyak masak terpakai: sabun buku, sabun cecair, sabun serbuk pakaian dan bunga sabun.

PPWK seluruh negeri Kelantan telah dipilih menjadi tempat pengumpulan minyak masak terpakai. KUM sedang dan akan mengadakan bengkel membuat sabun & bunga sabun di semua PPWK yang terlibat.

Puan Asmah Kasim adalah salah seorang perserta program berasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah mendapat ilmu baharu mengenai pencuci pingan mangkuk yang dihasilkan daripada minyak masak terpakai. Beliau juga berterima kasih kepada U-KeKWa kerana telah memperkenalkan KUM dan menjalankan program seperti ini. Selain daripada mengitar semula bahan terpakai, inovasi minyak masak terpakai ini juga dapat menjana pendapatan.

Di laman facabook miliknya beliau menawarkan produk ini kepada semua pengguna facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *