Sesekali sudah pasti hati kecil akan terdetik untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik. Terasa teruja apabila melihat artis atau “public figure” berhijrah dan setelah sekian waktu, menjadi seorang yang sangat baik sehinggakan dapat menarik orang lain ke jalan Allah. Pun begitu, kita juga gerun apabila melihat orang yang beria-ria berhijrah tetapi alih-alih kembali ke asal. Namun percayalah, mencari alasan untuk tidak berhijrah memang mudah kerana masih terikat dengan nikmat nafsu dunia yang kita tidak rela berpisah dengannya.
Berikut adalah tips untuk berhijrah dan Insyaallah istiqamah:
1.Mula-mula banyakkan berdoa memohon hidayah kerana antara makna hidayah dalam al-Quran dirujuk sebagai “kekuatan menegakkan hujah.” Apabila berkira-kira hendak berhijrah, jangan banyak alasan dan mohon Allah kurniakan hujah agar tekad berhijrah.
2. Cari guru yang amanah dengan ilmu Islam agar hijrah tidak terpesong. Ada orang berhijrah dengan pencerahan agama yang tidak benar.
Contohnya daripada berhijab terus buka hijab kerana teruja dengan kumpulan dehijabbing yang bersandar pada dalil al-Quran secara tidak benar.
3.Langkah untuk Hijrah boleh dilakukan secara:
Fizikal – berpindah, beruzlah dan lain-lain
Hati– sabar dan sentiasa bermujahadah ketika hijrah hati.
Hijrah daripada dosa – tidak berjaya kalau bercampur dosa dan amal soleh.
Hijrah lifestyle – selagi tidak ubah gaya dan cara hidup pagi, petang dan malam, memang susahlah hendak istiqamah. Kalau hidup hari-hari mengadap telenovela tetapi bercita-cita untuk khatam dan hadam quran setiap bulan tak akan mampu membuahkan hasil hijrah.
4. Pilih kawan yang baik dan sertai kumpulan Istiqamah barulah mantap.
5. Minta kepada Allah SWT ditetapkan hati dalam Islam.
“Wahai Yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami dalam agamaMu”
Selamat berhijrah dan istiqamah menjadi hamba beriman yang soleh-solehah.
YB Senator Ustazah Asmak Husin
Ahli Dewan Negara
Sesi 2019/2020
8 Muharram 1441/ 8 Sept 2019
#dengandakwahhidupbarakah